new lesson : EXCIDENT


9 september.

Time ni aku dah start cuti ,konon konon nak holiday dengan mazreel and basyirah dekat melaka.Tapi lain pulak jadi,mungkin ni salah satu ujian untuk aku ,satu peringatan. Yang penting aku syukur sangat ,aku selamat even hampir hampir...=(

9.00am.

oh ye,sebelum tu aku dah tidur subang,rumah sewa mazreel sebelum balik,sebab aku tak larat sangat nak drive,sampai pon lewat kan.Pagi ni,mazreel ada meeting dekat kuala kubu,so aku dah decide nak balik sendiri without him,sebab macam buang masa lah kalau nak tunggu dia,tu pon belum tentu dia balik pukul berapa.Even mazreel macam nak tak nak bagi aku balik sorang sorang,tapi macam biasalah bini dia degil.

and aku memang nak balik guna kereta savvy,sebab malas nak bawak kereta lagi satu,lagipon kesian mazreel,nak drive jauh dengan kereta comel ni.Dah lah dia taff ( taff ler sangat huhu..)..actually,kereta savvy ni pon,akak aku punya cuma aku pakai sebab aku rasa macam sayang biarkan kereta ni tersadai tak guna...even sebelum ni akak aku banyak warning aku,kereta ni macam SAKA,ade je problem...

and again,as usual,aku kan degil...gasak je lah.




tiba tiba,lepas keluar area RnR Dengkil,aku dah rasa lain,macam something wrong.Aku berhenti jugak nak tengok tayar kete ni,tapi memang time aku tengok semua okay.Tapi pasal hati tu jangan cakap lah,memang tak sedap hati langsung.Rasa macam ada je benda nak jadi,macam ada je benda aku nak kene,tapi malas nak layan..aku drive je..



sampai lah km 45.8 , time ni aku dah rasa macam nyawa aku nak melayang.Rasa tak best nak drive,terus aku bawak slow slow dalam 60-70,aku stay dekat middle line...sebab aku ni memang suka guna fast line jugak sebab nak sampai cepat kononya..huhu



time ni ,perasaan aku Allah je yang tau,Tiba tiba kereta aku ni boleh berpusing dua kali atas highway..due tu tayar pecah maybe sebab pancit,,,(stil ta tau the reason dia)..kereta aku time ni memang kene tarik habis,sekuat hati aku brek,sekuat hati aku tarik brek tangan..dah tak ingat apa dah,just menangis je lah aku tau.....serius ,aku rasa kalau aku drive kat fast line ,confirm aku akan langgar divider,confirm aku melayang....dalam hati aku , tak ada benda lain aku ingat kecuali basyirah and mazreel.

nasib baik,time tu kereta tak banyak,ada memang ada...tapi sangat sedikit,belakang aku lori pulak tu,and thanks sangat dekat abang driver lori sebab hon sekuat sekuatnya untuk bagi warning dekat kereta belakang tu....serius,time tu aku rasa kalau ada kereta laju,memang aku kene.

thanks jugak dekat ada brader myvi tolong tolak kereta aku dekat emergency line,thanks sangat! aku pon tak beringat nak ambil no plat,semoga allah membalas jasa bang driver lori and myvi tu...

aku dah mengigil je time tu..macam tatau nak jadi apa,,..terus aku keluar kereta ,matikan ejen ( sebab aku ingat kereta nak meletup)...menangis jangan cakap...=(



memang aku terus call mazreel,even aku tau mazreel akan datang ,tapi aku rasa macam menyesal sangat...menyesal tak dengar cakap dia..tak habis habis dia tenangkan aku yang macam ape ni..

then,after 30mins,tersadai kat tepi tu,ada pulak brader dari plus tolong aku.Syukur alhamdulilah,dorang tukarkan tayar spare,sebab dorang kata bahaya aku tunggu tepi,takut aku kene rompak....

thanks sangat bro!


ranap kereta ni haa..
tak apa lah,ni ujian untuk aku.

bab tayar bab kereta memang aku failed.

bila dah siap tukar tayar,abang abang plus ni hantar aku sampai tol nilai,tu pon abang ni yang drive,sebab aku dah macam trauma nak drive.....thanks lah sangat! semoga abang abang ni dimurahkan rezeki....




bila teringat balik,memang rasa macam nak nangis,sebab aku rasa macam malaikat maut nak jemput aku . Syukur sangat,dalam masa yang sama,aku dapat berita ,basyirah dah berjalan..happy sangat,dalam masa sama trauma.


and aku tak boleh bayang kan kalau mazreel yang drive,sebab mazreel kalau drive memang tak ingat dunia,...mujur aku yang drive,...kalau dia? tak boleh aku bayang kan...


so,new lesson aku dapat..
  1. phone kene ade kredit! jangan kosong,nanti nak call sapa? ( padan muka aku,banyak kali aku kene sound sebab tak ada kredit)
  2. kene selalu cek tayar , kalau tak best drive tu ,kene stop.jangan percaya dengan kereta .
  3. baca lah ayat qursi selalu sebagai pelindung ( memang aku dah biasa amalkan,alhamdulilah.ayat ni lah buat aku terhindar dengan musibah dengan izin Allah ,inshaallah)
mazreel pon banyak kali cakap dengan aku ayat sama until now,..

"bagus tau u excident,at least u dapat new experiance,lepas ni u tau apa nak buat,"..

tapi bila sampai berita ni dekat mak abah,

"nampak,Allah nak bagi warning sekejap je aki,ni semua ada hikmah...muhasabah lah diri tu nak.."





(-.-)


trip to zoo!


hari tu time nak hantar balik basyirah ke melaka, aku plan just nak pakai simple,sesimple yang mungkin.Aku sarungkan tudung sarung,baju tshirt hitam lengan panjang dengan seluar palazo aku.Tetiba mazreel tanya aku..

