BYE BYE sabak bernam !


hye korang!

Pernah satu hari tu,aku dah give up sangat.Nak QUIT ,nak STOP,nak BERHENTI dari bidang kejururawatan ni.Biasalah,alasan aku sama.Jauh dengan anak dan suami.Jauh dengan anak tu lagi sakit,kalau jauh dengan suami pon sakit tapi sakit biasa biasa je..👅 

Pernah rasa down teramat,menangis sorang sorang tapi bajet cool bila mazreel call,sebab dia jenis tak suka aku melalak dalam phone lagi lagi dia tak ada depan mata.Tapi aku sentiasa belagak cool jawab call dari dia,sebab kalau emosi aku tak okay,mesti time time tu dia boleh "terbang" ke sabak.Bukan takut,tapi kesian dia,dah lah jauh.Biasalah,kekadang perempuan ni luar biasa ,susah diramal giteww.

USAHA,TAWAKAL,IKHTIAR..semua dah aku buat.Bukan aku je,mazreel selaku suami yang tersayang pon selalu usaha , usaha dia lagi kuat dari aku.Selalu jugak kene "bash" dengan dia,suruh follow up dengan hospital,buat rayuan.Tapi aku tak sekuat dia,aku asyik tipu je.Mengiye kan ape dia tanya je selama ni,sebab aku lain dia lain,susah nak explain dekat dia sebenarnya tentang profesion kerja aku.Lagi lagi bidang nurse ni.

mazreel,tulang belakang i .thanks sayang =)

alhamdulilah,syukur! finally aku dapat tukar jugak.Ya allah,betul betul tak sangka,memang rezeki anak,family! Disaat saat nak give up,Allah swt bagi aku jawapan dalam doa aku selama ni 💓..


tapi kalau ingat balik macam mana aku punya happy dengan kawan sekerja aku memang tak boleh blah.

Bayangkan,hari tu time 18 /8/ 2017,semua cakap ada pertukaran JM sebelum raya haji,dalam hati aku ,still tak boleh percaya,entah entah semua ni agenda nak sedapkan hati je.Still tak nak berharap tapi dalam masa sama aku berdoa jugak lah,mana tau nama aku terselit tapi dalam fikiran aku ni asyik fikir MUSTAHIL!!

petang tu plak,aku lepak dengan ada sorang akak senior aku ni,cuma beza aku dengan dia..dia bujang,aku dah berfamily..Kesian dia,bersungguh sungguh inform yang ada pertukaran,boleh tahu senarai nama hari tu jugak.Aku ni memang tak senang duduk lah.Jiwa tak tenang wei.Sebab suami aku ada jugak inform aku,pertukaran ni akan keluar tapi kene tengok portal..tapi still tak tahu bila..

😑😑😑😑😑😑😑😑

ko nak aku buat apa time tu?
gelak gelak?
senyum?
diam?

senang cerita,aku dengan akak senior ni tak tenang.Apa je kiteorang tak buat? banyak kali jugak call pihak pengurusan JKN untuk tahu status..Banyak kali kiteorang whatsapp orang yang incas pasal pertukaran ni...even orang tu tak reply langsung padahal tengah online tu..debar dia lain macam!..geram pon ada. Dah read.dah seen thru whatsapp ..REPLY ler!!

tetibe...

senior aku cakap..dah boleh semak dekat portal....

FUHHHHH....berlari aku! selalu aku buka portal dengan bacaan BISMILLAH..kali ni tak,sebab perasan tu dah menyirap yirap nak tahu!



BUKAK..BUKAK JE...
😵😵😵😵😵😵😵😵




syukur alhamdulilah!

menjerit,menangis,meloncat..semua dengan kawan sekerja yang tengah tunggu nasib yang sama.
happy dia lain macam.Aku macam tak percaya betul..

Bagi aku,ni semua perancangan dari Yang Maha Esa,sebab kita tak kan diuji kalau kita mampu mengharunginya,Buatlah macam mana,kau buat,kalau tu bukan takdir kau.Tak kan jadi jugak.


