basyirah dah besar!

assalamualaikum,
lama gila aku tak update blog wei.Maybe sebab faktor malas.ahak.

dah sebulan aku keje dekat JPL (jabatan pesakit luar) ,alhamdulilah,betul betul masuk jiwa aku even aku stil blur blur wei,sebab benda semua nak cepat...so far,memang ngam dengan aku.And da sebulan jugak lah 4 kali aku balik tengok anak aku,tiap tiap weekend,hari jumaat terus aku pecut dari sabak ke mantin . Kira kalau dah khamis tu,aku punya hati dah berbunga bunga wei,nak jumpa anak punya fasal.

lagi lagi,mazreel dah bagi aku drive sendiri,bawak balik kereta sendiri,sebab sebelum ni suami aku macam ragu ragu dengan aku .Huhu,tapi alhamdulilah,now semua benda senang ,tapi tu pon kalau aku tak locum (OT)..Ikut kan aku nak je aku jual semua locum aku,huhu..tapi apakan daya,semua rules manusia yang buat,kau nak tak nak kau kene buat....ibarat macam do or die wei.



setiap hari ahad jugak lah,aku akan melalak,jiwa tu macam nak runtuh bhaii pisah dengan anak.Lagi lagi now,basyirah makin besar,makin kenal aku and mazreel...sesekali dia kepit je dengan aku,tak nak orang lain...

susah wei,tangkap jiwa bila basyirah nak aku je,makin manja,makin comel,makin menyerlah dahi luas dia ikut mama dia..huhu...i miss u baby...

mulut basyirah pon asyik mengomel je,tapi guna bahasa dia lah.Rasa happy tengok dia membesar dengan sihat and baik.Thanks mak abah.Bagi aku,didikan mak abah aku tu sempurna gila.


gigi pon dah tumbuh 3 batang,comel sangat.Makan pon boleh tahan,semua benda aku makan semua basyirah nak,tapi kene control jugak,zaman sekarang tak sama macam zaman sekarang.Huhu.

tak terluah kata kata aku dekat basyirah,sampai ada satu tahap tu aku takut kalau apa aku buat bagi kesan kat anak aku.Tak kisah lah ape ape pon,sebab pikir aku ada anak....












No comments:

 
BY AQISH BASIR