"asal u pakai macam ni? pergi lah siap,i na bawa pergi zoo"..

aku tercengang .ta percaya . sebab dah banyak kali aku request nak pergi zoo,dah  banyak kali jugak asyik plan kene cancel sebab cuaca,and ade sekali tu sebab kiteorang tiga orang tak sihat.Banyak betul dugaan,walhal nak ke zoo je.Huhu..

since ada anak ni,mall tu dah letak tepi,aku just nak buat something yang best untuk basyirah,my priority of course lah tempat tempat macam gini..huhu..

...terus aku siap kencang sekali dengan basyirah....




tada! safely arrived at 12.30noon.
time ni cuaca sangat baik plus cantik.Redup redup suram macam tu.
last aku pergi zoo melaka dengan mak abah time kecik dulu,12 tahun yang lepas.

Lama sangat,so this time,dapat bawak basyirah,quite excited !
(even basyirah tak faham apa apa time aku cakap nak bawak basyirah pergi zoo .LOL.)

even aku tiap weekend balik melaka,terasa tak ada masa langsung nak singgah ke tempat yang best kat melaka ni.huhu


Dengan baju jeans yang nipis dipakai kan .Semoga basyirah tak cepat panas and selesa dengan keadaan zoo kat sini.Aku takut sangat zoo ni penuh.
Alhamdulilah time aku pergi,memang tak ramai.


even basyirah boleh berjalan tapi mazreel still susah nak biarkan basyirah berjalan sendiri.
alasan dia,nanti basyirah penat .Kita dewasa  ni jalan pon lenguh,apatah lagi dia..

huhu.Sesunguhnya aku pon ada perasaan yang sama macam suami aku.



haiwan pertama sebaik aku sampai ke zoo.
TAK,yang aku tak faham asal ada sekor je seladang kat situ.Apa motif dia sekor dalam kalangan badak air tu..

sedih jugak sebab badak dua ekor ni tidur,even dah diacah pon still tak bangun.

first impression basyirah,of course BLURR.=)


time ni aku dah excited sikit tengok binatang ni ( sory lupa dah  nama binatang  ni)
 basyirah pon dah tunjuk minat dengan binatang dekat zoo ni..kejap kejap dia keluarkan bunyikkkk ..konon faham la tu...


dari segi hygiene,totally out.Macam tak terjaga,serius..bersepah sepah sampah,ada setengah binatang tu macam ada kudis.See...basyirah pon dah tutup hidung time ni,tapi mazreel pulak yang tak nak berganjak.

GENG ke tu mazreel?


time ni ,kasut basyirah entah kemana.Aku dah agak,tak boleh percaya mazreel ni haha.Kejap je kasut dah ditanggal.Sebab tu aku tak boleh biar kan basyirah lepak dengan papa dia,nanti ada je dia nak buat lain dari lain huhu...


ni je gambar terbaik kami bertiga.MY god...serius sangat best,tapi tu lah,suasana lembap,lepas hujan kot.Lecak sana sini,agak tak selesa.Tapi at least basyirah dah kenal haiwan tu sikit sikit okaylah..okay tipu.=p


im so done maa..paa...totally tired....please dont disturb me maaa...



be strong my baby

last week ,hari khamis kalau tak silap,normally time cam ni hati aku dah start happy,you guys pon da tahu kot.Entah kenapa time tu hati aku macam tak sedap,macam something bad je tapi tak tahu ape benda.Tapi aku banyak ingat basyirah,dont know why..she's the first thing that pop up on my mind before my husband hehe....and sebelum nak kerja terus call mak abah tanya pasal basyirah..

mak cakap basyirah tak sihat,tapi syukur no fever just bad cough.Tapi still risau,kenapa dengan anak aku ni? kenapa dia tetiba batuk? start dari situ lah aku investigate mak abah pasal pemakanan basyirah,just nak tau ,lagi lagi now macam season untuk budak budak tak sihat,dengan cuaca lagi.
Nak pergi kerja pon macam tak ada mood,macam nak balik je petang tu..but i can't.=(

Jumaat tu aku sampai rumah dalam pukul 8 lebih macam tu,masa tu basyirah aktif lagi.Still gelak gelak ,aku makan ,dia pon makan..at least dia ta lost dia punya selera ,dah baik sangat.Malam tu,time aku nak dodoi untuk dia tidur...haaa sebelum tu kan,basyirah dah besar ni kalau nak tidor mesti nak bedtime story,and aku selalu cerita pasal gajah dengan harimau..even di macam tak berapa faham, but she looks too excited konon konon macam faham lah tu...sambung balik...lepas dodoi,memang basyirah terus tidor..alhamdulilah..tak putus putus aku syukur.

sampai lah malam tu ,dalam pukul 12,dia tiba tiba batuk.Bunyi batuk pon macam penuh kahak,terus aku ajak mazreel ke hospital yang terdekat..bila doktor periksa,again syukur..she's fine.Lung clear,no fever,SPO pon okay.Paling lega bila doktor cakap yang ni semua just viral fever.Sampai tak perlu neb pon untuk cair kan kahak..(Sebab aku dah mindset nak mintak neb sebab basyirah punya kahak macam teruk je bunyik..)


so conclusion nya,last week memang tak best! dugaan untuk aku.Kesian basyirah.Tak sampai hati aku nak tengok dia batuk batuk macam tu,tapi now she's getting better.Aku dengan mazreel pon sekarang tak berapa sihat,sama lah dengan basyirah batuk batuk,tekak kering..Sampai aku fikir yang aku and husband penyebab virus ni,huhu..

sampai hari ahad nak hantar basyirah dekat rumah mak pon,aku macam tak sampai hati,lagi lagi dia suka tertidur atas dada aku dalam kereta..

sian anak  mama...sampai mama tak tahu nak buat ape dah sayang..mama sampai tanya kamu..

