"nak bersalin mana ni?"!

assalamualaikum dan salam khamis
alhamdulilah,pejam celik dah nak tahun 2016,cepat kan masa berlalu.
pejam celik jugak dah setahun usia perkahwinan aku dengan si cinta hati ;)

macam lama sangat tak update blog ,dalam setahun? tak la..actually,alhamdulilah,aku selamat melahirkan seorang anak perempuan.

22/9/2015
okay,time ni hari aku last keje dekat hospital sabak bernam,maksud aku hari last aku sebelum aku nak cuti bersalin 3 bulan! yahoo.Masa ni buat keje pon tak senang sebab eksited nak cuti panjang ,dalam masa yang sama jugak aku tengah sarat sangat (38week 3 days).Baby dalam perut time tu pon giat  aktif tendang tendang aku.Tapi alhamdulilah syukur tak pernah rasa macam tak selesa.Lepas je keje shift pagi terus direct ambil barang terus balik mantin...balik rumah mentua,sebab sebelum ni aku bercadang nak bersalin dekat melaka dekat dengan parent aku ..ye la,ape ape mesti kita selesa dengan mak kandung kita kan.

lepas je sampai,malam tu suami ajak keluar makan ramai ramai dengan family sedara mara dia,aku okay je,sebab bab berjalan aku sanggup huhu..lagi pon lama sangat macam tak gather sama sama.So mazreel pon bawak la ke restoran arab kat nilai.Alhamdulilah tercapai hasrat nak belanja dorang.

Balik je terus tidorrrrrrrrrrrrrrrr sampai keesokan!

23/9/2015

pagi ni pulak aku ajak mazreel keluar .nak berjalan-jalan ,al maklum la baru start cuti kan,mazreel pon cuti time ni,tapi sebelum tu mazreel ajak pergi servis kete.Alahai,aku paling tak suka nak ikut servis kete,sebab nak tunggu turn tu lambat sangat!..aku pon follow laaaa nak tak nak..

bayangkan lah dari pukul berapa aku duk tunggu dengan dia,dari pukul 10am sampai lah selesai dalam pukul 2pm macam tu.Lepas tu mood aku pon macam tak betul time ni,terus ajak balik.

'u jom la balik,penat la plak"

"betul ke u nak balik? kata nak shopping,jom i bawak u shopping nak,syng?-suami

"ala,jom la...balik,' (muka monyok) 

entah lah kenapa aku tetibe rasa tak ade mood langsung!

bila sampai je dekat kedai amma ,kedai mak angkat suami,terus aku berlari ke tandas,sebab aku rasa basah sangat! 

"tak kan lah kencing aku banyak?"

bila aku cek,ya allah .show!

terus panggil nisha,adik ipar aku ,terus bagi tau dia yang aku nak bersalin ni,time ni semua family angkat suami berkumpul,semua cakap bende yang sama.yeeee "aqish nak bersalin dah ni".

ya allah dalam hati syukur sangat.Tapi risau sangat! sebab kalau air ketuban dah pecah tapi jalan tak bukak dalam 18 jam potential untuk paksa bersalin tu besar.alamak!

time ni baru suami gelabah.mak mentua pon siap berair mata.aku? rilex lah! kau dah nak jadi ibu ni qish! tapi dalam keadaan macam ni pon still aku nangis!

lepas packing barang semua terus suami hantar hospital terdekat,hospital putrajaya! Aku macam was was ,boleh ke bersalin sana? setahu aku dorang terima penduduk dorang je.arghhh lantak lah! yang terdekat pon hospital tu je.

masuk ke kaunter laboor room,mengadu yang air ketuban dah pecah,staff sana alhamdulilah semua okay,doktor pon baik sangat..lagi lagi dorang tengok buku merah (buku antenantal),dorang terus suruh masuk untuk CTG,and nak periksa bukaan.

time tengah ctg,aku menangis sorang sorang dalam bilik Pac,sebab risau sangat,dalam hati ni ya allah,banyak sangat soalan..

''aku nak bersalin dah ke?'
"nak jadi ibu dah aku ni"
"tapi kalau tak bersalin,mesti aku kene masuk ubat salin paksa"
"macam mana rasa contaraction "

arghh macam macam sangat..suami pon ade kejap kejap masuk tengok aku,kejap kejap tanye
 "sayanggggggggg u okay ke?"

time dia tanye lagi aku nak nangis!

selesai cek jantung anak,doktor masuk nak periksa jalan! time ni pon aku macam takut sebab takut rasa sakit tu,selalu periksa ibu ibu je kat hospital,nahhhhhhhhhhhh kau pulak rasa qish!