....................................


terus call mazreel,family...syukur.
Nak dekat 2 tahun 8 bulan aku dekat sabak bernam.
Ulang alik selama setahun dari sabak ke seremban ,ulang alik ke melaka ,



tak boleh bayangkan macam mana aku boleh harung hidup macam ni.Nak dekat dekat pindah ni lah,aku baru terfikir..heee...Tabah jugak lah aku dengan mazreel ni.Tapi dalam masa sama aku sedih jugak,sebab akak senior aku yang tadi tak berjaya.

kekadang orang bujang ni pon ada komitmen dekat ibubapa dorang,adakah  mereka tak layak?

hmmmm.....


ape ape pon! sekarang tengah counting days gitew...syukur!
😆😀



p/s: now,tengah berdebar pulak penempatan baru,harap tak jauh dengan rumah.HOPEFULLY!





tantrum


hari khamis hari tu,lepas kerja,mak ada inform anak aku,basyirah tak sihat.Demam.Bila aku call, mak cakap anak aku okey,tak ada apa sangat,badan panas.Terus aku suruh mak check suhu,lepas dah check,abah cakap suhu basyirah turun naik.Allahu.Luluh hati aku,nak buat keje time tu pon macam nak tak nak je.Basyirah jarang demam,pernah dia sekali je demam ,time tu masa umur 5 bulan,tu pon sebab cucuk Dtap ,kalau tak silap aku.Alhamdulilah sepanjang tu memang tak ada demam.

Lepas tu,dapat gambar whatsapp basyirah.Allahu,rasa nak lemau jantung tengok anak sendiri lepas sponging,selalu aku tengok anak patient je.Sekarang anak sendiri pulak.Sedih bhai.Terus aku balik melaka.


Tepat pukul 917pm,aku sampai melaka.Bayang kan lah,aku drive macam orang gila.Sebab risau punya pasal.Sampai je,terus aku tengok basyirah.Time tu dah tertido.Kesian anak aku.Lemah satu badan,tapi bila check suhu malam tu dalam 37.8'c.Lucky me,abah mak ni sebelum ni kerja dalam medical,so a lil bit they know what to do...alhamdulilah...

Hari jumaat aku check suhu basyirah kejap okay kejap tak.Aku just repeat 

tepid sponging-mandi-ubat-check suhu..

time check suhu anak tu,berdebar dia lain macam.Bila turun,happy dia,lain macam,rasa macam lulus exam.Tapi bila suhu makin naik,rasa macam nak terjun perigi.

Tapi sebelum basyirah demam,memang mak ada mengadu,basyirah dah start mengamuk tak tentu pasal,moody memanjang,asyik nak marah.Risau.Sebelum tu pon,aku notice dia,dalam minggu lepas,perangai dia lain sangat.Asyik nak dukung,tak nak berjalan.Betul betul menguji kesabaran.Kadang kadang termarah dia.Bengang punya pasal.Menyesal betul bila fikir balik.




Nasib aku baik,basyirah semalam,dah sihat sepenuh nya.So memang rezeki,bila mazreel ajak berjalan ,ala dekat melaka jugak,cuma nak spend time dengan basyirah and wife dia ni katanya.Mula mula memang tak nak,sebab basyirah macam baru sihat.Tapi mak abah pon cakap.takut basyirah stress jauh dengan aku and mazreel,better pergi holiday.

so,pagi sabtu kiteorang gerak.Even basyirah dah sihat,tapi perangai dia sangat pelik.Rasa nak nangis time nak handle dia,selalu merengek ,tak nak mazreel dukung,asyik nak kepit dengan aku,tapi kadang kadang dia tak nak aku,nak mazreel pulak.Nasib baik,time makan tak ada masalah,time minum susu pon tak ada masalah.Tak ape lah.Ujian untuk aku.Sabar.

tapi dalam masa sama sedih macam nak menangis.


mula mula aku sangat tak faham.Kadang aku sendiri stress.Rasa macam nak tengking basyirah,tapi bila mengucap,semua tu jadi perasaan bersalah.And lepas google,now i know.

TANTRUM.

Kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak dalam lingkungan 2 ke 3 tahun pasti pernah mengalami masalah anak tantrum. Pada usia ini, ramai di kalangan ibu bapa yang mengatakan anak mereka sudah mula menjadi degil. Tapi, kenapa anak pada umur ini mula untuk tantrum? Adakah tantrum satu perkara yang normal?

Tantrum adalah cara anak anda meluahkan perasaannya apabila dia merasakan dirinya hilang kawalan. Apa yang ditunjukkan oleh anak anda pada masa dia tantrum jelas menunjukkan apa yang dirasakan – keliru dan bercampur-aduk. Hampir kesemua tantrum berlaku apabila anak anda bersama dengan orang yang paling dia sayang .........hmmm... sekurang-kurangnya kini anda tahu bahawa andalah orang yang paling disayangi! 

google.



