trip to zoo!


hari tu time nak hantar balik basyirah ke melaka, aku plan just nak pakai simple,sesimple yang mungkin.Aku sarungkan tudung sarung,baju tshirt hitam lengan panjang dengan seluar palazo aku.Tetiba mazreel tanya aku..

"asal u pakai macam ni? pergi lah siap,i na bawa pergi zoo"..

aku tercengang .ta percaya . sebab dah banyak kali aku request nak pergi zoo,dah  banyak kali jugak asyik plan kene cancel sebab cuaca,and ade sekali tu sebab kiteorang tiga orang tak sihat.Banyak betul dugaan,walhal nak ke zoo je.Huhu..

since ada anak ni,mall tu dah letak tepi,aku just nak buat something yang best untuk basyirah,my priority of course lah tempat tempat macam gini..huhu..

...terus aku siap kencang sekali dengan basyirah....




tada! safely arrived at 12.30noon.
time ni cuaca sangat baik plus cantik.Redup redup suram macam tu.
last aku pergi zoo melaka dengan mak abah time kecik dulu,12 tahun yang lepas.

Lama sangat,so this time,dapat bawak basyirah,quite excited !
(even basyirah tak faham apa apa time aku cakap nak bawak basyirah pergi zoo .LOL.)

even aku tiap weekend balik melaka,terasa tak ada masa langsung nak singgah ke tempat yang best kat melaka ni.huhu


Dengan baju jeans yang nipis dipakai kan .Semoga basyirah tak cepat panas and selesa dengan keadaan zoo kat sini.Aku takut sangat zoo ni penuh.
Alhamdulilah time aku pergi,memang tak ramai.


even basyirah boleh berjalan tapi mazreel still susah nak biarkan basyirah berjalan sendiri.
alasan dia,nanti basyirah penat .Kita dewasa  ni jalan pon lenguh,apatah lagi dia..

huhu.Sesunguhnya aku pon ada perasaan yang sama macam suami aku.



haiwan pertama sebaik aku sampai ke zoo.
TAK,yang aku tak faham asal ada sekor je seladang kat situ.Apa motif dia sekor dalam kalangan badak air tu..

sedih jugak sebab badak dua ekor ni tidur,even dah diacah pon still tak bangun.

first impression basyirah,of course BLURR.=)


time ni aku dah excited sikit tengok binatang ni ( sory lupa dah  nama binatang  ni)
 basyirah pon dah tunjuk minat dengan binatang dekat zoo ni..kejap kejap dia keluarkan bunyikkkk ..konon faham la tu...


dari segi hygiene,totally out.Macam tak terjaga,serius..bersepah sepah sampah,ada setengah binatang tu macam ada kudis.See...basyirah pon dah tutup hidung time ni,tapi mazreel pulak yang tak nak berganjak.

GENG ke tu mazreel?


time ni ,kasut basyirah entah kemana.Aku dah agak,tak boleh percaya mazreel ni haha.Kejap je kasut dah ditanggal.Sebab tu aku tak boleh biar kan basyirah lepak dengan papa dia,nanti ada je dia nak buat lain dari lain huhu...


ni je gambar terbaik kami bertiga.MY god...serius sangat best,tapi tu lah,suasana lembap,lepas hujan kot.Lecak sana sini,agak tak selesa.Tapi at least basyirah dah kenal haiwan tu sikit sikit okaylah..okay tipu.=p


im so done maa..paa...totally tired....please dont disturb me maaa...



be strong my baby

last week ,hari khamis kalau tak silap,normally time cam ni hati aku dah start happy,you guys pon da tahu kot.Entah kenapa time tu hati aku macam tak sedap,macam something bad je tapi tak tahu ape benda.Tapi aku banyak ingat basyirah,dont know why..she's the first thing that pop up on my mind before my husband hehe....and sebelum nak kerja terus call mak abah tanya pasal basyirah..

mak cakap basyirah tak sihat,tapi syukur no fever just bad cough.Tapi still risau,kenapa dengan anak aku ni? kenapa dia tetiba batuk? start dari situ lah aku investigate mak abah pasal pemakanan basyirah,just nak tau ,lagi lagi now macam season untuk budak budak tak sihat,dengan cuaca lagi.
Nak pergi kerja pon macam tak ada mood,macam nak balik je petang tu..but i can't.=(