"okay,u tarik nafas i nak masuk kan jari,u jangan jerit okay,sakit sikit saja,"-
''u punye jalan ni dah 3 cm lah,u tak rasa contaraction ke,ni based on ctg ni contaraction u 2:10: 25sec''

ya allah alhamdulilah! 3 cm? contaraction? kenapa aku tak rasa sakit ngeras tu! ya allah syukur! 3cm!!

tapi aku stll tak diterima untuk bersalin di hospital putrajaya sebab kes aku pon tak urgent,lagipon kalau ibu yang bersalin anak pertama biasa ambil masa lama untuk bukaan bukak,nasib aku staff yang keje bahagian ni,tak lah aku meroyan ketakutan hihi.

terus diberi option oleh doktor tu ,nak bersalin dekat mana..sebab hospital terdekat hospital selayang and hospital kajang!..alamakkk time ni blur la,dua-dua hospital ni kan busy,maksud aku mesti ramai pesakit.Lagipon aku pernah dengar keadaan hospital dua buah ni..muka aku terus berubah macam tak ada mood.

nasib suami faham,

"wait eaa doktor,i need to discuss thiss with her"

"sayang,jom lah pergi hospital swasta nak?lagi selesa u kat sana"

dalam hati aku bukan aku taknak,tapi akurasa macam membazir,aku boleh guna GL,kenapa lah nak membazir,asalkan baby ni selamat dah lah,still aku tolak dengan cara baik.Lasttttt suami terus ajak ke HUKM.

"okay la hukm!"

terus pecut ke HUKM
sampai je hukm,alhamdulilah staff semua baik baik,kecuali yang kat kaunter tu,bapak la haa bongkak.Tapi maybe sebab ramai patient ,penat kot.So aku pikir positif lah.Time sampai kat hukm ni dalam pkul 4pm .Tunggu turn jugak lah nak masuk dalam PAC room tu,pukul 5.30pm  dipanggil masuk.Again,CTG dan periksa bukaan.

time ni jugak kain aku dah basah lencun,time buat ctg dekat sini pon,doktor cakap contraction aku dah 3:10:40 sec..ha? aku ta tau nak describe macam mana sakit tu.Sebab sakit tu aku macam dah biasa rasa,and aku tak sangka dah moderate.Alhamdulilah,bila doktor periksa bukaan dah 5-6cm! yahoooooooooooooooo

terus tolak ke laboor room!


dalam laboor room plak,aku diberi enema untuk kosongkan usus.! dalam bilik nombor 1 depan kaunter.Cuak jugak lah rasa,sebelum ni aku pernah tanye suami nak teman tak tengok aku bersalin,dia pon mengadu yang dia tak boleh tengok darah boleh pengsan.Aku faham.Tapi tak rasa kecewa pon sebab dia tak ada pon tak ape nanti mesti aku mengada je bila dia ade hihi=)

sepanjang dalam laboor room,suami teman aku.buat lawak tak habis-habis ,pastu sibuk recall balik waktu bercinta dulu la...semua ni nak buat aku tenang sambil dia bukak kan surah mariam and yassin.

time aku dalam laboor,aku dengar baby nangis,pekikan ibu yang tengah teran

 "tak boleh nurse!"
"panggil doktor cepat!"
'prepare emergency czer"

aarghhh kelam kelibut aku dengar time tu,istifar je aku.tawakal,masuk waktu magrib,aku solat kejap.Ingat tau,dalam laboor room,kita bole solat ikut syarak even tengah ade show.Ibu ibu kat luar sana jangan ingat ade darah tak boleh solat.Darah selepas bersalin tu baru kita tak boleh solat,darah nifas.Solat and berdoa la semoga dipermudahkan.


9pm

time ni aku dah rasa sakit sangat! pinggang rasa nak tercabut ya allah! time ni aku pegang tangan suami kuat kuat macam nak patah! dia pulak selalu tenang kan aku,suruh istifar..kejap kejap dia tanye aku

'nak i panggil doktor x cek jalan?'

aku tak dapat nak jawab,hanya guna bahasa isyarat by hand...je hahahha,,time ni aduiai,terasa panas walhal aircond da cukup kuat,handphone suami pon aku campak tah mana tah! sakit punya pasal!

bila nurse masuk ,and cek jalan.alhamdulilah dah FULLY!alhamdulilah,time ni aku tak sabar dah nak teran nak tengok baby! 9 bulan mama kandung kamu sayang!

9.25pm


alhamdulilah! syukur! baby mama papa selamat! 

dalam keadaan macam ni pon,suami tak sempat nak keluar .hahah time ni kelibut sebab kepala baby dekat bawah dah,suami pon macam kelam kabut terus ke sisi pegang tangan,and dia pulak yang arah push sebelum nurse tu suruh hahahahahhahahah lawak!




our princess SYARYFAH NUR BASYIRAH

alhamdulilah syukur tak terhingga cepat sangat masa berjalan.Dari 3 cm sampai ;ah fully,Allah swt mudahkan urusan aku untuk bersalin.

so ni tips aku untuk mudah bersalin

  • BANYAK KAN BERJALAN TURUN NAIK TANGGA,AJAK SUAMI PERGI SHOPPING PON TAK PE!
  • AMALKAN SURAH MARIAM ,INSHAALLAH DIPERMUDAHKAN
  • BANYAK KAN MAKAN BUAH DELIMA AND KURMA
  • JANGAN SESEKALI TINGGIKAN SUARA DEKAT SUAMI OR MAK MENTUA 
  • BAIK LAH DENGAN ORANG SEKELILING SEBAB DOA DORANG TU TERMAKBUL.
*aku bersalin dekat HUKM ,alhamdulilah staff semua baik baik dari laboor room sampai ke postnatal ward.syukur alhamdulilah! 

tunggu next entry tau! pasal aqiqah pulak!