Rupa nya,basyirah tengah rasa fasa tantrum untuk proses pembesaran dia.So no wonder lah kalau dia macam ni.At least aku lega bila tahu anak aku macam ni,sebab aku fikir basyirah ni macam kene gangguan je.heee..risau lah jugak.

..cepat lah fasa ni habis,aku rindu sangat nak main dengan basyirah.Betul betul menguji iman and kesabaran aku .Basyirah dah macam ni pon aku takut,sampai aku fikir,bila besar nanti kalau dia macam ni macam mana,tak dengar cakap aku ke...ya Allah,sedih betul..harap dijauhkan..


basyirah,mama sayang kamu.

fedup


kadang kadang aku rasa sikap aku sendiri dah berubah.Since kerja dekat jabatan pesakit luar (jpl) ,aku rasa diri aku ni macam banyak sangat berubah.Kerja dekat unit ni memang lain,sebab kau kene berinteraksi dengan patient,lebih dekat dengan patient.Bagi aku,kerja dekat unit ni buat aku banyak belajar pasal mangement.Bukan tu je,aku rasa ukhwah antara staff and doktor pon rapat.Lain benar aku kerja dekat unit wad bersalin.

Bukan nak buat comparison,situasi kerja dekat unit jpl ni seronok sangat,lagi lagi kalau dah tau kerja apa kau nak buat.Tapi yang lain kat sini,kau kene belajar sabar,kadang kadang kau punya mood boleh berubah bila kau tengok patient yang datang semua melalut,ada datang marah marah doktor tak tentu pasal,cakap dengan nada kasar,ada yang datang memang jenis perangai lawak tiba tiba...semua libatkan mood kau.

Dengan kawan sekerja pon kau punya mood boleh berubah.Tapi tak best kalau kerja ikut mood kau yang entah apa apa tu,kejap okay kejap tak.And aku so far,aku happy sangat kerja dengan staff sana.Biasalah,kalau ada gap tu.Tapi as long as tak menganggu kerja,aku okay.

cuma aku sedih ,sometimes ada je jenis manusia yang datang kerja sesuka hati,datang lewat,..dah datang lewat,pergi lepak dulu makan,makan pon berejam.Aku rasa ni semua libatkan atitude.Macam aku..aku kalau makan cepat ,bukan lah gelojoh,cuma aku rasa bersalah nak makan lama dari nak buat kerja.

Dekat tempat kerja aku ni,management dia sangat menyedihkan.Tak ada proper management,tak ada orang nak pantau,boleh buat sesuka hati.Aku kadang kadang nak je ikut perangai sebilangan manusia ni,tapi bila fikir balik,untuk apa? at least aku tak nak rekod aku buruk .Kau pergi lah mana mana pon,kalau kau punya atitude busuk,kau tak kan kemana.

sedih betul aku.Kalau difikir balik,aku ni PJJ lagi dengan suami and anak,sometimes dorang tak sihat,aku just suruh dorang ambil ubat sendiri,kalau basyirah demam,seboleh boleh aku suruh mak tolong tengok kan.Bukan tak bertanggungjawab,bukan lepas tangan,tapi aku sendiri sedih bila tengok kawan aku lain terpaksa cover.In sha Allah,kalau niat kita betul,aku yakin Allah swt pon tolong aku.

susah dapat manusia yang kerja sambil lewa seolah olah dia sorang ada masalah.Kejap EL sesuka hati,dah lah EL sesuka hati,borang tak up,kira cuti dia semua "halal"...hamboi..Lagi best bila manusia yang macam ni tak ada orang pantau.





bila fikir semua ni,boleh buat marah.Tapi tak apa,mungkin ni dugaan kat orang orang macam aku ni.Bila terfikir basyirah,aku rasa macam nak let go je semua benda.Kuat kan je lah jiwa ni untuk basyirah.Depan suami sendiri aku belagak yang aku ni okay.
lagi satu pasal pertukaran,kalau bukan rezeki kau,berapa besar kabel kau pon,benda tu tak guna.

so,pada manusia yang suka menyusah kan orang tu,sila lah resign.Sebab korang punya perangai lah,manusia macam aku ni selalu tertindas.
sekian.


morning view!

