"nak bersalin mana ni?"!

assalamualaikum dan salam khamis
alhamdulilah,pejam celik dah nak tahun 2016,cepat kan masa berlalu.
pejam celik jugak dah setahun usia perkahwinan aku dengan si cinta hati ;)

macam lama sangat tak update blog ,dalam setahun? tak la..actually,alhamdulilah,aku selamat melahirkan seorang anak perempuan.

22/9/2015
okay,time ni hari aku last keje dekat hospital sabak bernam,maksud aku hari last aku sebelum aku nak cuti bersalin 3 bulan! yahoo.Masa ni buat keje pon tak senang sebab eksited nak cuti panjang ,dalam masa yang sama jugak aku tengah sarat sangat (38week 3 days).Baby dalam perut time tu pon giat  aktif tendang tendang aku.Tapi alhamdulilah syukur tak pernah rasa macam tak selesa.Lepas je keje shift pagi terus direct ambil barang terus balik mantin...balik rumah mentua,sebab sebelum ni aku bercadang nak bersalin dekat melaka dekat dengan parent aku ..ye la,ape ape mesti kita selesa dengan mak kandung kita kan.

lepas je sampai,malam tu suami ajak keluar makan ramai ramai dengan family sedara mara dia,aku okay je,sebab bab berjalan aku sanggup huhu..lagi pon lama sangat macam tak gather sama sama.So mazreel pon bawak la ke restoran arab kat nilai.Alhamdulilah tercapai hasrat nak belanja dorang.

Balik je terus tidorrrrrrrrrrrrrrrr sampai keesokan!

23/9/2015

pagi ni pulak aku ajak mazreel keluar .nak berjalan-jalan ,al maklum la baru start cuti kan,mazreel pon cuti time ni,tapi sebelum tu mazreel ajak pergi servis kete.Alahai,aku paling tak suka nak ikut servis kete,sebab nak tunggu turn tu lambat sangat!..aku pon follow laaaa nak tak nak..

bayangkan lah dari pukul berapa aku duk tunggu dengan dia,dari pukul 10am sampai lah selesai dalam pukul 2pm macam tu.Lepas tu mood aku pon macam tak betul time ni,terus ajak balik.

'u jom la balik,penat la plak"

"betul ke u nak balik? kata nak shopping,jom i bawak u shopping nak,syng?-suami

"ala,jom la...balik,' (muka monyok) 

entah lah kenapa aku tetibe rasa tak ade mood langsung!

bila sampai je dekat kedai amma ,kedai mak angkat suami,terus aku berlari ke tandas,sebab aku rasa basah sangat! 

"tak kan lah kencing aku banyak?"

bila aku cek,ya allah .show!

terus panggil nisha,adik ipar aku ,terus bagi tau dia yang aku nak bersalin ni,time ni semua family angkat suami berkumpul,semua cakap bende yang sama.yeeee "aqish nak bersalin dah ni".

ya allah dalam hati syukur sangat.Tapi risau sangat! sebab kalau air ketuban dah pecah tapi jalan tak bukak dalam 18 jam potential untuk paksa bersalin tu besar.alamak!

time ni baru suami gelabah.mak mentua pon siap berair mata.aku? rilex lah! kau dah nak jadi ibu ni qish! tapi dalam keadaan macam ni pon still aku nangis!

lepas packing barang semua terus suami hantar hospital terdekat,hospital putrajaya! Aku macam was was ,boleh ke bersalin sana? setahu aku dorang terima penduduk dorang je.arghhh lantak lah! yang terdekat pon hospital tu je.

masuk ke kaunter laboor room,mengadu yang air ketuban dah pecah,staff sana alhamdulilah semua okay,doktor pon baik sangat..lagi lagi dorang tengok buku merah (buku antenantal),dorang terus suruh masuk untuk CTG,and nak periksa bukaan.

time tengah ctg,aku menangis sorang sorang dalam bilik Pac,sebab risau sangat,dalam hati ni ya allah,banyak sangat soalan..

''aku nak bersalin dah ke?'
"nak jadi ibu dah aku ni"
"tapi kalau tak bersalin,mesti aku kene masuk ubat salin paksa"
"macam mana rasa contaraction "

arghh macam macam sangat..suami pon ade kejap kejap masuk tengok aku,kejap kejap tanye
 "sayanggggggggg u okay ke?"

time dia tanye lagi aku nak nangis!

selesai cek jantung anak,doktor masuk nak periksa jalan! time ni pon aku macam takut sebab takut rasa sakit tu,selalu periksa ibu ibu je kat hospital,nahhhhhhhhhhhh kau pulak rasa qish!