POST WEDDING VIDEO #aqishmazreel

alhamdulilah syukur...masih dapat kesempatan menghirup udara arinih..

andd alhamdulilah jugak semalam tak ade kes yang nak refer sebab semalam oncall kan=).LOL.

after 6 bulan baru nak update pasal kawin .ya allah,pejam celik pejam celik.cepat sangat.And tak sangka nak berpuasa dah.Tahun ni lain sikit sebab puasa and raya ade suami.YEAY!...tapiiii still sama sebab kene keje,so dah set mind dari sekarang tak boleh nak beraya sangat...=(

kenapa baru nak update?

ye ye macam entry blog lepas,aku mention pasal photog yang still tak siap siap kan video..hishhhh..tape,now dah dapat,rasa  macam happy bila tengok balik..andd aku nak ucapkan terima kasih sangat sangat ikhlas dari hati aku....

To mak abah and family,

orang pertama aku nak ucap terima kasih ,mestilah mak abah and family aku sendiri sebab tak ade dorang,tak jalan jugak majlis aku ni...ya allah syukur sangat sebab tak ade restu mak abah nak kawin muda ni pon tak jalan jugak...

mak abah,tq sebab habis kan belanja kat majlis aki,tak tau nak cakap ape,dari kecik sampai nak kawin memang rasa menyusahkan sangat ...tak ade bende yang dapat aki balas dari jasa and kasih syg mak abah.....and to adik beradikkkk ,awin ayet muni ...kite tak ramai sedara,kita buat pon kita-kita je,tak mintak tolong sape-sape sebab dari dulu lagi prinsip mak abah tak nak susahkan orang...kemas rumah sendiri,semua sendiri...alhamdulilah......happy dapat adik beradik macam korang =)

To ami abah and family mentua

ami abahhhh ,syukur dapat family mertua macam amiand abah,disaat ade ramai yang mengomel dapat mak mentua yang garang andddddd tak sporting,tapi aqish dapat sebaliknya...ami abah yang tak berkira langsungggg and sporting..until  now,bila balik uma ami...ami selalu tanya

''aqishhhh dah makan?...pergilah rest...mesti penat"

huhu,kira,kalo balik uma ami abah je..mesti dorang layan sebaik baik nya...and abah pulak,tiap balik keje,mesti bawak balik pen yang banyak....sebab dia tau menantu dia ni keje memang banyak guna dakwat pen=)

andd to family mentua jugak,kak maz,awan ,alan,mazha,andddd nishaa...aiyooo korang kalo duduk setempat boleh pecah rumah,...perbezaan antara dorang and adik beradik aku jauh beza....tapi aku dapat jugak feel sayang tu dari dorang!


TO kak haseena and abang ijat

ingat lagi akak and abang lahh yanggg teman bawak pergi beli baju kawin,ya  allah,masa ni tak tau nak cakap ape,sebab ikuttt je apa yang terbaik....huhu,sebab dorang jugak baju kawin aku semua cantek=)
tq akak...sebab asal weekend je,teman kiteorang pilih sampai larut malam semua.....

TO kak tina and family

okay,sebenarnya bila majlis nak start,mazreel ade cakap..
''nnt pape tanya kak tina"

masa ni aku da blur,sapa kak tina...sebab aku takpernah kenal..tapi bila mazreel cakap

''ala dia sedara sedara jugak''

aku rasa macammmm haaaaa syukur sangat,sebab ade sedara side dia sudi bantu both side,dalam majlis ni..tq kak tina and family,tq datang dari malam berinai semuaa sampai habis majlis,tak  tau macam mana nak balassss.....hanya allah swt yang dapat membalass jasa akak and abang akak....aqish minta maaf kalo ade banyak kurang banyak silap sepanjang arini.


to husband

i love u!

*and tak lupa jugakkkk untuk kawan kawan,sedara mara yang sudi datang and mendoakan aqish and husband huhu...yang terlibat and sampai tak mentionnn sory sangatttt....tak ade korang tak jalan majlis ni..anddd syukur ke padaMu ya Allah....

ade yang buat rotiya tapi tak sempat nak datang semua,sorry,yang aqish kata nak datang jumpa,tak jumpa jumpa lagi...sorry....aqish kene panggilan keje,,sangat susah nak jumpa...sebab mood and jiwa sangat tak stabilll...bila jumpa je  mesti rasa nak nangissss sebab tak boleh terima kene keje jauh dari husband=(

sampai ade yang cakap

''aqish tu asik nak nangis je,lembik"

hamboi,,,,,,kau tak rasa ape aku rasa,bayangkan kau baru kawin,tapi kene keje tempat jauh dari suami kau,palingggg teruk bila kau rasa kau takut tak dapat jalankan tanggungjawab kau sebagai isteri dengan perfect...kau rasa?...