Jumaat tu aku sampai rumah dalam pukul 8 lebih macam tu,masa tu basyirah aktif lagi.Still gelak gelak ,aku makan ,dia pon makan..at least dia ta lost dia punya selera ,dah baik sangat.Malam tu,time aku nak dodoi untuk dia tidur...haaa sebelum tu kan,basyirah dah besar ni kalau nak tidor mesti nak bedtime story,and aku selalu cerita pasal gajah dengan harimau..even di macam tak berapa faham, but she looks too excited konon konon macam faham lah tu...sambung balik...lepas dodoi,memang basyirah terus tidor..alhamdulilah..tak putus putus aku syukur.

sampai lah malam tu ,dalam pukul 12,dia tiba tiba batuk.Bunyi batuk pon macam penuh kahak,terus aku ajak mazreel ke hospital yang terdekat..bila doktor periksa,again syukur..she's fine.Lung clear,no fever,SPO pon okay.Paling lega bila doktor cakap yang ni semua just viral fever.Sampai tak perlu neb pon untuk cair kan kahak..(Sebab aku dah mindset nak mintak neb sebab basyirah punya kahak macam teruk je bunyik..)


so conclusion nya,last week memang tak best! dugaan untuk aku.Kesian basyirah.Tak sampai hati aku nak tengok dia batuk batuk macam tu,tapi now she's getting better.Aku dengan mazreel pon sekarang tak berapa sihat,sama lah dengan basyirah batuk batuk,tekak kering..Sampai aku fikir yang aku and husband penyebab virus ni,huhu..

sampai hari ahad nak hantar basyirah dekat rumah mak pon,aku macam tak sampai hati,lagi lagi dia suka tertidur atas dada aku dalam kereta..

sian anak  mama...sampai mama tak tahu nak buat ape dah sayang..mama sampai tanya kamu..

"apa lagi mama papa tak buat sayang? cepat baik.."..

betul lah mak cakap,kita sakit tak ape,tapi kalau anak sakit,nak makan pon kau tak lalu..be strong my little angel.mama sayang kamu.


nasib basyirah ada member macam caca dia ni,duk lah haa melayan.And aku rasa nanti basyirah maybe bila dah besar,rapat sikit dengan caca dia ni,tak tau kenapa,aku tengok basyirah ni selesa dengan mazha,adik ipar aku ni..maybe sebab muka maza sejibik macam mazreel...tapi mazreel lagi hensem lah..haha....=)





entah ape ape.

saja nak luah something.

kadang kadang aku tak faham kenapa wujud sejenis manusia yang bila buat kerja mesti tak ikhlas.Aku tak tuju dekat sapa sapa,cuma aku perhati je perangai manusia yang entah ape ape.Kadang kadang gelak sorang sorang tanya diri sendiri..

"macam mana nak berkat?"
"macam mana dorang ni tak rasa bersalah langsung ea?"

cukuplah dengan kerja tak ikhlas,tu belum masuk yang jenis berkira.Tak salah kalau tolong orang yang betul betul perlukan pertolongan kita tapi kita pon kene hati hati jenis manusia yang suka mempergunakan orang ni.haha.Hidup jangan selalu nak kene perbodohkan.

Jenis aku plak,tak sanggup nak marah orang,kalau orang minta tolong even aku rasa bende tu simple je,benda yang boleh buat sekejap,aku tolong.Bab berkira,memang aku rasa mak abah aku jenis tak didik aku macam tu,aku jenis tak sampai hati..tapi kalau geram tu memang tak jugak aku nak buat..haha tapi setakat ni,semua aku tak pernah tolak,the reason why...sebab aku jenis tak sampai hati (sape kenal aku,kenal la...)

macam mana nak dapat berkat rezeki kalau time kerja kau asyik hilang,tengok tengok hilang tetiba..lepastu keje yang kau buat pon tak setaraf dengan kelayakan kau...benda yang kau patut buat dalam keje pon tak buat...macam mana ea? tak rasaaa macam ....haram ke ea? aku selalu rasa yang kadang kadang aku buat kerja yang aku rasa kalau aku berkira betul ...tak layak dengan kelayakan sijil aku...haishh..sedih..tapi niat aku nak pandai.Malas nak pikir dah..

lepas tu jenis yang tolak tolak kerja.haish.Sedih wei.Bila salah ke,jadi hal ke,bila timbul persoalan ke,mula lah nak blame satu sama lain.