"apa lagi mama papa tak buat sayang? cepat baik.."..

betul lah mak cakap,kita sakit tak ape,tapi kalau anak sakit,nak makan pon kau tak lalu..be strong my little angel.mama sayang kamu.


nasib basyirah ada member macam caca dia ni,duk lah haa melayan.And aku rasa nanti basyirah maybe bila dah besar,rapat sikit dengan caca dia ni,tak tau kenapa,aku tengok basyirah ni selesa dengan mazha,adik ipar aku ni..maybe sebab muka maza sejibik macam mazreel...tapi mazreel lagi hensem lah..haha....=)





entah ape ape.

saja nak luah something.

kadang kadang aku tak faham kenapa wujud sejenis manusia yang bila buat kerja mesti tak ikhlas.Aku tak tuju dekat sapa sapa,cuma aku perhati je perangai manusia yang entah ape ape.Kadang kadang gelak sorang sorang tanya diri sendiri..

"macam mana nak berkat?"
"macam mana dorang ni tak rasa bersalah langsung ea?"

cukuplah dengan kerja tak ikhlas,tu belum masuk yang jenis berkira.Tak salah kalau tolong orang yang betul betul perlukan pertolongan kita tapi kita pon kene hati hati jenis manusia yang suka mempergunakan orang ni.haha.Hidup jangan selalu nak kene perbodohkan.

Jenis aku plak,tak sanggup nak marah orang,kalau orang minta tolong even aku rasa bende tu simple je,benda yang boleh buat sekejap,aku tolong.Bab berkira,memang aku rasa mak abah aku jenis tak didik aku macam tu,aku jenis tak sampai hati..tapi kalau geram tu memang tak jugak aku nak buat..haha tapi setakat ni,semua aku tak pernah tolak,the reason why...sebab aku jenis tak sampai hati (sape kenal aku,kenal la...)

macam mana nak dapat berkat rezeki kalau time kerja kau asyik hilang,tengok tengok hilang tetiba..lepastu keje yang kau buat pon tak setaraf dengan kelayakan kau...benda yang kau patut buat dalam keje pon tak buat...macam mana ea? tak rasaaa macam ....haram ke ea? aku selalu rasa yang kadang kadang aku buat kerja yang aku rasa kalau aku berkira betul ...tak layak dengan kelayakan sijil aku...haishh..sedih..tapi niat aku nak pandai.Malas nak pikir dah..

lepas tu jenis yang tolak tolak kerja.haish.Sedih wei.Bila salah ke,jadi hal ke,bila timbul persoalan ke,mula lah nak blame satu sama lain.

"kau lah tak buat.."
"kau lah tak nak tengok..."

damn.Apa ni,nak aku sound macam tak best.Sebab bila kerja dengan sekelompok manusia ni mesti nanti ada terasa hati,sensitip tak memasal,kalau dapat jenis yang kau sound tu jenis memulau kau dengan orang lain macam mana?

cukup lah dengan keadaan hospital aku.Sampai satu tahap tu aku macam tak nak buat rajin,sebab kalau rajin sangat ,orang guna kan kau.Lepastu semua keje semua kau je kene buat.Aku rasa orang macam aku jenis cepat kene tindas.Tak bagus betul.And sampai satu tahap tu aku dah malas nak buat kerja orang,aku just datang kerja,niat nak cari duit untuk family,and buat kerja aku,and balik kerja rehat.

tu pasal kerja.Lagi satu aku bengang betul jenis manusia yang kerja asyik nak ikut mood.Asal datang kerja je moody,pasal apa? personal matter...mannnn..ape ni,..

aku pernah senyum kot kat sorang minah ni,( aku memang jenis senang senyum huhu..)
bila selisih je,tak pernah nak senyum.Perghh,tapi aku bersangka baik.Malas lah,and dah sampai tahap malas nak senyum dengan minah tu lagi.

tak rasa bodoh ke kalau kerja ikut mood? tak kan kau nak buat kerja berdasarkan mood sampah kau,lepas tu hasil nya kerja kau pon macam bodoh.

HAA..lagi satu jenis manusia yang pandang orang tak puas hati..mannn ...again..kau macam bagus pandang orang atas bawah lepas tu jeling..mannn...bagi aku orang macam ni sangat kuang haja.Macam bagus.Tu je.Lain kali,mata kene jaga..tak rasa macam bagus sangat ke pandang orang macam tu?

da la,ni just luahan aku.aku harap kalau yang baca ni jangan cepat terasa,mohon jangan sentap..no hurt feelings pls.aku just cakap ape aku rasa.


semoga aku tabah dengan manusia cam gini. haha




sebab sabtu hari yang istimewa =)

tiba tiba aku teringat kat anak aku,actually bukan tetiba sangat pon,sebab tiap saat jugak aku ingat basyirah.Mak mana tak ingat anak wei.Hari tu kan aku balik melaka ambil basyirah dari rumah mak abah,..even selalu jugak aku jumpa tiap minggu,tapi aku rasa lain..lain dia macam sikit . Maksud aku,kekadang aku tengok anak aku ni membesar dengan cepat,kejap aku tengok muka dia macam aku ,sometimes aku tengok muka dia macam mazreel.Ah lantak ,janji basyirah membesar dengan baik.Cukup sangat.




normally,bila jumaat aku akan sampai mantin dalam pukul 800 or 830 malam tu pon depends dekat traffic jam, and depends kalau jumaat tu aku keje ke tak,kekadang aku off pm je sebab nak elak jammed..Sebab selalu sangat jem dekat susur keluar subang tu nak ke shah alam lepastu jem sampai ke klia..pergh benci gila.Kaki boleh cramp wei kalau asyik main pedal minyak.Serius kekadang macam tak sanggup.

sebab weekend aku macam terhad lah kan,nak spend time dengan anak tu macam time hari sabtu tu je satu satu hari aku nak spend 24/7 dengan basyirah..kalau kira hari ahad tu ,dah half day..sebab setiap pagi ahad dalam pukul 10 pagi aku dah kene gerak hantar balik melaka..(dah sedia dah nak menangis dah..samaada aku yang nangis dulu or basyirah menangis dulu...) huhu...