okay! ni sikit sikit video side majlis melaka...yang mantinn....will be uploaddddd soon..























honeymoon part 2 #ubud,bali


kadang-kadang kalo stress,bende yang paling happy aku bole buat maybe scrollphone and tengok gamba gamba lepas..tak kira la dengan sapa kat mana and bila...yuppp..dengan keadaan aku macam ni,aku tak nak pikir stress..buang masa....biasalah,kalo balik keje,penatttttt....lepastuuuu kat tempat keje ade je bende tak kene jadi macammmm fedapp pon ade..tapi biasalahhh manusia...ade ke yang tak pernah penat and stress?..

so..bila lepak atas katil tadi terkenang aku pergi honeymoon....tak habis lagi en cerita pasal honeymoon ni.okay,ni lasttt laaaaaaaaaa...sebab aku pergi pon tak lama dalam 4 hari 3 malam..huhu...nak stay tempat orang rasa lain and tak sedap...sedappp lagi stay negara sendiri...hamboiii....tersemborrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...=p

hari kedua memang banyak tempat aku pergi sampai aku tak hingat...mana dulu aku pergi...aku rasa if korang datang bali pon,memang tempat wajib yang akan disyorkan...haaa kat sini kat ULUWATU,....sebab nye macam biasa,pemandangan diaaaa superbbbb...

syukurrrr aku dapat lihat salah satu keajaiban dunia kat sini.....tinggi pon tinggi,,gayatttt sangat.!






feeling-feeling betul aku ni.

''sayangggg..tolong ambek gambarr i jap...jauh sikit...bagi nampakk batu tu tau!!''

dibalas dengan segera

''okay....click ..clickk...clickkk....dahsayang''

erggggggggggggggggggggggghhhhh...-.-'

suami aku ni satu je,bila  mintak tolong...dia akan berusaha tolong dengan kudrat dia...macam bila aku suh dia tolong ambil gambau.....cepat betul dia tekan button capture tu.....padahal gambau yang sama je...



kat sini memang tinggi,tapi jangan risau lah..sebab tembokkk dia ade kat tepi tepi,so memang bolehhhh kalo tak nak tergelincir ..huhu...lagi satu kat sini,kene hati-hati....bukan apa...hati-hati dengan monyettttt....perghhhh monyet kat sini buassss....

apa yang korang letak kat badan korang,beruk beruk ni tak teragakk nakkk rampasssss.....letakk rayban atas kepala pon..tak terlepas....size beruk sini pon bole tahan..kalah size berok malaysia...jujur ni.


kat sini,tempat yanggg atas sekaliiiiii kiteorang pergi..again,alhamdulilahh dapat tengok sunsetttt....
time ni jugak aku and mazreel rushingggg..sebab keliling kiteorang semua berukkk...

so nak posing lebih lebih pon takut..
sebab beruk tu asik tengokkkk gelang merah aku tu jeee....;p

andddd nak masuk tempat ni kene bayauuuuu..tapi aku dah tak hingat berapa rupiahh..bilanak masuk dia akan bagi korang kainnnn satu warna unggu and kuning untuk dipakaiiiii kat pingang ...motif nye pon aku tak paham kenapa...maybe pantang larang tempat ni?



''uuuu..jom lerr..takut lahhhh''

ni je aku mampu bebel kat dia time ni...best kat sini,bila korang ade kat sini..tak ade sape larang korang nak buat apa...contoh korang nak bergamba  lua dari tembok ke...tak ade sape  kesah...tapi macam aku cakap...beruk sini ganaassss....takut tergelincir sebab terkejut dengan beruk pulak nanti....

andddd aku ingat lagi mazreel tanya soalan macam ni..

''kalo u jatuh dulu ,u rasa i selamatkan u tak?""

perghhhh ayatttt kau mazreeeellllllll!



cakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!

time ni pon ramai makhluk bumi berpusu pusu nak bergambau


okayy lepassss je kiteorang pergi uluwatuuuu...terusssss keee ubud...yang ni,,,,tempat macam muzium ke ape ea....tapi banyak batu yang diukirrrrrr macam bentuk naga...rimau...seram jugak..tapi keutamaan kat sini......of kosss...beruk size double triple xxl...ni..

beza dia,beruk kat  sini manja! dengan syarat jangan usik,....kalo tak..kene kejauuuu....beruk kat sini macam manusia...maksud aku,tak kacau orang...tempat diaaaaa kan......lalu sebelah beruk beruk ni pon....tak pe..sebab tak buas.




timeni,aku lepak dengan mazreel kat atas batu..rilex je...beruk ni landing,cari port betul betul sebelah mazreel....aku nak jeritttttttttttttttttttttttttttttt pon...mazreel dah cepat cepat tutup mulut...

