21 februari 2018


Assalamualaikum

3 minggu lepas,aku selamat bersalin seorang baby lelaki .Syukur alhamdulilah ,sepatutnya kalau ikut EDD ,aku dijangka bersalin 14.3.2018 which is hari ni.Tapi dengan izin Allah swt ,aku bersalin pada 21 februari 2018,awal 3 minggu guys.

Sangat tak sangka,kali ni punya pengalaman bersalin lain dari yang pertama,si kakak basyirah.

19 februari 2018 

time ni aku dalam 36 minggu ++,masa ni aku tahu baby aku yang ni dalam keadaan transverse ( songsang),sedih sangat,tapi doktor and akak dekat klinik selalu cakap.baby boleh "pusing" lagi,banyak tips jugak aku dapat,semua aku buat,tapi tu la,Allah tak mengizinkan baby aku kembali dalam keadaan normal.

Aku dah start risau,aku fikir kalau baby tak pusing,confirm kene CZER.Kalau boleh aku tak nak,awal awal pregnant lagi dah pasang niat nak bersalin normal macam basyirah dulu.Sebab aku banyak dengar komplikasi pasal operate.Start this week memang hati aku tak tenang nak tidur guys.Sedih campur debar debar tu jangan cakap lah.

20 februari 2018

Time ni aku dah rasa sakit sakit pingang,terutama time aku berdiri.Dia punya keras perut tu,ya allah,susah nak explain,rasa senak je.Tapi bila aku duduk,sakit tu tak ada langsung,kadang kadang aku confuse..

"ni contraction ke ea?"

tapi disebabkan aku malas nak fikir ,aku buat tak tau je,sebab aku kira baby aku ni awal lagi kalau nak bersalin.Tapi aku ada satu masalah dalam minggu ni,najis aku macam diarrhea,tapi tak sakit perut pon,maksud aku lembut.Dulu time nak bersalin basyirah pon,aku perasan macam ni jugak.Serius aku banyak berdoa,sebab takut punya pasal.

8pm.

bila malam menjelma,ni buat aku confius lagi,tetiba pinggang aku macam nak patah,aku mengadu dekat abah ..

"bah,sakit pinggang lah,tak larat.."

abah tak habis habis cakap,yang aku ni macam nak bersalin,perghh...aku harap doa abah memang tak makbul malam tu.Satu malam aku tak boleh tidur,sakit gila,tapi bukan macam sakit contraction tau,maybe aku lupa sakit mengeras tu macam mana kot.

21 februari 2018


630am

pagi ni aku bangun,aku muntah muntah teruk,lepas tu tak habis pergi tandas,rasa nak pengsan sangat.Memang niat nak EL,tapi aku bukan jenis yang terus nak EL macam tu,aku pergi jugak kerja.Time drive tu,memang rasa nak menangis,sebab rasa sakit senak dekat perut.
Sepanjang drive,mulut tak berhenti berselawat semoga aku selamat.
Time ni,aku sempat breakfast minum air milo je.

830am

time ni aku mengadu dekat akak tempat kerja aku ,yang aku sakit .Akak tu terus timing ( kira berapa kali contraction),time tu dapat dalam 2:10:20 sec,...hati aku lagi bertambah berdebar sebab dah ada contraction,dah lah baby aku transverse,confirm kene pergi hospital..masa ni meleleh jugak lah air mata aku,sebab blur.Dah lah mazreel jauh.😕

845am
 berkerumun lah sister and doktor klinik aku.Nak tak nak kena VE (periksa jalan dah buka ke belum),lagi sekali aku macam tak percaya bila doktor cakap jalan aku dah bukak 4-5 cm.!!

kau boleh bayangkan tak malam tu kalau aku bersalin dekat rumah macam mana lah kan,straight doktor hantar ke labour room,hospital melaka dengan ambulan .Terima kasih lah dekat staff klinik aku tu,dorang macam alert,padahal time tu aku still fikir jalan tak mungkin buka,tak mungkin ada contraction....

910am

aku yang atas strecher terus kene tolak dekat LR,kelam kabut masa tu,tapi nasib baik time tu tak ada orang sangat,sempat lah aku tengok kiri kanan,yang betul betul emergency,kes aku.Malu sangat sebenarnya.Terus dipakaikan gaun biru,discan lagi sekali,baby aku still songsang,sekali lagi kene VE,jalan dah bukak 6cm..terus doktor menjerit dari tempat aku ..

''prepare semua!! straight EMLSCS!! "

nak tak nak kene CZER,sedih sangat.Tak apa lah,maybe ni rezeki aku nak bersalin Czer.Time tu,perasaan dia jangan cakap lah,berdebar lain macam.

930am

masa ni aku dah ada dalam kawasan dewan bedah,kat situ ada sorang doktor chinese ,doktor bius,beri explain pasal effect bius ni.Masa ni aku berdebar sangat sebab doktor tu cakap...

"puan,tak cukup puasa 6 jam,puan last makan minum pukul 6 pagi tadi,which is baru 3 jam puan puasa,sangat berisiko,kita takut makanan semua masuk dalam paru paru,in case kalau jadi macam itu,kita akan bagi general bius ye puan,puan setuju?"

setuju je lah,time tu jugak mazreel dari subang dah otw,so semua consent dorang ambil secara verbal,mak abah pulak nasib baik time ni dah sampai,sempat lah sign consent untuk spinal bius tu.

bila dah masuk dewan bedah....tak tahu pukul berapa time ni.

terus disuruh aku berselawat untuk dorang beri bius,dibagi nya bantal suruh aku  bongkok,nah...tak sampai 2 saat ubat tu masuk,aku tak rasa langsung kaki aku bergerak.Lepas dorang tanya ,terus aku dibaringkan...

yang aku rasa perut aku dihiris tanpa rasa..alhamdulilah...memang ta rasa ...

10.22am

lahir lah seorang khalifah dimuka bumi,syukur,bayi lelaki dengan berat 3.15kg panjang 52cm ...alhamdulilah...syukur teramat amat...


gamba selepas bersalin,serius aku cakap,lepas bius hilang,rasa menyengit yengit tapi still boleh tahan sakit lagi,cuma aku tak tahan sakit kepala yang teramat and asyik rasa nak jatuh pengsan,lepas tu asyik nak muntah je.

selalu fikir tak nak bersalin dekat hospital melaka,nah....Allah uji terus dapat bersalin dekat hospital melaka,serius lah,not bad.staff and doktor semua baik baik.



lahir pada 37 minggu 😊

nasib berat baby okay,risau jugak kalau baby underweight..


and now ,tengah berpantang hari ke 22.
alhamdulilah.
dapat jugak merasa bersalin secara normal and CZER.😅

sepanjang pregnancy,aku selalu tanya mazreel.Banyak persoalan selalu berlegar dalam kepala hotak aku,antaranya...

nak bersalin mana?
sempat ke nanti mazreel datang kalau aku nak bersalin?
macam mana sakit bersalin kali ni?

last last ,Allah mudah kan jugak .alhamdulilah😃..dalam keadaan kelam,ramai yang tolong,semoga mereka yang tolong aku dalam kesakitan dimudahkan urusan mereka.




 
BY AQISH BASIR