BYE BYE sabak bernam !


hye korang!

Pernah satu hari tu,aku dah give up sangat.Nak QUIT ,nak STOP,nak BERHENTI dari bidang kejururawatan ni.Biasalah,alasan aku sama.Jauh dengan anak dan suami.Jauh dengan anak tu lagi sakit,kalau jauh dengan suami pon sakit tapi sakit biasa biasa je..👅 

Pernah rasa down teramat,menangis sorang sorang tapi bajet cool bila mazreel call,sebab dia jenis tak suka aku melalak dalam phone lagi lagi dia tak ada depan mata.Tapi aku sentiasa belagak cool jawab call dari dia,sebab kalau emosi aku tak okay,mesti time time tu dia boleh "terbang" ke sabak.Bukan takut,tapi kesian dia,dah lah jauh.Biasalah,kekadang perempuan ni luar biasa ,susah diramal giteww.

USAHA,TAWAKAL,IKHTIAR..semua dah aku buat.Bukan aku je,mazreel selaku suami yang tersayang pon selalu usaha , usaha dia lagi kuat dari aku.Selalu jugak kene "bash" dengan dia,suruh follow up dengan hospital,buat rayuan.Tapi aku tak sekuat dia,aku asyik tipu je.Mengiye kan ape dia tanya je selama ni,sebab aku lain dia lain,susah nak explain dekat dia sebenarnya tentang profesion kerja aku.Lagi lagi bidang nurse ni.

mazreel,tulang belakang i .thanks sayang =)

alhamdulilah,syukur! finally aku dapat tukar jugak.Ya allah,betul betul tak sangka,memang rezeki anak,family! Disaat saat nak give up,Allah swt bagi aku jawapan dalam doa aku selama ni 💓..


tapi kalau ingat balik macam mana aku punya happy dengan kawan sekerja aku memang tak boleh blah.

Bayangkan,hari tu time 18 /8/ 2017,semua cakap ada pertukaran JM sebelum raya haji,dalam hati aku ,still tak boleh percaya,entah entah semua ni agenda nak sedapkan hati je.Still tak nak berharap tapi dalam masa sama aku berdoa jugak lah,mana tau nama aku terselit tapi dalam fikiran aku ni asyik fikir MUSTAHIL!!

petang tu plak,aku lepak dengan ada sorang akak senior aku ni,cuma beza aku dengan dia..dia bujang,aku dah berfamily..Kesian dia,bersungguh sungguh inform yang ada pertukaran,boleh tahu senarai nama hari tu jugak.Aku ni memang tak senang duduk lah.Jiwa tak tenang wei.Sebab suami aku ada jugak inform aku,pertukaran ni akan keluar tapi kene tengok portal..tapi still tak tahu bila..

😑😑😑😑😑😑😑😑

ko nak aku buat apa time tu?
gelak gelak?
senyum?
diam?

senang cerita,aku dengan akak senior ni tak tenang.Apa je kiteorang tak buat? banyak kali jugak call pihak pengurusan JKN untuk tahu status..Banyak kali kiteorang whatsapp orang yang incas pasal pertukaran ni...even orang tu tak reply langsung padahal tengah online tu..debar dia lain macam!..geram pon ada. Dah read.dah seen thru whatsapp ..REPLY ler!!

tetibe...

senior aku cakap..dah boleh semak dekat portal....

FUHHHHH....berlari aku! selalu aku buka portal dengan bacaan BISMILLAH..kali ni tak,sebab perasan tu dah menyirap yirap nak tahu!



BUKAK..BUKAK JE...
😵😵😵😵😵😵😵😵




syukur alhamdulilah!

menjerit,menangis,meloncat..semua dengan kawan sekerja yang tengah tunggu nasib yang sama.
happy dia lain macam.Aku macam tak percaya betul..

Bagi aku,ni semua perancangan dari Yang Maha Esa,sebab kita tak kan diuji kalau kita mampu mengharunginya,Buatlah macam mana,kau buat,kalau tu bukan takdir kau.Tak kan jadi jugak.


....................................


terus call mazreel,family...syukur.
Nak dekat 2 tahun 8 bulan aku dekat sabak bernam.
Ulang alik selama setahun dari sabak ke seremban ,ulang alik ke melaka ,



tak boleh bayangkan macam mana aku boleh harung hidup macam ni.Nak dekat dekat pindah ni lah,aku baru terfikir..heee...Tabah jugak lah aku dengan mazreel ni.Tapi dalam masa sama aku sedih jugak,sebab akak senior aku yang tadi tak berjaya.

kekadang orang bujang ni pon ada komitmen dekat ibubapa dorang,adakah  mereka tak layak?

hmmmm.....


ape ape pon! sekarang tengah counting days gitew...syukur!
😆😀



p/s: now,tengah berdebar pulak penempatan baru,harap tak jauh dengan rumah.HOPEFULLY!





2 comments:

fahmi fatma said...

assalamualaikum....boleh tahu berapa lama awak mintak tukar ke melaka ea??

satu lagi, boleh ke kita check dekat jkns or putrajaya samada borang permohonan kita tue diorang dah terima/proses or diorang xdpt lagi?

mohon boleh whatapp saya 0194652918....sy pon mintak dekat melaka (hospital jasin)...skrg bertugas di hospital shah alam

aqish basir said...

hye fahmi fatma
lama jugak mintak tukar....
nak dekat 2 tahun

call je jkns
nnt sy wassap awak

 
BY AQISH BASIR