''diammm qish  kalo tak nak kene tokak (gigit)!!"

huhu...........................mase ni aku rase mazreel pon takut sebab beruk tu sebelah dia je.!


again...sini best sebab beruk dia buat macam tak ade orang....=p


lepassssssssssssss makan tengah hari,kiteorang ke bali zoo....aku tak tau kenapa nak sangat pergi...sebab tu je keutamaan nye yang ade pon...lagi pon dekat dengan tempat tadi....

kat sini..sama je macam zoo zoo yang ade kat malaysiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....haiwan dorang pon kurang kat sini...time ni...bagi aku..biase je....tak best! huhu


ni beruk betina aku rasa..sebab bila aku bagi daun tu...terussss beruk ni dok goncang sangkarrrrrrrrrr...marah konon!..kejut akuu....

''kuang asammm nye beruk ni u....kemain legat haaa dok loncatt.."

time ni,penjaga zoo pon dah suspen,sebab berok tu macam hangin semacam...semua pandang aku macam aku yang salah! kuang haaaaaaaaaajjaa!

tapi bila mazreel bagi...beruk ni senyap pulakkkkk!

''i rase dia suka i la u!!!'' -sambil ketawa bangga..hampeh!



last destinasi kiteorang...lepakkkkk teba sari..sini pon korang tak kan terlepasss untuk dibawak...
ni tempat dorang bela musangggggggggggggg and sampai musang tu berakkkkand sampai lah terhasilll 13 jenis kopi ni...

yang merasa kopi ni,mazreel...

sebab aku tak lalu dahhh...yang promoter sini pon tak habis habis paksa aku suruh rasa ..tak habis habis cakapp

''mbakkk..cuba dirasai duluan....enak mbakkk....bersihhh""

anddd bila mazreel suruh rasa,baru tahap keyakinan nak rasa tuuu ade..serius sedap..lagipon tengah haus kan...tawakal je lah...

=p...



#throwback HONEYMOON #ULUWATU

sepatutnye aku kat mantin untuk kenduri doa selamat nani,akan tetapi sebab aku keje terpaksa lah aku amek mood untuk update blog pasal honeymoon ku ini ...heheh.....dari tak buat ape kan....

lepas je sampai indonesia,aku and husband pon terus check in hotel sebab penat sangat..sampai pon dalam pukul 730 pagi macam tu,penat jugak lah.Sepanjang tu memamg kiteorang tak rest langsung,lepas mandi semua siap siap pulak nak kelua berjalan...

oh ye...lupe,mase 1st day sampai tu,aku sempat ajak mazreel beli baju sebab baju tak cukup =p...lagi pon akupenah cakap dekat husband..

''u jom jadi pelancong,kita beli baju macam pelancong baru nampak mcm pelancong kan"

tapi dia taknak dia cakap...

''ala..pakai je la apa yg ade bukan org kenal ponnnn....okay lah jom jadi pelancong"

aku da agak,dia melayan je aku .huhu,.alhamdulilah,bukan nak mengada tapi tu lah keinginan time tu tinggi.over en.



yang coklat ni lah agen tour guide kiteorang,bila scroll phone tak ade pulak gambau dengan dia...sebab macam semak..so sampai je,dia lah yang tukang bawak kiteorang nak pergi mana yang best....putu namenye...putu ni memang orang hendon,loghat dia habis macam sinetron...tapi kalo dia tak paham ,dia speaking terus.


''okay,this is tanahlot,bali...this place so special because of.......bla,bla'...

mase dia introduce pasal tempat ni memang aku dahhh malas nak layan,sebab tempat ni memang superbbbbbbb,cantik  sangat,laut yang hijauuuuuu...rasa nak mandi sangat...tapi nasib baikkkkk ramai orang,..






ni lah baju yang aku beli made from indonesia yang nak macam pelancong tu....heeeeeeeeeeeeee=)
serius cakap aku suke tempat ni,beribu jugak aku ambil gambau...sanggup berpanas terik sampai mazreel pon bengang ,sebab mase ni memang tak pakai seliper..takut seliper basah..

''u..dah lah,i dah ambek banyak gamba ni...jom lahh ..panasleee.....eh panas plak aku ni kang"

huhu..aku gelak gelak je time dia nak ngamuk...ajak dia gambau pon taknak.



puas jugak aku pujuk..sebenarnye time ni mazreel tak selesa pakai baju ni sebab kain panas...dia pon satu beli baju lengan panjanggggg....heee..konon tak nak gelap.

time ni jugak free free kene sound sebijik dengan dia...

''u bole bukak tak rayban u ni,semak pulak aku tengok''

cepat aku balas...

''eleh,jeles la  kan,...u pon kenapa beli topi mcm nak berkoiboi plak....''



atas tempat ni ada tempat macam cafe,tapi tak lepak pon kat sini,menyinggah je,sebab was was nak minum sini,macam bar pon ade.


''sayang tengok tu,cantik kan...''

time ni mood dia ok dah,sebab dahdapattempat yang redup sikit..LOL.


Lepas ke tanahlot,kiteorang terus dibawak ke jatiluwih.
mase ni aku tak tau pon nak kemana.......agen tour tu yang bawak ....aku ingat nak pergi tempat yang best lagi..rupenye......pergi jatiluwih ni,korang just akan nampak susunan jati yang bertingkat-tingkat and lain dari yang lain....

cantik tapi bagi aku macam biaseje,,,jalan nak ke sana pon...ya allah..teruk.....sempit,tunggang terbalik semua aku rase...



