entah ape ape.

saja nak luah something.

kadang kadang aku tak faham kenapa wujud sejenis manusia yang bila buat kerja mesti tak ikhlas.Aku tak tuju dekat sapa sapa,cuma aku perhati je perangai manusia yang entah ape ape.Kadang kadang gelak sorang sorang tanya diri sendiri..

"macam mana nak berkat?"
"macam mana dorang ni tak rasa bersalah langsung ea?"

cukuplah dengan kerja tak ikhlas,tu belum masuk yang jenis berkira.Tak salah kalau tolong orang yang betul betul perlukan pertolongan kita tapi kita pon kene hati hati jenis manusia yang suka mempergunakan orang ni.haha.Hidup jangan selalu nak kene perbodohkan.

Jenis aku plak,tak sanggup nak marah orang,kalau orang minta tolong even aku rasa bende tu simple je,benda yang boleh buat sekejap,aku tolong.Bab berkira,memang aku rasa mak abah aku jenis tak didik aku macam tu,aku jenis tak sampai hati..tapi kalau geram tu memang tak jugak aku nak buat..haha tapi setakat ni,semua aku tak pernah tolak,the reason why...sebab aku jenis tak sampai hati (sape kenal aku,kenal la...)

macam mana nak dapat berkat rezeki kalau time kerja kau asyik hilang,tengok tengok hilang tetiba..lepastu keje yang kau buat pon tak setaraf dengan kelayakan kau...benda yang kau patut buat dalam keje pon tak buat...macam mana ea? tak rasaaa macam ....haram ke ea? aku selalu rasa yang kadang kadang aku buat kerja yang aku rasa kalau aku berkira betul ...tak layak dengan kelayakan sijil aku...haishh..sedih..tapi niat aku nak pandai.Malas nak pikir dah..

lepas tu jenis yang tolak tolak kerja.haish.Sedih wei.Bila salah ke,jadi hal ke,bila timbul persoalan ke,mula lah nak blame satu sama lain.

"kau lah tak buat.."
"kau lah tak nak tengok..."

damn.Apa ni,nak aku sound macam tak best.Sebab bila kerja dengan sekelompok manusia ni mesti nanti ada terasa hati,sensitip tak memasal,kalau dapat jenis yang kau sound tu jenis memulau kau dengan orang lain macam mana?

cukup lah dengan keadaan hospital aku.Sampai satu tahap tu aku macam tak nak buat rajin,sebab kalau rajin sangat ,orang guna kan kau.Lepastu semua keje semua kau je kene buat.Aku rasa orang macam aku jenis cepat kene tindas.Tak bagus betul.And sampai satu tahap tu aku dah malas nak buat kerja orang,aku just datang kerja,niat nak cari duit untuk family,and buat kerja aku,and balik kerja rehat.

tu pasal kerja.Lagi satu aku bengang betul jenis manusia yang kerja asyik nak ikut mood.Asal datang kerja je moody,pasal apa? personal matter...mannnn..ape ni,..

aku pernah senyum kot kat sorang minah ni,( aku memang jenis senang senyum huhu..)
bila selisih je,tak pernah nak senyum.Perghh,tapi aku bersangka baik.Malas lah,and dah sampai tahap malas nak senyum dengan minah tu lagi.

tak rasa bodoh ke kalau kerja ikut mood? tak kan kau nak buat kerja berdasarkan mood sampah kau,lepas tu hasil nya kerja kau pon macam bodoh.

HAA..lagi satu jenis manusia yang pandang orang tak puas hati..mannn ...again..kau macam bagus pandang orang atas bawah lepas tu jeling..mannn...bagi aku orang macam ni sangat kuang haja.Macam bagus.Tu je.Lain kali,mata kene jaga..tak rasa macam bagus sangat ke pandang orang macam tu?

da la,ni just luahan aku.aku harap kalau yang baca ni jangan cepat terasa,mohon jangan sentap..no hurt feelings pls.aku just cakap ape aku rasa.


semoga aku tabah dengan manusia cam gini. haha




No comments:

 
BY AQISH BASIR