romantik ke?






Hye and assalamualaikum πŸ˜„

19 julai 2018 hari tu birthday aku yang ke 26.Alhamdulilah,dah masuk 26 dengan 2 orang anak ,okay lah,not bad.HEEEEEE...
Since aku upload pasal suprise yang dibuat mazreel,ramai cakap mazreel "romantik".Eh ye ke?

Sebenarnya,aku pon terkejut sangat yang suami aku boleh buat idea nak suprise kan aku dengan benda benda ni.Sebab aku tahu suami aku bukan seorang yang romantik,tak silap aku,aku pernah bagitau dekat previous post yang lama lama.

yup,mazreel bukan that kind yang akan hantar bunga,dia tak akan sesekali bagi aku bunga apetah lagi ayat ayat sweet tahap diabetic insulin.Baru baru ni,sebelum birthday aku lagi,dia sibuk suruh aku pakai cantik cantik konon nak pergi majlis rumah terbuka,padahal masa tu dah seminggu lepas raya..Kau bayang kan? 
aku pon mengiyekan,sebelum tu dia suruh aku pakai cantik cantik dengan mekap lagi.Aku macam nak tak nak sebab pelik je.Last last aku tanya semua family in law aku,dari mak mentua aku sampai besan besan aku.

Dari mesej whatsapp yang dorang reply,dorang pon beriye suruh aku pakai baju yang baik sikit,sebab ni majlis korporat kononnya..aku memang tak dapat tangkap.Sampai lah,bila jumaat tu ,lepas balik kerja,aku terus siap siap macam yang dikehendak suami..Baik punya aku pakai baju,perfume bau dia jangan cakap lah..semerbak,sampai pening kepala hotak aku.




bila sampai je,semua dalam keadaan gelap.Tapi dalam gelap gelap tu aku nampak ada mata mata makhluk Allah yang menyorok,kelaka wei kalau ingat balik.Yang tak boleh belah aku dah nampak meja berlilin...ya allah terharu plus plus plus terkejut.


beriya aku pakai baju macam nak pergi dinner tau.πŸ˜‘πŸ˜“


sebenarnya yang paling best,bila berkumpul dengan orang yang aku biasa bergaul.Tak da gap.Aku selesa macam ni.




memang mazreel jenis tak romantik,since dari aku bercinta lagi dengan dia,dia tak pernah bagi aku apa apa.Aku pon tak mintak tapi dia pon jenis tak faham faham .hahah,Biasa lah kalau girl nak something yang special kan.Ni tak pon,tapi aku terima dia seadanya.ecehhhh...

cuma,aku perasan suami aku banyak berubah since aku pregnantkan anak kedua,firash.Ada 2-3 kali jugak dia hantar bunga dekat aku.Now ,zaman duk guna suprise delivery kan,memang suprise habis aku bila ada orang datang bawak bunga nak bagi dekat aku,lagi lagi dekat tempat kerja...

aku bukan merungut pon,aku bersyukur jugak lah,sebab apa aku nak tak pernah tak dapat,semua aku dapat.Cuma lambat sikit hehe.thank you sayang,


even tak ada ayat manis manis,aku hargai jugak lah effort dia nak buat aku lebih terharu..hehe...cukup tulis nama pon buat aku melting habis...heee


dengan fresh flower pon dah cukup sebenarnya.😜😚


aku nampak suami aku ni banyak berubah,makin matang dalam mendidik aku sebagai wife dia.Dulu bila baru baru kahwin,aku kerja asyik merajuk je,bila aku merajuk memang dia tak layan aku,tak pujuk aku,pandai pandai lah,so bila macam bertegang urat tu,adalah dalam 2 hari tak bertegur,masing masing provoke...sapa nak pujuk sapa dulu..

tapi kitaorang punya perkahwinan pon nak masuk tahun keempat,so sikap matang dia banyak dah aku ambil,dari negatif,aku banyak belajar positif dari dia,Now,bila bertegang urat je,dia dah pandai dah handle aku punya mood macam mana,dalam sejam bila aku dah cool down sikit baru dia akan face to face,bukan pujuk tau.Bila tak puas hati antara kiteorang..memang akan cepat kiteorang settle kan.

ye lah,anak dah dua,kau nak merajuk sampai bila,dah lah,masa weekend aku limited,so bila makin lama makin hidup sama sama ni dah tau dah apa yang patut buat.