''sayang ape kita buat sini sayang...tak kan nak jadi petanii...adoiiiii putu ni pon...''

again,aku gelak besauuuuuuuuuuuuuuu...si mazreel satu je aku puji,kekadang dia rase ape aku rase....

''takpe lah u,kite pon dah nampak macam petani dah ni''



time yang aku tunggu..makan time...lepak dekat lake danau,mase ni pulak hujan..tak ade rezki nak lepak tasik....jauh dari atas.........
 and aku baru tau..semangka tu tembikai...tu pon time order air kat sini.





memang best.makanan pon superb!




jujur  lah,kat bali ni susah nakkkkk cari makan...menu femesss sini pon khinzir goreng..ko bole bayang kan???? dibantai nye goreng satu kuali...hishhh was was jugak.....last malam tuuuu ..just lepak starbuck je....itu je pon yang ade..

okay nanti sambung lagi untuk hari kedua! '0


apa itu HONEYMOON?? #THROWBACK

hold dulu cerita pasai kawin semua.laa ni nak update pasal honeymoon aritu..sebelum kawin lagi si mazreel selalu tanye

"u honeymoon nak g mane?''

dia ni selalu cari bende yang boleh aku happy ,maksud aku bila mesej je ade je bende dia na buat aku berangan dulu la ape la.Ye la dulu time aku student dok bercinta dgn dia ni just thru wassap and facebook...boleh dikata kan tiap tiap malam lepas aku prep study je mesti dia call or mesej,andddd waktu malam la waktu paling sesuai untuk aku dgn dia nak berkomunikasiiii secara berkesan...hamboiii;)

bila dia sibuk tanye soklan pasal bulan madu bagai ..aku pon ape lagi,eksited dia bagaiii dah lulus exam final masa tu..heeee aku pon cepat cepat reply:

''hmmmmm...ala tak kesah la kat mana-mana,dalam malaysia pon boleh,lagi pon tak membazir sangat kan...i okay je,asal ade u"

nampak tak,dalam ayat aku reply tu ade jugak demand...dia pon laju je balas

''mmg la dalam malaysia ade ke i cakap nak bawak u satu dunia pusing?.."

perghhh time ni memang aku rasa macammmm harammmmm je...mazreel ni satu je perangai dia,suka bagi harapan meninggi last last takkkkkk jadikk...(walhal aku yang perasaannn lebey)

sejak dari tu aku dah senyap ,tak nak dah cakap pasal honeymoon...tapi sebulan na kawin,dia sibuk tanya lagi..

"antara thailand ,or indonesia..mana satu?"

aku pon pilihhhhhh ''BALI!!"



alhamdulilah ,finally dia bawak jugak aku pergi bali...kenapa aku pilih bali? sebab aku tengok ramai nau honeymoon kat sini.aku pon nak merasa....dengan harapan yang bersinar -sinar terbangggggg lah aku and husband ke bali indonesia......time tu malam kedua lepas kawin..terus shoot ke indonesia....



sebenarnye,malam nak pergi tu mazreel baru lah terkial kial nak pergi airport sebab tiket flight semua dia print...so dia pon pergi dalam pukul 10 malam ke airport,time tu aku dah macam 50-50 je sebab rasa macam ade tak kene,kot tiket flight terlepas ke...ye lah kekadang keliru waktu sebelum and selepassss....tetibe mazreel call dalam kul 11 lebih...

''sayang,siap kan beg kul 12 kita shoot pergi airport'...

aku dah macammm...

''haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa???dengan ape barang tak susun lagi...tapi takpe...yeayyyyyy dapat pegi bali=)'

dandan aku ambik barang aku yang perlu,aku pon tak nak bawak barang banyak,yang penting aku happy kat sana...mazreel pon dah bagi warning...''u jangan bawak baju macam nak tinggal sana tau''



time ni kat airport...beriye lahhh dia ni cakap flight pukul 1 lebih..bila sampai je,ajak dok lepak minum coffee bagai..perghhhh menyirap jugak...last last flight dalam pukul 230 pagi macam tu la kan....bila aku jenguk kat lua tingkap....senyum lebauuu aku..sebab dah nampak flight depan mata...legaa...fuhhhhhhh



sampai je hotelllllll...hamboi...atas katil siap itik bagai..terharu jugak lah kan...actually,lepas sampai airport sana..ada tour guide yang ambek kiteorang....dia lah yang bawak kiteorang pusing bali,tapi pasal diaaaa next entry lah aku cerita..macam semak je nak cerita kat sini...sebab tengah fefeling lagi kan...



kek ni pon tersedia...aku macam was was nak makan...ye lah..tempat orang kan....lepas je mandi,aku nak merasaaa jugak lah kek ni...bila dok cariii dalam peti ais semua...aku macam pelik..mannna hilangnye?

