romantik ke?






Hye and assalamualaikum 😄

19 julai 2018 hari tu birthday aku yang ke 26.Alhamdulilah,dah masuk 26 dengan 2 orang anak ,okay lah,not bad.HEEEEEE...
Since aku upload pasal suprise yang dibuat mazreel,ramai cakap mazreel "romantik".Eh ye ke?

Sebenarnya,aku pon terkejut sangat yang suami aku boleh buat idea nak suprise kan aku dengan benda benda ni.Sebab aku tahu suami aku bukan seorang yang romantik,tak silap aku,aku pernah bagitau dekat previous post yang lama lama.

yup,mazreel bukan that kind yang akan hantar bunga,dia tak akan sesekali bagi aku bunga apetah lagi ayat ayat sweet tahap diabetic insulin.Baru baru ni,sebelum birthday aku lagi,dia sibuk suruh aku pakai cantik cantik konon nak pergi majlis rumah terbuka,padahal masa tu dah seminggu lepas raya..Kau bayang kan? 
aku pon mengiyekan,sebelum tu dia suruh aku pakai cantik cantik dengan mekap lagi.Aku macam nak tak nak sebab pelik je.Last last aku tanya semua family in law aku,dari mak mentua aku sampai besan besan aku.

Dari mesej whatsapp yang dorang reply,dorang pon beriye suruh aku pakai baju yang baik sikit,sebab ni majlis korporat kononnya..aku memang tak dapat tangkap.Sampai lah,bila jumaat tu ,lepas balik kerja,aku terus siap siap macam yang dikehendak suami..Baik punya aku pakai baju,perfume bau dia jangan cakap lah..semerbak,sampai pening kepala hotak aku.




bila sampai je,semua dalam keadaan gelap.Tapi dalam gelap gelap tu aku nampak ada mata mata makhluk Allah yang menyorok,kelaka wei kalau ingat balik.Yang tak boleh belah aku dah nampak meja berlilin...ya allah terharu plus plus plus terkejut.


beriya aku pakai baju macam nak pergi dinner tau.😑😓


sebenarnya yang paling best,bila berkumpul dengan orang yang aku biasa bergaul.Tak da gap.Aku selesa macam ni.




memang mazreel jenis tak romantik,since dari aku bercinta lagi dengan dia,dia tak pernah bagi aku apa apa.Aku pon tak mintak tapi dia pon jenis tak faham faham .hahah,Biasa lah kalau girl nak something yang special kan.Ni tak pon,tapi aku terima dia seadanya.ecehhhh...

cuma,aku perasan suami aku banyak berubah since aku pregnantkan anak kedua,firash.Ada 2-3 kali jugak dia hantar bunga dekat aku.Now ,zaman duk guna suprise delivery kan,memang suprise habis aku bila ada orang datang bawak bunga nak bagi dekat aku,lagi lagi dekat tempat kerja...

aku bukan merungut pon,aku bersyukur jugak lah,sebab apa aku nak tak pernah tak dapat,semua aku dapat.Cuma lambat sikit hehe.thank you sayang,


even tak ada ayat manis manis,aku hargai jugak lah effort dia nak buat aku lebih terharu..hehe...cukup tulis nama pon buat aku melting habis...heee


dengan fresh flower pon dah cukup sebenarnya.😜😚


aku nampak suami aku ni banyak berubah,makin matang dalam mendidik aku sebagai wife dia.Dulu bila baru baru kahwin,aku kerja asyik merajuk je,bila aku merajuk memang dia tak layan aku,tak pujuk aku,pandai pandai lah,so bila macam bertegang urat tu,adalah dalam 2 hari tak bertegur,masing masing provoke...sapa nak pujuk sapa dulu..

tapi kitaorang punya perkahwinan pon nak masuk tahun keempat,so sikap matang dia banyak dah aku ambil,dari negatif,aku banyak belajar positif dari dia,Now,bila bertegang urat je,dia dah pandai dah handle aku punya mood macam mana,dalam sejam bila aku dah cool down sikit baru dia akan face to face,bukan pujuk tau.Bila tak puas hati antara kiteorang..memang akan cepat kiteorang settle kan.

ye lah,anak dah dua,kau nak merajuk sampai bila,dah lah,masa weekend aku limited,so bila makin lama makin hidup sama sama ni dah tau dah apa yang patut buat.

Semoga mazreel boleh sayang aku sampai aku hembus nafas gituuuuu...aminn 💓💝


 
BY AQISH BASIR