Semoga mazreel boleh sayang aku sampai aku hembus nafas gituuuuu...aminn πŸ’“πŸ’


TERROR .


Assalamualaikum
😁😁😁😁😁😁

Since aku pregnantkan firash lagi,aku selalu fikir macam mana nak handle dua orang anak,maksud aku..kalau nak berjalan,nak pergi wedding ,nak pergi kerja..semua aku duk fikir.Mesti kelam kabut punya,tapi bila aku fikir jenis mak yang boleh handle anak 10 orang dalam jarak kelahiran yang dekat so aku jadi cool sikit..heeee..eleh,kau baru 2 orang anak kau dah  mengelabah qish..rilex babe!.

Normally,bila time nak keluar,aku akan pesan awal awal dekat mazreel.Kalau nak pergi berjalan ke pergi mana mana ,make sure dia inform aku awal sehari supaya aku boleh mindset awal untuk prepare apa yang patut.Ye lah,sekarang aku memang fokus nak try fully breastfeeding firash in Sha Allah..,so nak setup awal awal pasal susu bukan mudah guys.


Selalu nya,aku akan pump susu and prepare dalam thermos ,sebab nak kekal kan suhu susu.Kalau suhu bilik ,aku akan make sure susu tu tak lebih 4-5 jam...selebih tu memang aku anggap susu akan basi.So bila dah time,aku memang akan bagi hint kat mazreel untuk bagi direct breastfeeding dekat firash.Nasib mazreel jenis faham aku,kadang kadang bila susu aku drop ,ada je dia akan try takel semangat aku.Serius bersyukur sangat dapat husband yang jenis supportive.Sebab tu kalau nak keluar pergi mana mana,mindset tu penting untuk mama anak dua macam aku heee...

Kalau bab siap,aku akan siap dulu.Yupp,na make up bagai,nak iron tudung lagi,iron baju mazreel lagi,tu belum lagi tengok tudung kau okay ke tak,sesuai ke tak.Kalau tak sesuai nak kene iron tudung baru.heeeeπŸ˜‹...the most important things,aku kene siap dulu,tapi aku siap tak lama pon,dalam 30 minit aku boleh siap...lepas tu ,baru lah siap si firash.Bab basyirah,mazreel handle.Best sangat,sebenarnya,kadang kadang sikap anak anak ni buat kita lebih matang.


Lepas susu firash,aku akan fikir nak bawa apa untuk letak dalam satu beg,ni macam beg travel la.Gambar bawah ni antara barang aku akan bawak.Kalau aku pergi jauh sikit,aku akan bawak lebih sikit.Cuma tambahan aku bawa,pump susu aku.Beg make up aku pon dah tak bawa dah,sebab penuh muatan,aku pulak sekarang dah malas nak bawak handbeg.Cukup la beg travel anak anak.Habis aku sumbat semua dalam tu.

barang barang wajib adaπŸ˜†


Bagi aku,mindset sebagai ibu perlu.Kadang kadang kita tak tau bila anak kita akan datang sejenis perangai tantrum,haa time tu confirm semua akan hangin.Perangai anak kita susah nak jangka lagi lagi kalau penat.Time tu lah,dia nak tidur,time tu la dia muntah.maigooddddd...

Macam basyirah,dia jenis tak boleh stay dalam kereta lama lama,confirm muntah.Sebab tu,kalau nak keluar je,mesti kosong je perut dia tu.Kalau dah minum susu pon,aku make sure dia punya susu hadam betul betul dalam 1 jam macam tu....aku pon tak faham sejak bila dia ada perangai macam ni heeeee....tapi since dia dah besar,memang dia akan bagi hint dekat papa dia...

"paaaaaa..na vomitttt"....

so cepat cepat lah stop kan kereta tepi.





so,aku rasa dah terror handle anak dua orang aku ni.Bila basyirah buat perangai,mazreel akan take part main peranan nak pujuk,sebab basyirah rapat sangat dengan mazreel.Kalau dengan aku,memang kene lah nak buat perangai hehe..sorry sayang.

firash pulak jenis baik,kalau letak dalam stroller dia akan tidur je,nasib baik wei.Kalau lapar je,dia akan bangun,mintak susu.Tu normal la,tapi sepanjang dia tidur,aku akan prepare awal awal nak pump susu atau cari tempat breastfeeding.