''syng,nampak x kek yang i cakap jangan makan tu?''

cepat cepat mazreel balas....
''laaaa u
kata jangan makan nnt ape lah kan..i makan lah syng,sedap..rugi uu''

erghhhhhh tade rezki la tu .;(


sebenarnye ,sempat selfie lagi...aku memang pantang nampak cermin sebesar alam depan aku...ohhh ye,ramai tanye..kenapa ko pakai gelang sarat tu?!

hmmm...untuk pegetahuan,ni adat ...pengantin kene pakai gelang *aku lupe nama gelang ni orang  panggil ape* ...kene pakai sebulan ke berapa lama pon aku tak ingat......aku okay je,lagipon nampak macam lain sikit...heeee...and bukan aku je tau pakai...

ramai yang pakai jugak tapiiiii semua pengantin india lah kan...lol...



hacked!

masa ni mazreel dah penat sangat.....tunggu pak supir tu lagi.....huhu....okay lah...next next entry baru aku sambung balik..aku pergi jalan mana je.

THROWBACK malam berinai =)

okay now,baru ade masa nak update blog pasal kawin aritu.Since ramai yang tak habis habis tanye
"bila cd nak siap? bila album kawin nak siap?'

sebenarnye untuk pengetahuan,aku and husband sendiri pon tak sabar nak tengok album and cd kawin kiteorang sendiri,ye lah haribahagia kan...sape yang taknak.Sampai kekadang aku rasa macam nak  marah je,bukan ape...bende yang tak siap tak kan lah nak cakap dah siap..sampai ade yang sengaja cakap kiteorang tak nak tunjuk.

maaf lah ea,aku and husband sendiri ade tempah photographer memasing untuk side dia and side aku..hampir 10k kiteorang habis untuk tu je..and aku pon rasa photog pon naik muntah dok cas tukarr bateri kamera dorang...wedding dalah dalam 5 hari..bernanah bhaiiii...heeee

tak kan kiteorang nak paksa dorang ni nanti kangggg gambar kiteorang yang tak cantek.sebab tu aku and husband decide nakkkk bagi masa kat dorang ni.habis cerita.tak serabot.
ni pon hampir siap.

semalam balik melaka pon singgah amek gambar yang mak dah cuci...tengok?mak sendiri eksited nak tengok sampai cuci sendiri,,,,huhu...album kiteorang memang tak siap lagi.nanti dah siap,insha allah kami tunjukk naaaaa....

okay,ni sebahagian gambar dari majlis berinai....jom feeling feeling nak thhrowbackkkk


bunga pelamin yangcantek sangat.soft jeeeekan..next update aku gtau dekat bridal mane aku ambekpakej okay!


sebenarnye,untuk inai ni side laki yang sediakan...so aku tak tau ponsape yang datang lukis inai aku,sebab dahnak dekat kawin tak de masa nak mesej husband nak tanye persiapan semua...bagi aku,kalo ade..ade lah..kalo tak de..pon takpe...huhu..

and big thanks to akak mega sebab datang jauhlepas dari rumah laki terus shoot umah aku,mesti penat.andd setakat ni aku puas hati dengan servis akak mega ni..ramah pon ramah...

bila dia start inai kan aku,aku dah macam leka sebab dia buat mcm feeling diaaaaa je.puas hati aku sangat bila inai ni inai berwarna..aku tak expect langsung...so sangat teruja.=p


malam tu aku tak keseorangan huhu..ada kawan kawan dari kolej dulu yang datang jauh jauh dari terenganu...and akak ika..and tak lupe jgk diana ,kawan baik aku since tadika...,syukur sangat sebab at least taklah aku sunyi...=)


tak lama sebenarnye kak mega ni lukis kan inai,pejam celik dah siap=0


meriah betul inai.


time ni,mazreel sibuklah pulak nak mesej bagai walhal aku punye inai tak kering lagi...
nak taip mesej ponnnn fedapppp.....=p



alhamdulilah...pasal inai berinai aku puas hati sangat...sebab teruja tengokkkk inai warna warni..and tak sangka kene inai sampai ke kaki..lol..

okay next entryyyyy aku update pasal satu satu majliiiiiiiiisss okay!









''mak ,kenapa mak bagi aki kawin?"'

time time macam ni tetibe feeling teringat mak abah yang beradaaaaa nunnn di melaka.ya Allah rindu sangat..kalo rindu,call la!..memang boleh dikatakan tiap tiap ari nak call mak even tak tau nak cakap ape pon...

cakap pasal mak abah,aku boleh cakap aku respect mak abah dari dulu lagi,aku cakap ni based dari dia didik aku dengan adik beradik aku yang lain..alhamdulilah.semua adik beradik aku semua dah keje yang baik baik..and no wonder lahhh displin kiteorang pon kuat,macam training askar mak abah didik kiteorang empat adik beradik...until now aku tak bole terima orang yang tak punctual dalam waktu.....hehe...berkat mak abah yang dulu susah...


mak selalu cerita ...