Sebab tu lah,aku nak minta maaf sangat,kekadang ada function wedding member aku,tak dapat sangat nak pergi..nak lepak dengan member pon tak sempat..sebab semua masa aku limit..Sabtu tu hari yang aku nak spend sepenuh nya dengan suami and anak..

stay rumah all day along,rasa macam cukup bahagia.Kekadang malas nak keluar berjalan,kalau keluar pon just nak makan makan dengan family..Sebab tu lah,aku susah nak keluar dengan member lain .Bukan tak nak.Hope faham lah.

now ,aku just pikir anak and suami.Macam tak ada benda lain dah aku nak pikir.Asal weekend je,aku pikir pasal nak bawak basyirah main buaian petang petang sambil tengok suami main bola kat padang..bahagia sangat kalau aku rasa hari hari macam hari sabtu.


harta dunia yang tak ternilai.Aku harap basyirah tak ikut perangai tak baik aku and mazreel,manusia tak semua sempurna,tiap hari mesti ada salah..aku harap anak aku ikut semua bende baik dari aku and mazreel sebagai ibu bapa and orang sekekling...kene positif . jangan nak jiwa sentap sangat nak



favourite part aku,bila basyirah dah tertido atas dada aku..huhu rasa macam dia tau aku ni mak dia,(eh eh mende aku cakap ni)....oh ye,sekarang basyirah dah pandai buat bende yang aku tak aspect langsung..salah satunya...

"achiwa,amin mama nak..."

*terus basyirah salam and cium*

"achiwa,sayang papa sayang papa..."

*terus dia sandarkan kepala dia dekat pipi papa dia* 

"achiwa ,nak mamam ke?"

*terus dia sebut mamammamamammamamamam sampai dapat makanan LOL *


okay,semua gambar diatas semua gambar throwback ahad semalam...saja aku upload nak bagi korang nampak,basyirah dah besar! huhu...alhamdulilah,banyak benda dia belajar...cuma jalan dia belum lepas lagi maybe sebab dia punya gigi tumbuh dulu sebab orang tua cakap...kalau gigi keluar dulu,lambat jalan nya....

and aku rasa benda mitos tu betul.aku harap betul..pls cakap betul..haha..okay bye!


BENGANG

Bengang.hari ni hari yang sangat buat aku bengang.Aku tak tau kenapa tahap bengang aku dah sampai limit pagi tadi.

tadi ada sorang patient katanya "regular customer",kalau korang tak tau apa maksud dia,meh lah aku explain,someone yang dah biasa datang hospital dengan pelbagai sakit (kononya),lepas tu suka hati nak request bilik mana ,lepastu nak jumpa doktor yang dia kenal je...sifat sifat patient ni satu je,dia akan masuk semua tempat and akan tegur tegur semua staff,bila sampai time dia,terus nak potong que..ish bengang je.

aku rasa macam sedih dengan sifat sesetengah manusia macam ni,tak urgent,tak sakit mana,tapi datang hospital dengan potong que nombor pastu time bagi TCA tak datang,bila dah defaulter baru lah datang.Tak kesian dengan orang ramai kat lua duk tunggu nak jumpa doktor..take turn lah wei...tu makcik makcik pakcik pakcik baya mak ayah awak tu boleh je tunggu..kekadang aku rasa staff hospital yang "ramah" tak tentu pasal pon kene ada limit...ta best lah kalau kau kenal dia,mentang mentang dia baik dengan kau...kau terus bagi dia masuk jumpa doktor...tanpa pedulikan procedure...tapi lantak lah.

menyirap je...

pastu tadi aku pergi mcd,alang alang lepas balik beli barang dapur,sebab konon konon esok nak buat tortilla chicken wrap,haa terus singgah lahkan...sambung balik..

aku order dengan jelas dan clear (sebab member yang ikut aku pon dengar apa aku order)

"saya nak order 1 set mc chicken large ,air tuka ice lemon tea"

"pas tu nak tambah fries large dengan air milo ais"...


dah bayar rm20.60....

rasa tak sabar nak makan,tiba tiba apa aku dapat lain dari lain...aku suruh member sebelah cek betul ke apa aku order..bila dia cek,terus lain dari lain..

apa aku dapat?

  • 1set mc chicken ( 1 french fries ,1 ice lemon tea)
  • 1 milo ice
  • 1 ice lemon tea
faham tak? kira aku dapat 3 jenis air tanpa french fries aku,yang pasal set tu aku tak kisah,pastu minah yang mcd ni pon duk asyik argue je dengan aku sampai aku blur...dengan dia dia sekali blur,tapi bagus dia jenis cakap dalam polite way lah,tu aku puji dia...yang aku tak puas hati sebab minah yang amek order ni..banyak kali aku kene dengan dia,ade je bende aku tak kene...tapi chill lah,manusia...tak manusia lah kalau tak buat silap...

sekian....hari pertama bulan november dah bengang..macam mana ni..hurmmm....



 aku okay je. saja nak share . bila stay sorang sorang ,pas tu terpikir rasa macam awkward sangat..macam aku tanya diri aku balik..