"okay,u tarik nafas i nak masuk kan jari,u jangan jerit okay,sakit sikit saja,"-
''u punye jalan ni dah 3 cm lah,u tak rasa contaraction ke,ni based on ctg ni contaraction u 2:10: 25sec''

ya allah alhamdulilah! 3 cm? contaraction? kenapa aku tak rasa sakit ngeras tu! ya allah syukur! 3cm!!

tapi aku stll tak diterima untuk bersalin di hospital putrajaya sebab kes aku pon tak urgent,lagipon kalau ibu yang bersalin anak pertama biasa ambil masa lama untuk bukaan bukak,nasib aku staff yang keje bahagian ni,tak lah aku meroyan ketakutan hihi.

terus diberi option oleh doktor tu ,nak bersalin dekat mana..sebab hospital terdekat hospital selayang and hospital kajang!..alamakkk time ni blur la,dua-dua hospital ni kan busy,maksud aku mesti ramai pesakit.Lagipon aku pernah dengar keadaan hospital dua buah ni..muka aku terus berubah macam tak ada mood.

nasib suami faham,

"wait eaa doktor,i need to discuss thiss with her"

"sayang,jom lah pergi hospital swasta nak?lagi selesa u kat sana"

dalam hati aku bukan aku taknak,tapi akurasa macam membazir,aku boleh guna GL,kenapa lah nak membazir,asalkan baby ni selamat dah lah,still aku tolak dengan cara baik.Lasttttt suami terus ajak ke HUKM.

"okay la hukm!"

terus pecut ke HUKM
sampai je hukm,alhamdulilah staff semua baik baik,kecuali yang kat kaunter tu,bapak la haa bongkak.Tapi maybe sebab ramai patient ,penat kot.So aku pikir positif lah.Time sampai kat hukm ni dalam pkul 4pm .Tunggu turn jugak lah nak masuk dalam PAC room tu,pukul 5.30pm  dipanggil masuk.Again,CTG dan periksa bukaan.

time ni jugak kain aku dah basah lencun,time buat ctg dekat sini pon,doktor cakap contraction aku dah 3:10:40 sec..ha? aku ta tau nak describe macam mana sakit tu.Sebab sakit tu aku macam dah biasa rasa,and aku tak sangka dah moderate.Alhamdulilah,bila doktor periksa bukaan dah 5-6cm! yahoooooooooooooooo

terus tolak ke laboor room!


dalam laboor room plak,aku diberi enema untuk kosongkan usus.! dalam bilik nombor 1 depan kaunter.Cuak jugak lah rasa,sebelum ni aku pernah tanye suami nak teman tak tengok aku bersalin,dia pon mengadu yang dia tak boleh tengok darah boleh pengsan.Aku faham.Tapi tak rasa kecewa pon sebab dia tak ada pon tak ape nanti mesti aku mengada je bila dia ade hihi=)

sepanjang dalam laboor room,suami teman aku.buat lawak tak habis-habis ,pastu sibuk recall balik waktu bercinta dulu la...semua ni nak buat aku tenang sambil dia bukak kan surah mariam and yassin.

time aku dalam laboor,aku dengar baby nangis,pekikan ibu yang tengah teran

 "tak boleh nurse!"
"panggil doktor cepat!"
'prepare emergency czer"

aarghhh kelam kelibut aku dengar time tu,istifar je aku.tawakal,masuk waktu magrib,aku solat kejap.Ingat tau,dalam laboor room,kita bole solat ikut syarak even tengah ade show.Ibu ibu kat luar sana jangan ingat ade darah tak boleh solat.Darah selepas bersalin tu baru kita tak boleh solat,darah nifas.Solat and berdoa la semoga dipermudahkan.


9pm

time ni aku dah rasa sakit sangat! pinggang rasa nak tercabut ya allah! time ni aku pegang tangan suami kuat kuat macam nak patah! dia pulak selalu tenang kan aku,suruh istifar..kejap kejap dia tanye aku

'nak i panggil doktor x cek jalan?'

aku tak dapat nak jawab,hanya guna bahasa isyarat by hand...je hahahha,,time ni aduiai,terasa panas walhal aircond da cukup kuat,handphone suami pon aku campak tah mana tah! sakit punya pasal!

bila nurse masuk ,and cek jalan.alhamdulilah dah FULLY!alhamdulilah,time ni aku tak sabar dah nak teran nak tengok baby! 9 bulan mama kandung kamu sayang!

9.25pm


alhamdulilah! syukur! baby mama papa selamat! 

dalam keadaan macam ni pon,suami tak sempat nak keluar .hahah time ni kelibut sebab kepala baby dekat bawah dah,suami pon macam kelam kabut terus ke sisi pegang tangan,and dia pulak yang arah push sebelum nurse tu suruh hahahahahhahahah lawak!




our princess SYARYFAH NUR BASYIRAH

alhamdulilah syukur tak terhingga cepat sangat masa berjalan.Dari 3 cm sampai ;ah fully,Allah swt mudahkan urusan aku untuk bersalin.

so ni tips aku untuk mudah bersalin

  • BANYAK KAN BERJALAN TURUN NAIK TANGGA,AJAK SUAMI PERGI SHOPPING PON TAK PE!
  • AMALKAN SURAH MARIAM ,INSHAALLAH DIPERMUDAHKAN
  • BANYAK KAN MAKAN BUAH DELIMA AND KURMA
  • JANGAN SESEKALI TINGGIKAN SUARA DEKAT SUAMI OR MAK MENTUA 
  • BAIK LAH DENGAN ORANG SEKELILING SEBAB DOA DORANG TU TERMAKBUL.
*aku bersalin dekat HUKM ,alhamdulilah staff semua baik baik dari laboor room sampai ke postnatal ward.syukur alhamdulilah! 

tunggu next entry tau! pasal aqiqah pulak!

 
BY AQISH BASIR