hye! 
this my morning view today


morning with my baby ,seriously the best.Basyirah bangun terus senyum macam tak ada masalah nak difikirkan.Tak macam aku,kejap je dah bangun terus fikir,nak buat apa lepas bangun,what kind of breakfast,what to cook today..erghhhhh stress.

tapi bila basyirah bangun ,kelip mata dua tiga kali ,konon macam mamai.Terus happy.


then,basyirah buat perangai,manja manja tak nak bangun bagai...susah nak describe feeling tu,sebab aku selalu dengan dia time weekend.But this week ,aku ambil kesempatan nak cuti,sebab aku bengang jugak dengan someone yang suka ambil kesempatan.Kejap EL,kejap Mc...cakap pasal kerja,memang cepat bengang.Better aku tak payah fikir.

so,aku cuti untuk jadi housewife lagi! huhu.


but this time,beza sikit.Sebab mazreel kene kerja.Tak ape tak ape,let me handle this wei.
I try my best to be a good mom .Good wife to my husband just for a while .i'll make sure i the one who showering basyirah,preparing breakfast for mazreel ( eventho ...I dont  have enough time,sebab mazreel suka rushing ..LOL..)


"PAPA work potter,anak papa be a good girl okay"

eleh,tempat kerja mazreel dekat je dengan rumah mazreel ni,tapi lambat sebab jammed..
so,lunch memang mazreel tak balik.Memang tak pernah lagi basyirah stay subang,sebab sebelum ni selalu dekat mantin and melaka je.But this time,saja nak stay subang.Nak bagi mazreel rasa best kalau balik jumpa anak.huhu.

aku yang tengok pon,rasa macam hiba.



oh ye,semalam time mazreel kerja,sempat lepak dengan awin.
Bawak basyirah pergi parenthood dekat sunway.
alahai rasa macam hari hari nak bawa dia.

feel like time flow so fast ...=(



tak romantik .

dulu time aku kawin,aku nak sangat suami aku tu jenis romantik tahap gaban.Ajak aku pergi dinner dekat tempat yang high class dengan ada bunga ,ada coklat bagai.Tak cukup dengan tu,nak jenis yang selalu manja kan aku.Selalu berlembut dengan aku,tak kisah dia tu macam mana.

haha

tapi tu semua angan angan yang entah ape ape.Biasalah,time remaja,mesti ada perasaan macam tu.End up,aku kawin dengan mazreel.Suami aku ni bukan jenis romantik,bab romantik,bab nak suprise kan aku memang failed! Mazreel memang tak ada sifat romantik yang aku nak sejak aku kenal dia lagi.Haha.Tapi kalau bab nak pujuk aku balik,dia memang win.

Pernah satu hari gaduh besar dengan dia,dia pulak jenis baran tak tentu pasal.Tapi baran dia bertempat jugak,biasalah lidah pon tergigit,apetah lagi hidup berumah tangga ni (eh betul ke pepatah aku ni).Dia pulak jenis tak suka panjang panjang kan masalah,lepas dia marah mesti dia pujuk balik tu pon lepas aku menangis,selalu kalau bergaduh memang tak kan sampai 48 jam and aku memang akan menangis dulu haha...beriye aku pujuk hati aku ( jangan nangis qish,biauu je dia tu)...tapi still kalah...terasa loser.

macam hari ahad hari tu,aku teringin sangat makan durian.I dont know why,lately ni aku asyik craving durian je.Basyirah nak dapat baby ke? haipp..kalau ada rezeki apa salahnya...huhu..

teringin sangat nak makan durian,cari satu mantin tak ada.Aku pon tak expect mazreel round satu seremban untuk durian aku tu.Tak marah,tak mengeluh.Tak cakap ape ape pon,just aku follow dia je,puas jugak aku tanya dia ..

"u tak ade ke durian,tak ade tak ape lah..balik laaa.."

mazreel senyap terus bawak aku satu tempat kat ampangan.Ada satu kedai cendol,perghhh baik punya,time tu aku rasa happy sangat,speechless,sebab aku pernah cakap nak makan pulut mangga...kebetulan...rezeki aku,dapat makan pakej...cendol pulut durian plus pulut mangga...








padu gila.
lepas makan tu,macam satu kepuasan sangat.thanks lah mazreel.

dalam hati aku ,hanya allah je yang tau,happy tu tahap mana...walhal dapat makan ni je pon..heeee


ta habis dengan tu,belanja pulak tokoyaki,ni dah confirm confirm favourite aku.
selama aku kawin dengan mazreel,alhamdulilah..apa aku nak makan semua aku dapat.



tak romantik tak apa,asal perut kenyang pon dah okay sayang.Kadang kadang takut baca dekat facebook pasal rumahtangga masing masing,ada baik ada pahit.Semua ujian,untuk rumahtangga aku? masih dalam percaturan Allah swt.Pernah someone cakap dekat aku..