"asal lak aku nak bengang?...lol!"...











my untold pregnancy story : prolong JAUNDICE

ta tau kenapa,sekarang mood nak throwback time pregnant kan basyirah dulu dulu..ceh macam lama sangat,padahal baru setahun sebulan.

aku ingat lagi lepas lahirkan basyirah,selang 5 hari kelahiran,basyirah mengalami jaundice yang tinggi jugak lah,lebih kurang 14.5 bacaan dia,masa tu aku ta tau ape benda jaundice ni,aku tau kuning,pasal bahaya tu aku tau lah sikit sikit tapi aku jenis macam tak berapa nak kesah sangat.

bagi aku benda ni normal confirm boleh hilang,lagi lagi aku breastfeeding! time ni yakin gila,sampai lah nurse datang buat home visit,time tu aku kelibut sikit,ye lah,anak baru lahir dah orang datang,dah kene siap siap bersihkan diri dengan basyirah,na konon konon make sure semua nampak "perfect" ,ye lah...malu lah nanti kalau kau tu nurse tapi diri sendiri and anak tak reti nak jaga...

lepas nurse tengok,terus dia sound aku..

"dik,anak awk ni kuning tinggi nanti bawak klinik cek ye,jangan duk dalam gelap je"

masa tu dah gelabah,pukul 2 terus aku ajak abah teman aku,sebab time ni aku berpantang kat melaka,mazreel plak keje.Lepas cek,memang tinggi..14.5 ..kalo bacaan yang beratus ratus tu dalam 246.5....tinggi ta tinggi tapi doktor tu cakap aku low risk,masa tu memang blur blur,ape benda low risk bagai ni? balik terus google,tapi still tak dapat jawapan.kecewa gila.

dalam 3 minggu jugak lah,aku ulang alik klinik untuk cek jaundice,kejap turun kejap naik,dalam 11-10-12...naik macam tu ,turun macam tu jugak,rasa sedih sangat,sebab susu banyak sangat,kalau nak cakap mustahil tak cukup tu memang tak bole terima sebab kalo tak bagi,mesti cepat engorge..

btw,hari last cek jaundice tu,doktor suruh hantar air kencing and ambil darah untuk tengok darah dia okay ke tak...Kalau tak okay,klinik akan call and basyirah kene admit hospital!..
ko bayangkan lah,tengah pantang,pastu nak suruh admit hospital bagai,jiwa aku jenis sensitif cepat je aku nangis..sampai aku mengadu kat mak abah,tak nak lah admit semua,aku nak rest kat rumah,taknak hospital!

macam macam aku dah ikhtiar! termasuk mak abah,siap jemur kat bawah matahari lagi,gila...still ikut macam petua dulu dulu tau,siap beli air rebusan orang cina lagi,pastu bab makanan aku ,semua mak aku rebus tak guna kunyit pon,payau semua lauk pantang aku..huhu..bila dok menaip ni,serius macam nak nagis ingat apa mak abah layan aku...sedih bhaii..


sampai lah basyirah 40 hari jaundice,tak ada call dari klinik,alhamdulilah.maksudnya semua okay lah tu...aku pon jenis tak nak call sebab nanti jiwa tak tenteram..stress tau bila tau anak kau ni tergolong dalam jaundice berpanjangan..

tapi since aku keje kat selangor,seriusly aku respect dengan management hospital sini,sebab dorang cek sampai hari ke 20,kalau tinggi jugak hari ke 21 dah ambil semua darah and ujian air kencing,pastu follow up je terus temujanji yang dah diberi kat wad klinik kanak kanak...kat situ nanti,baru tau darah anak okay ke tak ..kalau management kat tempat aku lain sangat,tetiba dah cek terus senyap..mende ntah.

tapi now aku dah tau dah kira apa benda yang low,moderate and high risk..ceh belagak en...huhu..tak lah! at least bende bende macam ni kau kene tau dulu ..ni antara sebab kenapa jaundice panjang..


  • darah mak anak tak sama
  • susu kurang ( kekadang doktor suruh topap dengan susu formula,jangan cakap tak nak,sebab banyak patient aku buat macam ni semua menjadi,sebab kuning keluar ikut air kencing,so kerap bagi minum kerap kencing ,kerap lah jaundice kurang..)
  • lahir tak cukup bulan pon boleh jadi 
yang lain lain aku tak ingat.huhu! tu je! 




muka basyirah fresh from "oven" huhu..time ni nampak merah lagi..



time ni otw nak balik berpantang dekat melaka,day berapa aku tak ingat,masa ni aku still tak nampak muka basyirah kuning..








































ni time hari keempat! time ni dekat umah mak mentua aku,serius time ni baru nampak dia punya jaundice naik..dengan mata basyirah sekali jaundice...


until now,kalau keje ,ade je kes prolong jaundice mesti teringat basyirah,macam mana ibu bapa risaukan anak depa macam tu jugak aku..serius rindu plak semua tu...hopefully kalo next anak aku lebih peka and tak berjiwa sensitip bagai..=)

perangai mak mak sangat

assalamualaikum

ta tau kenapa rasa macam nak update pasal basyirah.Maybe sebab rindu terlalu tebal,bernanah dalam hati jiwa aku ni,ececeh..

aku dulu and sekarang sangat jauh beza.Terutama nya kalau keluar pergi mana mana,apa yang beza of course lah,handbag.I mean,apa isi dalam handbag,dulu sebelum jadi mak mak,dalam handbag,wajib ada lipstics,foundation shiesedo,bedak tampal,..etc..