Bab makan pulak,selalu mazreel akan bagi aku makan dulu,sebab jenis aku,aku akan makan cepat..aku sejenis tak suka menikmati sopan santun makanan wei...Yupppp,dia akan pegang firash,nasib lah time tu firash nak susu ke,dia akan bagi thru botol.Basyirah pulak jenis tak banyak ragam time makan,dia ikut je..Kalau dia tak nak makan,dia akan minum air je.Nasib tak kacau.


So,dari segi ragam semua aku rasa as their parents,aku dengan husband berjaya.Tapi dalam 80% je kot,belum sempurna sangat.Tapi aku happy sangat,sebab mazreel selalu bagi aku semangat "cool" bila aku macam down.Biasalah,bila balik,tengok rumah tak terurus,bersepah je...kadang kadang mood aku boleh twist berubah macam tu,time tu lah mazreel suruh aku rilex.

terrer tak? tetiber......
pendek kata,bila sama sama kau dengan husband berganding bahu settle hal anak,dari situ kau tahu husband kau jenis macam mana.hehe.


21 februari 2018


Assalamualaikum

3 minggu lepas,aku selamat bersalin seorang baby lelaki .Syukur alhamdulilah ,sepatutnya kalau ikut EDD ,aku dijangka bersalin 14.3.2018 which is hari ni.Tapi dengan izin Allah swt ,aku bersalin pada 21 februari 2018,awal 3 minggu guys.

Sangat tak sangka,kali ni punya pengalaman bersalin lain dari yang pertama,si kakak basyirah.

19 februari 2018 

time ni aku dalam 36 minggu ++,masa ni aku tahu baby aku yang ni dalam keadaan transverse ( songsang),sedih sangat,tapi doktor and akak dekat klinik selalu cakap.baby boleh "pusing" lagi,banyak tips jugak aku dapat,semua aku buat,tapi tu la,Allah tak mengizinkan baby aku kembali dalam keadaan normal.

Aku dah start risau,aku fikir kalau baby tak pusing,confirm kene CZER.Kalau boleh aku tak nak,awal awal pregnant lagi dah pasang niat nak bersalin normal macam basyirah dulu.Sebab aku banyak dengar komplikasi pasal operate.Start this week memang hati aku tak tenang nak tidur guys.Sedih campur debar debar tu jangan cakap lah.

20 februari 2018

Time ni aku dah rasa sakit sakit pingang,terutama time aku berdiri.Dia punya keras perut tu,ya allah,susah nak explain,rasa senak je.Tapi bila aku duduk,sakit tu tak ada langsung,kadang kadang aku confuse..

"ni contraction ke ea?"

tapi disebabkan aku malas nak fikir ,aku buat tak tau je,sebab aku kira baby aku ni awal lagi kalau nak bersalin.Tapi aku ada satu masalah dalam minggu ni,najis aku macam diarrhea,tapi tak sakit perut pon,maksud aku lembut.Dulu time nak bersalin basyirah pon,aku perasan macam ni jugak.Serius aku banyak berdoa,sebab takut punya pasal.

8pm.

bila malam menjelma,ni buat aku confius lagi,tetiba pinggang aku macam nak patah,aku mengadu dekat abah ..

"bah,sakit pinggang lah,tak larat.."

abah tak habis habis cakap,yang aku ni macam nak bersalin,perghh...aku harap doa abah memang tak makbul malam tu.Satu malam aku tak boleh tidur,sakit gila,tapi bukan macam sakit contraction tau,maybe aku lupa sakit mengeras tu macam mana kot.

21 februari 2018


630am

pagi ni aku bangun,aku muntah muntah teruk,lepas tu tak habis pergi tandas,rasa nak pengsan sangat.Memang niat nak EL,tapi aku bukan jenis yang terus nak EL macam tu,aku pergi jugak kerja.Time drive tu,memang rasa nak menangis,sebab rasa sakit senak dekat perut.
Sepanjang drive,mulut tak berhenti berselawat semoga aku selamat.
Time ni,aku sempat breakfast minum air milo je.