"akan datang satu ujian paling besar dalam rumahtangga kita,masa tu samaada kita boleh melalui atau  just mengalah"...

takut.Tapi aku yakin semua percaturan allah semua ada hikmah.

Mazreel tak pernah berkira bab makanan,nak makan ape..cakap lah,selagi dia boleh cari ,dia akan cari...tapi kalau bab lain kau nak mintak,memang 1001 soalan dia tanya kau..

macam hari tu,aku nak mintak ...laptop lah,kamera lah..benda benda yang dia rasa macam tak perlu and useless pon..mula mula memang dia tak layan..'
tapi lama lama benda yang aku nak ada depan mata...perhhhh cair dengan perangai dia...

.......

#imissyou
#nantirepeatpulutduriantau 


benci tapi redha.


ASSALAMUALAIKUM,

Hari ni aku cuti.Motif aku cuti sebab nak jaga basyirah lebih masa,nak spend lebih sikit masa,sebab selalu nya,masa aku tersangat lah pendek.Kalau nak kira betul betul ikut jam,aku hanya fully timing dengan dia lebih kurang 36 jam.

Ye lah,selalu jumaat lepas kerja aku chauuu balik dalam pukul 5,sampai rumah dalam 830 or 9 malam,masa yang ada pon tinggal time nak tidurkan basyirah.And 24 jam time hari sabtu,ahad tu tak boleh kira dah sebab pagi pagi pukul 10 aku akan hantar dia dekat melaka .Kesian dengan life anak aku.

so,semalam beriya aku ajak pergi safari melaka,last last basyirah tidur keletihan.Kesian basyirah,kadang kadang masa dia terhabis dalam kereta macam tu je.Ulang alik setiap minggu,Maafkan mama sayang.Itu je mama papa termampu buat untuk happy kan kamu.




Normally,dalam kereta,basyirah akan tidur dengan sendiri.Ikut mood dia jugak.Dia pon makin cerdik,dah tau timing bila nak balik,sampai kadang kadang tak nak lepas pon aku dengan mazreel.Bab menangis tu jangan cakap lah,aku memang win,kalau masuk pertandingan air mata.

Sometimes,aku terfikir nak berhenti kerja,nak jadi housewife ,nak berbakti dengan suami and anak.Bukan tak mampu,mazreel punya pendapatan so far,sangat baik.Semua aku nak semua aku dapat,alhamdulilah,and gaji aku pon just untuk saving je.Syukur lah dapat suami yang berpendapatan okay.

Tapi bila fikir,apa guna aku belajar dulu? habis kan duit mak abah je.Mak abah pon banyak kali suruh aku fikir banyak kali,dengan ekonomi entah tak berapa betul ni,bukan boleh percaya dengan dunia.Cakap mak abah memang sentiasa betul bagi aku.Mazreel pon banyak kali pujuk,tapi berat lah.Tersepit antara dua keadaan.

Aku percaya ,maybe sekarang aku rasa susah sebab jauh dengan basyirah,dengan kerja aku yang macam ni,tapi aku pasti kemudian hari maybe akan datang senang tu.Sebab tu aku tak nak quit sekarang.Dalam keadaan macam ni lah,even ada satu hari cuti,aku memang akan balik tengok basyirah.Makin dia besar,aduhai makin mencabar wei.Rasa macam tak nak tinggal kan dia dekat mak abah.



alhamdulilah jugak,now aku happy sangat kerja dekat unit baru even dulu menangis bagai rak tak nak pergi.Tapi nasib baik Office hour,weekeend memang aku cuti,just buat locum (0vertime) time weekdays je.Kalau ikut aku malas je nak buat,tapi ni kan dunia,rules and prinsip semua kat tangan management.Lantak lah,janji weekend memang aku off.

semoga aku tabah melalui semua keadaan ni dengan baik.Aku harap sangat nanti basyirah bila besar boleh faham situasi ni.Benci tapi redha. =)





 
BY AQISH BASIR