but now? since jadi mama,beg aku just penuh dengan barang basyirah.Antara barang aku bawak:
  • kasut jalan ( sebab basyirah dah pandai mengatur langkah tapi belum tentu dia nak pakai,sejenis budak comel yang ikut mood -.-..LOL)
  • bindu (puting supaya basyirah boleh leka dengan ketumbuhan gigi baru dia plus sebagai alat memujuk)
  • headband (benda wajib aku bawak,tapi ikut suka aku jugak nak pakai kan dia sepit ke ape,sebab kekadang bila dah pakai headband ,papa dia akan jadi orang pertama bukak and campak,lalu hilang entah kemana ..#benganggila 
  • botol susu + sebungkus roti (basyirah sekarang kuat  minum susu plus makan,banyak sangat! so standby untuk basyirah kot kot lapa)
  • drypers + tuala kecik (selalu bawak 3 helai,)




nah bukti!

see,i told u already! handbag pon makin lama makin kecik,warna nak pinkish bagai,bukan apa cukuplah aku bawak keperluan anak aku dari barang aku..bukan taknak bawak beg basyirah,tapi leceh,sebab basyirah jenis tak suka stay dalam stroller,so bag tu terhad sangat,just penuhkan benda penting je..

kalau sampai shopping complex,dah tak ada nak cover cover,kalau basyirah nangis,cepat cepat bagi susu,and kekadang time nak cari botol ,semua benda terjatuh..boleh bayangkan tak muka kau macam mana....macam bag doraemon dah!




now,perangai basyirah ,tak boleh tertinggal langsung papu dia..(hello kitty).
dah pandai sangat dah semua benda nak main.
ni lah antara barang aku bawak ulang alik setiap minggu ,bakul susu,papu,troli mainan dia,bakul baju...siap bagi warning dengan mazreel..

"jangan tinggal satu pon barang tau!"

normally,mazreel akan ambil basyirah dekat melaka ,balik mantin ..so kira aku balik terus ke mantin,so aku taknak benda benda ni tercicir...

sebab aku sendiri rasa tak somplete kalau barang barang ni tak ade.=)

oh ye,baru perasan,semua benda dah warna pink,ye lah,warna gigirl sangat en.


ni je barang aku bawak sekarang kalau keluar.

zaman berubah cepat gila.Dulu aku selalu cakap,kenapa lah mak mak zaman dulu tak macam sekarang,kurang berfashion,tak berstyle,now i know....kau bayangkan,nak siap siap pon susah,anak kau kene jaga,suami punya baju kau kene gosok...

nak siap kan susu anak,barang anak,tu belom lagi anak terberak ke terkencing,dahhh kene tukar lampin bagai,..kau baru nak siap,nak touch up bedak sikit..suami kau dah honnn kereta suruh kau cepat...huhu

btw,suami kene faham sikit . so stop lah tanya isteri ..'kenapa tak siap siap?'

#nasibpapabasyirahmemahami ;)


basyirah dah besar!

assalamualaikum,
lama gila aku tak update blog wei.Maybe sebab faktor malas.ahak.

dah sebulan aku keje dekat JPL (jabatan pesakit luar) ,alhamdulilah,betul betul masuk jiwa aku even aku stil blur blur wei,sebab benda semua nak cepat...so far,memang ngam dengan aku.And da sebulan jugak lah 4 kali aku balik tengok anak aku,tiap tiap weekend,hari jumaat terus aku pecut dari sabak ke mantin . Kira kalau dah khamis tu,aku punya hati dah berbunga bunga wei,nak jumpa anak punya fasal.

lagi lagi,mazreel dah bagi aku drive sendiri,bawak balik kereta sendiri,sebab sebelum ni suami aku macam ragu ragu dengan aku .Huhu,tapi alhamdulilah,now semua benda senang ,tapi tu pon kalau aku tak locum (OT)..Ikut kan aku nak je aku jual semua locum aku,huhu..tapi apakan daya,semua rules manusia yang buat,kau nak tak nak kau kene buat....ibarat macam do or die wei.



setiap hari ahad jugak lah,aku akan melalak,jiwa tu macam nak runtuh bhaii pisah dengan anak.Lagi lagi now,basyirah makin besar,makin kenal aku and mazreel...sesekali dia kepit je dengan aku,tak nak orang lain...

susah wei,tangkap jiwa bila basyirah nak aku je,makin manja,makin comel,makin menyerlah dahi luas dia ikut mama dia..huhu...i miss u baby...

mulut basyirah pon asyik mengomel je,tapi guna bahasa dia lah.Rasa happy tengok dia membesar dengan sihat and baik.Thanks mak abah.Bagi aku,didikan mak abah aku tu sempurna gila.


gigi pon dah tumbuh 3 batang,comel sangat.Makan pon boleh tahan,semua benda aku makan semua basyirah nak,tapi kene control jugak,zaman sekarang tak sama macam zaman sekarang.Huhu.

tak terluah kata kata aku dekat basyirah,sampai ada satu tahap tu aku takut kalau apa aku buat bagi kesan kat anak aku.Tak kisah lah ape ape pon,sebab pikir aku ada anak....












BASYIRAH turns 1!