"dulu-dulu mak abah kau susah,mak mengandung kan kau semuaorang,abah kau jauh...mak lah bangun pagi pagi dah kayuh basikelll pergi keje,abah kau masa tu dekat melaka,mak kat subang...lepastu mengandungkan ayet abah kau dapat sambung belaja dekat oversea...mak lah yang berdikari semua....sebab tu mak nak kau ingat..susah  kita tak ade sape tolong,adik beradik pon tak dapat tolong...kalo tolong pon tu patut bersyukur dapat adik beradik macam tu...''..



yeap..mak abah selalu ajar.."pikir susah dulu baru pikir senang''

until now aku terikat dengan prinsip mak abah aku.
sebab tu aku ni boleh tergolong dalam cepat sensitip anddd sometimes negatif thinking.bukan ape,pengalaman mak abah sangat membantu aku berpikir.banyak dah contoh tauladan jadi depan aku..nak tak nak je ikut..

and time aku nak kawin arituh,aku sempat tanye mak abah..

'mak,kenapa mak bagi aki kawin awal? semua duit kawin aki mak abah yang support...''

sebab aku ingat lagi,dulu mak selalu warning aku and akak aku..jangan nak kawin awaiii sangat..belaja,kumpul duit dah berjaya dalam keje..kawin lah kau...nak kawin pon umur 26 tahun baru matang korang ni...aku time tu pon dah tercenganggggg....lol

and sepantas kilat abah yang tolong jawabkan..

'dah jodoh hang datang awal,tak kan mak abah nak larang..nanti pandai lah kau buat rumahtangga kau,susah senang baru kau tau,pasal duit mak abah tak pernah berkire...''


terus aku nangis malam tu-.-'

yup..aku boleh cakap duit simpanan aku 1% je aku rase yang aku gunakan untuk wedding aku..yang lain mak abah yanggg support...bayangkannnnnn..semua buat sendiri..adik beradik,mak abah and family yang rapat..je...sedih sangat..disaat ramai sedara yang berkumpullllllll tolong itu tolong ini...aku?....hmmm..but aku happy alhamdulilah aku kawin jugak.and sape aku kalo bukan mak abah yang tolong...syukur,





tak ade bende yang aku bolehh buat atas ape yang mak abah  buat...jasa dorang...ya allah tak tahu nak cakapppp...terimakasih mak abah...andd tekad akuuu nak ikut contoh abah..yang dulu dari pangkat rendahhh naik sampai pegawai.....macam tu jugak awin,dari tak ade bende tu now ,dah jadi macam abah.....mana tau one fine day,aku boleh jadi matron?...amboi..besar angan angan aku.

aku tau aku patut bersyukur dapat mak abah macam ni...ade sesetengah yang tak macam aku...ade yang mak abah dorang buat tak tau...ade yangg tak amek kisah langsung.....

dulu time kecik kecik,bukan tak kene pukul,selalu jugak kene pukul...kalo sorang buat salah,tak mengaku plak...memang tali pinggang yang askar yang tebal tahap jalan tar tu hinggap dekat badan je...dulu selalu merungut..nape mak abah selalu pukulllllll...now bila dah besarrr baru pikir semua tuuuu....and nowww mak plak ajar suh didik anak macam tu...inshaallah...=-0



heyyyy ,i dah ade suami lah!

ya allah,pejam celik pejam celik....tup tup aku now seorang isteri orang..alhamdulilah..sape tahu kan?..2014 tahun aku membujang..dan alhamdulilah tahun 2015 nak menjadi ibu pulak...and tak sangka dah bekerja dah pon...alhamdulilah syukur nikmat pasa rezeki -Mu ya Allah.

time prewedding dulu-dulu=p

ade yang tahu aku dah kawin..and ade yang still tak tahu...siap tanye..

'bila nak jemput majlis wei'--LOL..

time tu tak tau nak jawab ape...maybe terlepas pandang kawan kawan yang terlupe nak dijemput.sorry.sebab aku settle kan pasal jemputan kawin pon time aku busyyyy dengan stady.

banyak bende manis plus pahit pon ade time wedding aku...nakkk jugak cerite..and aku still tengah tunggu gambar-gambar kawin aku..mak ai...punye lama la nak siap..tapi side aku punye dah siap cume tinggal nak amek....side mazreel je tinggal lagi..sebab side dia siap video lagi...kawin sampai 2 photog....entahlah.




and aku bersyukur sangat dapat husband macam mazreel,sesetengah perangai dia ade macam abah...even tak setanding abah..lol,..
ade banyak bende dia ajar aku...sebab dia je tau perangai aku macam mana,sensitip sangat..suka menangis,merajuk tak tentu pasal...

dia je yang boleh pujuk aku.orang kata jodoh kita tu cermin diri kita sendiri...ehhhhh hamboi..macam betul je,.





paling best masa mak abah bagi kawin dulu dulu...mak cakap mak terima menantu dia ni sebab raut wajah ibu mertua aku yang baik.alhamdulilah,..disaat ramai yang complain pasal mak mentua bagai..aku dapat mak mentua yang baik and sangat menjaga aku .

okay lah..lepas ni nak update pasal honeymoon pulak.



 
BY AQISH BASIR