bila basyirah MOGOK PENYUSUAN !

assalamualaikum,since si basyirah tengah tidor didodoi oleh dadi dia,cepat cepat aku update blog.Alang alang nak update email en =)



minggu lepas adalah minggu palinggg sedih buat aku,sebab kene terpisah dengan anak 2 hari.Sebab? hmmmm

actually,aku sangat susah nak cari pengasuh dekat area tempat keje aku ni,ada jugak aku tanya tanya tapi ramai yang tak nak jaga baby waktu malam..susah sangat bagi aku sebab aku ni keje bershift pulak.Aku pon macam dah selesa sangat keje shift..huhu..tambah lagi pengasuh sekarang semakin berani ,cukup lah tengok berita,bayi kene dera la itu la ini,haishhhh tak sanggup.tapi bukan semua macam tu cuma nasib lah sape yang dapat pengasuh kejam.

sebelum jadi mak ni,aku selalu pikir..

"ala,mungkin tak sengaja kot pengasuh tu nak dera,baru pukul sikit dah lebam"

tapi bila dah jadi emak ni,perasaan tu...fuyooo jujur lah,dengarje,dah sakit hati sebab apa? sebab kita pon dah rasa anak kita membesar dengan kita susah payah ....

 aku susah nak cari pengasuh,mula-mula pernah jugak aku nak tinggal kan baby dekat mak dekat melaka ,so bila cuti je aku balik tengok dia,tapi susah sangat sebab basyirah jenis breastfeeding on demand gituuu..alhamdulilah,! dalam masa pantang pon aku pernah terpikir,macam mana nak putus susu nanti,tak sanggup sangat! sampai satu hari tu,mak willingg ikut aku ke sabak untuk jaga! ya Allah,syukur tapi dalam masa sama,aku sedih lah sebab mak terpaksa jauh dengan abah..tapi lepas talk dengan abah ,rupanya abah yang pujuk mak suruh ikut aku....alhamdulilah,ye sebab tu lahh akuuu sayang abah and mak! dah jadi isteri orang pon,still dorang anggap aku ni macam tak ade suami,,still dorang anggap aku ni macam belum kahwin...

berbalik pada cerita tadi,mak pon tak berapa sihat last week,sebab kene UTI,nak jalan pon sakit..kesian,aku tak sanggup tengok mak macam tu ..last last dengan berat hati aku pon cakap dekat mak

''mak,hurmm,nak balik melaka tak? mak tca kan minggu ni,mak balik bawak basyirah,mak rest dekat umah,bila betul betul sihat mak datang balik boleh..nanti aki pump susu buat stok,..?"

mak aku pon susah hati nak jawab,last last dia setuju dengan aku punye plan ni,sebab aku  tau dia pon rindu abah and rumah dia.Tanya jugak dekat husband,confirm lah husband tak setuju 100% sebab dah jauh dengan anak! lagi dia marah...tapi nak buat macam mana,,,dia pon terpaksa pasrah...

lepas 2 hari berjauhan dengan baby,terus aku balik melaka! ya allah,tak sabar sangat nak jumpa! rindu nak peluk! bayangkan lah selama ni aku tidur pon sambil feeding sambil tu dia tertido...dalam masa 2 hari ni suffer betul sampai nangisss kaw kaw...


tapi....

sedihnya aku bila basyirah,baby sendiri macam merajuk dengan aku..ya allah sedih sangat! basyirah tak nak direct breastfeeding! dia nak susu tapi through botol! sebab mak aku memang bagi feeding guna botol dengan stok susu aku tu..sedih sangat ketara betul perubahan basyirah!


ingat kan itu je,lagi sedih lagi dia tak nak dah tidur kepit dengan aku! selalu senang sangat dia nak tidur ni tak!..dia menangis sekuat kuat hati,tak pernah aku tengok macam tu,sampai aku sendiri lari masuk bilik sebab tak sanggup tengok macam tu...puas aku cari punca...sampai lah mak bagitau

''anak kau ni rindu kau aki,mak tau,dia macam mogok susu"

puas lah aku google,
 antara sebabnya ;

1.anak keliru puting
2.anak berjauhan dengan ibu secara tiba tiba
3.gusi gatal sebab pertumbuhan gigi

okay fine..now i know..huhu sedih sangat...tapi apakan daya...cabaran betul...sampai lah sekarang basyirah taknak tidor macam selalu...disebabkan tu ,mak pon dah biasakan dia tidur dalam buai sambil dodoi...

hati mak mana tak luluh bila anak macam merajuk,tapi apa yang terbaik untuk dia,aku sanggup terima biarlah aku sendiri yang tak suka cara tu...



mencabar betul jadi mak ni sebenarnya,eleh ni baru sorang anak kan! hehe,okaylah,lepas ni kalau ade rezeki,at least dah tau apa patut and apa yang tak patut buat...