 Assalamualaikum
aku rasa belum terlambat nak update blog pasal birthday basyirah haritu.Macam biasa lah,naluri seorang ibu kalau birthday anak dia membuak buak lagi lah anak pertama,semua benda nak nampak cute cute.:)

majlis birthday basyirah simple je ,aku just nak buat majlis ni untuk nak bagi sikit kenangan memandang basyirah anak pertama aku and mazreel...aku rasa kalau basyirah ada adik,maybe just potong kek je kot')





 so,bab canopy and makan,aku serah 100% dekat mazreel.sebab kalau aku yang cari konfem majlis anak aku banyak membazir,..mazreel pon banyak member yang boleh berunding harga berpatutan,so senang bagi aku untuk handle bab decoration.




bab decoration,

aku pilih BELLARINA THEME dari (instagram:sheparty_creative) 


disebabkan majlis aku start pukul 8 malam,so aku mintak kak sheeda untuk setting awal,cuma tak perlu susun ape ape lagi.just setting je.

so time ni nampak kosong tapi nice sangat,warna soft pink memang pilihan pertama untuk anak aku .
aku harap basyirah selembut warna pink ni..tetibe ark..



cute ark..


 and dalam pukul 6 ,start lah bacaan doa selamat untuk anak..ustaz ustaz ni memang dah terkenal dekat mantin,..so memang jemput ustaz ustaz untuk ketuai bacaan doa...alhamdulilah,semua berjalan lancar....



time ni,dah ramai tetamu datang,
macam lipas kudung aku duk susun cupcake,muffin bagai...



alhamdulilah,khidmat kak sheeda sangat best
sebab kak sheeda jenis tak berkira
mewah aku tengok meja birthday dekat cekedis cekedis



time ni,besan aku,abang rashid banyak tolong aku dari segi nak letak kek 4kg tu,
untuk kek aku order jenis kek fondant supaya tak cair,

aku order kek ni dari  (facebook: kedai kek kak kam,senawang)

aku request nak kek jenis yang colourfull,sebab macam tak best kalau kek princess,sebab decoration pon dah full dengan princess bagai kan.



semoga kek yang mama order untuk anak mama,boleh jadi lambang kehidupan yang akan datang untuk anak mama nanti...ceria,warna warni.,,,



time ni time yang geting jugak lak,sebab basyirah dah berpeluh peluh,sama jugak dengan aku,sebab lampu betul betul bawah kepala kiteorang..huhu....

lagi satu,basyirah lagi minat belon dari kek dia ...hahha...lol


=)


mama sayang basyirah tau!



family in law banyak sangat membantu..

alhamdulilah,majlis berjalan lancar,tak kurang and tak lebih.....=)
thanks pada yang sudi hadir yang bagi basyirah hadiah ,yang doakan basyirah,thanks sangat!

maaf kalau ada terkurang 


semua TAK bagi mak!!

 
Assalamualaikum
 
 
 
Baru 2 hari lepas aku balik Melaka,lepas kerje pagi tu terus aku shoot balik,tak sempat aku nak menyinggah mana mana.Lagipon,salah satu perangai suami sejak azali lagi,kalau lalu highway memang jenis tak suka nak stop dekat RnR..Kalau mintak stop untuk pergi ladies pon,mesti telinga berdesing dulu ...;)

The main reason aku balik melaka pon sebab nak jaga basyirah,sebab abah ada minor surgery ,buang katarak .Alhamdulilah,everything went well.Abah pon dah sihat,sepanjang abah dalam wad pon,selalu tanya pasal cucu sorang dia ni...bayangkan lah,hari ni admit esok dah discharge ,pagi pagi pulak tu...punya lah rindu dia dekat cucu tu mengalah anak sendiri to the max...and aku? sangat terharu.Sampai macam tu sekali,sayang dia...so,just imagine aku time kecik baby dulu dulu,how he love us so much ;)

so,bila balik melaka menjenggah anak yang semakin hari semakin meningkat dewasa dimamah usia ...semakin bijak macam mama nya,semakin hebat seperti papanya tu..banyak dah perubahan espcially dekat perangai and of coure size dia.hihi

banyak jugak perubahan yang aku tak tahu,and macam kene start dari A sampai Z untuk jaga anak aku tu.Macam hari tu,bila aku mandikan baysirah,selalunya aku akan mandian dulu lepas tu baru bagi makan dengan nestum and susu,sebab aku dah set mind kalau dah mandi mesti basyirah lapar lepastu akan tidur..tapi TAK bagi mak aku..

mak aku punye style pulak selalu berlawanan arus dengan aku macam addmath wei, bila (x) brtemu (f) pastu sama dengan apa?...haaa macam tula aku,banyak salah dari betul.huhu.


''eh,aki,kau bagi dia makan dulu baru mandikan dia,lepas tu siap siap kan susu dia dulu,nanti senang..tak ada kelam kabut ..cuba belajar tertib sikit."

okay mak.berdesing jugak telinga

pasal tidur pulak,basyirah memang tidur dalam buaian siap pakej dibendung..since dia 4 bulan lagi,sebab dia suka jenis didodoi,and bende yang paling aku biasa kan ,tidur mesti didodoikan dengan zikir,tak kisah lah zikir ape ape,tapi paling common aku suka zikir "subhanaallah...."..cepat je basyirah tidur...siap beli radio mini digital yang khas untuk ayat ayat al quran,tapi TAK untuk mak huhu..

macam hari tu,lepas dibendung basyirah yang tengah terkebil kebil mata nak tidur tu,terus aku masuk dalam buaian,sekali aku zikir dengan radio mini tu ,masa tu bukak asma ul husna,...duduk lah tepi katil sambail mendodoikan basyirah....tetiba mak masuk terussss cakap...

"aki,bukak surah ,dia tak nak zikir..kalau bukak surah cepat dia tidor.."

aku dah macam .."haaaa...yeke mak?"..

bab mandi ,bab makan memang FAILED je aku rasa .Tak apa,aku cuba bab lain pulak,bab penyediaan susu.Jenis aku kalau nak prepare susu ,kene tuang air dulu baru susu pastu shake shake siap ( memang disarankan kan tuang air baru susu tau)..tapi TAK bagi mak aku.oh men,again?

