benci tapi redha.


ASSALAMUALAIKUM,

Hari ni aku cuti.Motif aku cuti sebab nak jaga basyirah lebih masa,nak spend lebih sikit masa,sebab selalu nya,masa aku tersangat lah pendek.Kalau nak kira betul betul ikut jam,aku hanya fully timing dengan dia lebih kurang 36 jam.

Ye lah,selalu jumaat lepas kerja aku chauuu balik dalam pukul 5,sampai rumah dalam 830 or 9 malam,masa yang ada pon tinggal time nak tidurkan basyirah.And 24 jam time hari sabtu,ahad tu tak boleh kira dah sebab pagi pagi pukul 10 aku akan hantar dia dekat melaka .Kesian dengan life anak aku.

so,semalam beriya aku ajak pergi safari melaka,last last basyirah tidur keletihan.Kesian basyirah,kadang kadang masa dia terhabis dalam kereta macam tu je.Ulang alik setiap minggu,Maafkan mama sayang.Itu je mama papa termampu buat untuk happy kan kamu.




Normally,dalam kereta,basyirah akan tidur dengan sendiri.Ikut mood dia jugak.Dia pon makin cerdik,dah tau timing bila nak balik,sampai kadang kadang tak nak lepas pon aku dengan mazreel.Bab menangis tu jangan cakap lah,aku memang win,kalau masuk pertandingan air mata.

Sometimes,aku terfikir nak berhenti kerja,nak jadi housewife ,nak berbakti dengan suami and anak.Bukan tak mampu,mazreel punya pendapatan so far,sangat baik.Semua aku nak semua aku dapat,alhamdulilah,and gaji aku pon just untuk saving je.Syukur lah dapat suami yang berpendapatan okay.

Tapi bila fikir,apa guna aku belajar dulu? habis kan duit mak abah je.Mak abah pon banyak kali suruh aku fikir banyak kali,dengan ekonomi entah tak berapa betul ni,bukan boleh percaya dengan dunia.Cakap mak abah memang sentiasa betul bagi aku.Mazreel pon banyak kali pujuk,tapi berat lah.Tersepit antara dua keadaan.

Aku percaya ,maybe sekarang aku rasa susah sebab jauh dengan basyirah,dengan kerja aku yang macam ni,tapi aku pasti kemudian hari maybe akan datang senang tu.Sebab tu aku tak nak quit sekarang.Dalam keadaan macam ni lah,even ada satu hari cuti,aku memang akan balik tengok basyirah.Makin dia besar,aduhai makin mencabar wei.Rasa macam tak nak tinggal kan dia dekat mak abah.



alhamdulilah jugak,now aku happy sangat kerja dekat unit baru even dulu menangis bagai rak tak nak pergi.Tapi nasib baik Office hour,weekeend memang aku cuti,just buat locum (0vertime) time weekdays je.Kalau ikut aku malas je nak buat,tapi ni kan dunia,rules and prinsip semua kat tangan management.Lantak lah,janji weekend memang aku off.

semoga aku tabah melalui semua keadaan ni dengan baik.Aku harap sangat nanti basyirah bila besar boleh faham situasi ni.Benci tapi redha. =)





 
BY AQISH BASIR