830am

time ni aku mengadu dekat akak tempat kerja aku ,yang aku sakit .Akak tu terus timing ( kira berapa kali contraction),time tu dapat dalam 2:10:20 sec,...hati aku lagi bertambah berdebar sebab dah ada contraction,dah lah baby aku transverse,confirm kene pergi hospital..masa ni meleleh jugak lah air mata aku,sebab blur.Dah lah mazreel jauh.πŸ˜•

845am
 berkerumun lah sister and doktor klinik aku.Nak tak nak kena VE (periksa jalan dah buka ke belum),lagi sekali aku macam tak percaya bila doktor cakap jalan aku dah bukak 4-5 cm.!!

kau boleh bayangkan tak malam tu kalau aku bersalin dekat rumah macam mana lah kan,straight doktor hantar ke labour room,hospital melaka dengan ambulan .Terima kasih lah dekat staff klinik aku tu,dorang macam alert,padahal time tu aku still fikir jalan tak mungkin buka,tak mungkin ada contraction....

910am

aku yang atas strecher terus kene tolak dekat LR,kelam kabut masa tu,tapi nasib baik time tu tak ada orang sangat,sempat lah aku tengok kiri kanan,yang betul betul emergency,kes aku.Malu sangat sebenarnya.Terus dipakaikan gaun biru,discan lagi sekali,baby aku still songsang,sekali lagi kene VE,jalan dah bukak 6cm..terus doktor menjerit dari tempat aku ..

''prepare semua!! straight EMLSCS!! "

nak tak nak kene CZER,sedih sangat.Tak apa lah,maybe ni rezeki aku nak bersalin Czer.Time tu,perasaan dia jangan cakap lah,berdebar lain macam.

930am

masa ni aku dah ada dalam kawasan dewan bedah,kat situ ada sorang doktor chinese ,doktor bius,beri explain pasal effect bius ni.Masa ni aku berdebar sangat sebab doktor tu cakap...

"puan,tak cukup puasa 6 jam,puan last makan minum pukul 6 pagi tadi,which is baru 3 jam puan puasa,sangat berisiko,kita takut makanan semua masuk dalam paru paru,in case kalau jadi macam itu,kita akan bagi general bius ye puan,puan setuju?"

setuju je lah,time tu jugak mazreel dari subang dah otw,so semua consent dorang ambil secara verbal,mak abah pulak nasib baik time ni dah sampai,sempat lah sign consent untuk spinal bius tu.

bila dah masuk dewan bedah....tak tahu pukul berapa time ni.

terus disuruh aku berselawat untuk dorang beri bius,dibagi nya bantal suruh aku  bongkok,nah...tak sampai 2 saat ubat tu masuk,aku tak rasa langsung kaki aku bergerak.Lepas dorang tanya ,terus aku dibaringkan...

yang aku rasa perut aku dihiris tanpa rasa..alhamdulilah...memang ta rasa ...

10.22am

lahir lah seorang khalifah dimuka bumi,syukur,bayi lelaki dengan berat 3.15kg panjang 52cm ...alhamdulilah...syukur teramat amat...


gamba selepas bersalin,serius aku cakap,lepas bius hilang,rasa menyengit yengit tapi still boleh tahan sakit lagi,cuma aku tak tahan sakit kepala yang teramat and asyik rasa nak jatuh pengsan,lepas tu asyik nak muntah je.

selalu fikir tak nak bersalin dekat hospital melaka,nah....Allah uji terus dapat bersalin dekat hospital melaka,serius lah,not bad.staff and doktor semua baik baik.



lahir pada 37 minggu 😊

nasib berat baby okay,risau jugak kalau baby underweight..


and now ,tengah berpantang hari ke 22.
alhamdulilah.
dapat jugak merasa bersalin secara normal and CZER.πŸ˜…

sepanjang pregnancy,aku selalu tanya mazreel.Banyak persoalan selalu berlegar dalam kepala hotak aku,antaranya...

nak bersalin mana?
sempat ke nanti mazreel datang kalau aku nak bersalin?
macam mana sakit bersalin kali ni?

last last ,Allah mudah kan jugak .alhamdulilahπŸ˜ƒ..dalam keadaan kelam,ramai yang tolong,semoga mereka yang tolong aku dalam kesakitan dimudahkan urusan mereka.