"buat susu tu da betul,tapi kau ni sikit sangat scoop tu,anak kau da besar ,tambah lagi .."

cehh,aku ingat cara aku salah okay kali ni bukan salah tapi kurang scoop sudu je ...fuuuhhh lega,at least ade bende yang aku buat tu betul huhu.Satu pencapaian yang agak baik sepanjang 3 hari aku kat melaka even ada sikit cela nya;.



betul la,tak ada sape pon dalam dunia ni yang boleh jaga kita setanding ibu yang melahirkan kita,tak pernah berkira setitik peluh kudrat pon.Thanks mak abah,semua perfect (even mak tak kan baca blog aku pon ) hahah...even mak aku bising semua bende tak kena,tapi semua yang mak cakap tu semua LOGIK and PERFECT ;)


berdesing desing jugak,tapi mak abah aku memang sweet macam muffins...nampak macam high sugar ,high kalori tapi still enak dimakan..nampak tak perumpaan aku tu? heeee



thanks for reading!:)

nama anak .

ye ye bukan senang nak cari nama untuk anak.Lagi lagi zaman sekarang,zaman moden konon nama pon nak moden walhal still makan belacan still makan capati (opss soryy aku da macam benggali betul after married weyh) Macam aku ,jenis ta kesah asal nama padan dengan anak plus ada makna yang baik.

time pregnant dulu ,aku just fikirkan nama anak laki je ,untuk anak gugirl ta pernah terpikir langsung.Alahai ko dah kenapa qish ,tak buat persiapan awal awal ,tak apa,untuk next anak kau kene beli dah buku tajuk "nama nama baik untuk bayi lelaki bayi perempuan"..atau kau kene rajin rajinkan diri menggoogle wei,kalau tak susah .

macam basyirah..dia punya nama dapat pon lepas hari ketiga aku berpantang,tu pon berpeluh jugak lak,dah tu panggil je "baby"..asal nangis je..."nape ni baby"..dah tu sampai bila pulak nak berbaby kan anak.Terus talk dengan husband,kot dia ada nama ke..

tapi sama la dengan aku,still blur blur,ada satu nama melekat tapi makna pulak tak baik..dikatakan nama yang aku pilih tu ade kaitan dengan ketuhanan orang berbangsa india( halamak,sebut dah cun tapi makna plak tak best)..terus tukar..last ikhtiar,husband jumpa ustaz untuk pencarian nama yang sesuai..

dan alhamdulilah...akhirnya hari ketujuh berpantang, puteri aku bernama Syaryfah Nur Basyirah ..sangat suka dengan nama ni,salah satu sebab ,pasal nama syarifah,opss even bukan la berketurunan syed bagai..Basyirah pulak nak dekat nama abah,ya Allah suka sangat! 

 

semoga basyirah jadi anak yang baik untuk aku dan husband,jadi anak yang solehah...

......

bukan tak nak bagi..tapi..



hye korang.happy eid.

since aku dah jadi mak,aku jenis tipikal,jenis sensitif lagi lagi kalau ada kaitan dengan anak.Kalau ade orang cakap apa apa pasal anak aku,tak kira lah sape sape,aku akan bajet cool dulu,lepastu aku akan mengadu dekat suami aku anddd last sekali aku akan menangis (kalau dah teruk sangat sampai tak boleh terima)...

bila jadi macam tu,tak terlepas jugak mengadu dekat abah mak,and ami..sebab kadang kadang dorang jugak lah bagi aku semangat suruh ignorekan bende bende macam ni..tang tu jugak aku akan okay.;) cepat je aku okay.Da malas nak merajuk ke na makan hati macam budak budak dah..aku kan dah jadi ibu..matured sikit bro..jangan lembik!

situasi sama jugak kalau ada orang nak dukung basyirah..Kekadang bila ada yang dukung dia,bukan aku tak bagi..ada sebab sangat sampai suami aku pernah sound aku 

"asal u tak bagi orang dukung lama lama anak u...bla bla bla.." 

biaq piii la suami nak bising,janji aku diam huhu..tapi aku akan explain balik kat suami aku kenapa aku tak berapa nak bagi kalau ade orang nak pegang...


 

macam hari tu,beraya..
anak aku,si basyirah didukung oleh adik ipar aku,alan..kadang kadang anak aku ni kalau didukung family in law aku,aku percaya sangat..bagi aku,dorang pon macam aku,sayang...ye lah,anak buah dorang..syukur aku dapat family in law macam ni..kejap kejap kalau aku nak mandi ke nak masak ke,dorang take turn jaga basyirahh...

sambung balik cerita beraya haritu..

selesai makan dengan suami,terus basyirah menangis ter esak esak,kuat dia nangis! aku terus hanginnnn rasa na marah..terus direct aku tanye alan,adik ipar aku tu...

"alan!! kenapa ni,kenapa dia menangis tiba tiba ni?!!

alan terus bagitau aku...

"tadi,ada budak kecik tu dukung dia,dia asyik mintak basyirah je,alan pon bagi la...lepastu budak tu terhantuk kan kepala basyirah dekat pintu"...

eishhhh aku rasa nak marahhh sangat...bukan rasa,dah marah dah pon heee..

"kan akak dah cakap!!! jgn bagi sape sape lagi lagi budak budak kecik!"

terus alan mintak maaf,and time tu jugak aku mintak maaf sebab marah marah dia..suami aku pulak terus pegang tangan aku..pujuk.

 
sedang kan aku jaga pon tak pernah nak bagi dia terhantuk ke ape ni kan budak..sebab tu lah sebab utama..bukan tak nak bagi..kadang kadang jaga budak lagi lagi bayi bukan senang..kalau dah jadi pape nak menyesal pon tak guna sebab tu aku jenis tipikal..


and no wonder lah,mak mak kat luar sana pon sangat tipikal.Jadi mak ni kene sado wei,bukan pasal tu je ..kalau ade bende yang menyakitkan kepala otak untuk didengar and dipikir..memang tak habis hehe....
jangan cakap aku demand ke ape okay..:)
 
BY AQISH BASIR