mak pon ade cakap.''.budak beralih bulan lain perangainya qis,sabarlah....nanti dia dah besar senang sikit..''



pedihnya PJJ

kerjaya  yang terikat dengan gomen ni aku rasa sangat mencabar.bukan nak complain.hehe.Macam aku,jadi nurse bukan senang,lagi lagi kerjaya kau dikritik hebat oleh nitizen luar sana,macam macam diperkatakan..nurse itu nurse ini,tapi bagi aku semua depends dekat atitude orang tu.Kalau dari azali dah sikap dia macam tu and tak nak approvement langsung memangpatut la kene kritik.And aku senang je,alhamdulilah dengan rezeki kerja aku ni aku dapat tampung family aku and family mentua..tak banyak sikit pon jadi,,,and aku tetapkan pendirian keje kerana Allah swt sebab aku pasti yang satu hari nanti kesusahan yang aku alami now akan berakhir dengan kesenangan..insha allah.

kadang kadang aku sedih jugak sebab tak dapat jadi isteri yang sempurna sangat dekat suami aku,tak dapat sediakan makanan ,pakaian tiap hari macam isteri isteri lain.Tapi aku syukur sebab suami sendiri tak pernah merungut,,even dia kat subang aku kat sabak.Aku pon tak tau kenapa la aku ditakdirkan kerja kat tempat yang nunnnn jauh.

setiap minggu kalau aku cuti je tak kira lah sehari pon aku tetap nak balik mantin (rumah family side mentua) sebab hati aku untill now tak de kat sini.hehe,semua orang kat sini especially staff sini semua baik.alhamdulilah keje pon tak de lah macam sampaiiii boleh buat stress.Kalau stress pon

nasib lah,..

kesian jugak suami kene drive dari mantin sampai subang pastu ke sabak pulak tiap minggu macam ni,duit minyak duit tol jangan kira lahhh .cakap bab drive,bukan aku tak boleh drive,tapi suami sendiri tak bagi lagi lagi tempat keje aku ni dekat sangat dengan kuarters,jalan kaki tak sampai 5 mins pon dah sampai...kat situ dah save duit minyak dah..




senyum lah selagi boleh senyum.=0
kadang bila balik mantin,aku akan cuba jadi surirumah tangga sebaiknya,bila basyirah tido,and mintak tolong akak ipar tengok kan anak ,laju laju pergi dapur masak,pastu baju suami cepat cepat basuh and iron.Siap iron,lipat lahh baju suami cantik and kemas and rapi gitu dalam satu bakul,diletaknya pulak tuala,kain pelikat yang penting deodarant dengan minyak rambut jangan tinggal!kalau tak ..habis aku kene bebel dengan dia.bakul tu khas utk dia selama seminggu.
dah setahun macam ni jugak.tapi takpe..ni semua dugaan.

bila sampai sabak,cepat cepat aku siap siap pergi kerja,keluar sekali dengan dia,.so aku teruskan dengan keje shift aku,dia pulak terus balik subang,alhamdulilah nasib mak aku willing nak jaga basyirah..alhamdulilah sangat .

save lagi sekali duit pengasuh..lagi sekali syukur dapat mak macam tu ,mintak mak dipanjangkan umur ..abah pulak memahami,tak pernah nak bagi aku serabut tapi aku yang serabutkan dia..haha...dah jadi mak orang pon still nak mengadu macam macam kat dia..sorry abah...i kan ur best girlfriends....huhu 



sampai satu tahap tu rasa macam nak quit ,tapi bila suami bagi semangat tambah lagi family semua support,and tambah lagi ada baby ni,semangat sikit even kekadang rebah jugak dek hasutan si setan ni...huhu...mama harap bila basyirah dah besar,baca lah nukilan mama yang tak seberapa ni huhu..mama papa sayang kamu sangat..bukan mama yang nakkkkk kamu jauh dengan papa,even papa kamu pon sanggup nak quit keje sebab kamu huhu....


bila besar nanti,ingat lah apa mama papa buat semua yang terbaik untuk kamu nak...

haishhh sedih pulak nak teruskan typing ni,
so aku nasihat kan family kat luar sana bersyukur lah sebab dapat bersama sama dengan anak and suami,pada si isteri jangan merungut kalau suami penat balik keje,pada sisuami pulak hargai lah isteri anda yang jaga anak untuk anda.=)

itu je lah,saja ja nak up entry,entah kenapa tetibe nak luahkan..senang nanti bila dah tua dok baca entry ni mesti macam boleh buat kenagan hidup .

P/s: aku bersyukur ya allah kau kurnia kan anak seperti basyirah,suami seperti mazreel..yang faham keadaanand keje aku...aku harapp satu hari nanti kita boleh stay sama sama,huhu.










 
BY AQISH BASIR