BESAR DAH.



2018.hye

..tahun ni masuk umur 26 tahun.Pejam celik pejam celik,rasa tak sangka.Rasa macam semalam baru start kerja,start kahwin,start ada basyirah.Saban tahun berlalu,niat nak berubah jadi positif dalam segala hal masih belum tertunai.Tahun ni? maybe..In sha Allah..

dah hari ke 12 bulan 1..banyak benda aku rasa dah berubah.Salah satu nya,mesti lah hal anak.Basyirah dah besar dah aku rasa,kadang kadang aku sedih,aku harap sangat dia tak cepat membesar.Sebab dia comel sangat,bukan aku puji anak aku comel,tak!..bagi aku budak budak nak membesar ni banyak "kepala angin" dia,banyak idea dia...

salah satu nya,bila basyirah dah pandai marah marah,merajuk,tidur sendiri,makan sendiri,mandi sendiri.Ada certain part dalam perkembangan basyirah yang aku impress sangat.Kadang kadang aku puji sendiri cara mak abah jaga basyirah.Alhamdulilah,even dia still kecil lagi.Bila kerja dekat health site ni,banyak yang aku rasa aku perlu bersyukur bila aku jumpa ade sesetengah kanak kanak yang perkembangan dia tak macam basyirah.Syukur,maybe itu kelebihan anak aku..😊😊😊

bila aku balik kerja,penat tu terus hilang.Lagi lagi bila basyirah standby depan pintu,konon konon tengah tunggu aku balik,disebabkan aku dah 'terbiasa' dia dengan kinderjoy..nahh padan muka aku,tiap kali aku balik mesti dia akan tanya..

"maaaa..oo maaa..where tinder toi..bathirah?"

hati sapa tak luluh bila kau balik rumah,anak kau terus tanya benda dia tak dapat ..okay! terus aku bawak basyirah ke kedai,terus grab 1 kinderjoy untuk dia.Sebenarnya,dia bukan nak makan coklat dalam tu sangat,tapi nak toy dalam tu..Aku pon pelik asal lah si kinderjoy mahal gila.Tapi tak apa,untuk anak,aku okay.Sampai satu tahap,bila aku bawak kedai sama,dia dah tahu dah kat mana nak amek kinderjoy tu πŸ˜–πŸ˜Œ



Kalau bab tidur tu,basyirah ikut sebijik macam suami aku,mazreel.Selalu mazreel suka kene gosok dekat lengan,bagi "geli geli'',dari dulu lagi ami ,mak mertua aku dah biasa kan dia dengan gosok...geli geli pon,tertidur jugak tau tak sampai 5 minit,konfem dengar bunyik dengkur...

same goes to basyirah..tapi style basyirah nak kene gosok dekat perut..cuma beza dia..dia punya gosok kat perut kene sejam lebih..berbanding dengan bapak dia,kau rasa? tak cramp tangan kau?..πŸ˜‘πŸ˜•

since dari peristiwa gosok mengosok ni,aku dah warning mazreel,jangan ajar benda yang dia dah biasa buat,heee...


bab MAKAN,aku failed sikit.Dari kecik lagi aku tak berapa pandai nak ajar basyirah makan  benda yang senonoh.Start boleh makan,aku dah bagi dia nestum,silap aku.Puri tawar ke manis ke haram dia nak.Tapi bab susu dia nombor 1,kuat minum.Tak apa lah ,at least dia punya tumbesaran sejajar.

baru baru ni je,dia dah start pandai makan,tu pon jangan dipaksa,pandai lah dia makan.Favourite dia setakat ni aku tengok,lebih ke ayam.Nasi kurang,tapi bila depan mazreel silap lah kalau tak makan nasi.tak pe nak,asal kamu happy dan membesar dengan baik.


alhamduilah,Allah beri satu nyawa untuk aku sekeluarga.(basyirah nak jadi kakak dah)..okay bye!πŸ™‹








 
BY AQISH BASIR