"kau lah tak buat.."
"kau lah tak nak tengok..."

damn.Apa ni,nak aku sound macam tak best.Sebab bila kerja dengan sekelompok manusia ni mesti nanti ada terasa hati,sensitip tak memasal,kalau dapat jenis yang kau sound tu jenis memulau kau dengan orang lain macam mana?

cukup lah dengan keadaan hospital aku.Sampai satu tahap tu aku macam tak nak buat rajin,sebab kalau rajin sangat ,orang guna kan kau.Lepastu semua keje semua kau je kene buat.Aku rasa orang macam aku jenis cepat kene tindas.Tak bagus betul.And sampai satu tahap tu aku dah malas nak buat kerja orang,aku just datang kerja,niat nak cari duit untuk family,and buat kerja aku,and balik kerja rehat.

tu pasal kerja.Lagi satu aku bengang betul jenis manusia yang kerja asyik nak ikut mood.Asal datang kerja je moody,pasal apa? personal matter...mannnn..ape ni,..

aku pernah senyum kot kat sorang minah ni,( aku memang jenis senang senyum huhu..)
bila selisih je,tak pernah nak senyum.Perghh,tapi aku bersangka baik.Malas lah,and dah sampai tahap malas nak senyum dengan minah tu lagi.

tak rasa bodoh ke kalau kerja ikut mood? tak kan kau nak buat kerja berdasarkan mood sampah kau,lepas tu hasil nya kerja kau pon macam bodoh.

HAA..lagi satu jenis manusia yang pandang orang tak puas hati..mannn ...again..kau macam bagus pandang orang atas bawah lepas tu jeling..mannn...bagi aku orang macam ni sangat kuang haja.Macam bagus.Tu je.Lain kali,mata kene jaga..tak rasa macam bagus sangat ke pandang orang macam tu?

da la,ni just luahan aku.aku harap kalau yang baca ni jangan cepat terasa,mohon jangan sentap..no hurt feelings pls.aku just cakap ape aku rasa.


semoga aku tabah dengan manusia cam gini. haha




sebab sabtu hari yang istimewa =)

tiba tiba aku teringat kat anak aku,actually bukan tetiba sangat pon,sebab tiap saat jugak aku ingat basyirah.Mak mana tak ingat anak wei.Hari tu kan aku balik melaka ambil basyirah dari rumah mak abah,..even selalu jugak aku jumpa tiap minggu,tapi aku rasa lain..lain dia macam sikit . Maksud aku,kekadang aku tengok anak aku ni membesar dengan cepat,kejap aku tengok muka dia macam aku ,sometimes aku tengok muka dia macam mazreel.Ah lantak ,janji basyirah membesar dengan baik.Cukup sangat.




normally,bila jumaat aku akan sampai mantin dalam pukul 800 or 830 malam tu pon depends dekat traffic jam, and depends kalau jumaat tu aku keje ke tak,kekadang aku off pm je sebab nak elak jammed..Sebab selalu sangat jem dekat susur keluar subang tu nak ke shah alam lepastu jem sampai ke klia..pergh benci gila.Kaki boleh cramp wei kalau asyik main pedal minyak.Serius kekadang macam tak sanggup.

sebab weekend aku macam terhad lah kan,nak spend time dengan anak tu macam time hari sabtu tu je satu satu hari aku nak spend 24/7 dengan basyirah..kalau kira hari ahad tu ,dah half day..sebab setiap pagi ahad dalam pukul 10 pagi aku dah kene gerak hantar balik melaka..(dah sedia dah nak menangis dah..samaada aku yang nangis dulu or basyirah menangis dulu...) huhu...



Sebab tu lah,aku nak minta maaf sangat,kekadang ada function wedding member aku,tak dapat sangat nak pergi..nak lepak dengan member pon tak sempat..sebab semua masa aku limit..Sabtu tu hari yang aku nak spend sepenuh nya dengan suami and anak..

stay rumah all day along,rasa macam cukup bahagia.Kekadang malas nak keluar berjalan,kalau keluar pon just nak makan makan dengan family..Sebab tu lah,aku susah nak keluar dengan member lain .Bukan tak nak.Hope faham lah.

now ,aku just pikir anak and suami.Macam tak ada benda lain dah aku nak pikir.Asal weekend je,aku pikir pasal nak bawak basyirah main buaian petang petang sambil tengok suami main bola kat padang..bahagia sangat kalau aku rasa hari hari macam hari sabtu.


harta dunia yang tak ternilai.Aku harap basyirah tak ikut perangai tak baik aku and mazreel,manusia tak semua sempurna,tiap hari mesti ada salah..aku harap anak aku ikut semua bende baik dari aku and mazreel sebagai ibu bapa and orang sekekling...kene positif . jangan nak jiwa sentap sangat nak



favourite part aku,bila basyirah dah tertido atas dada aku..huhu rasa macam dia tau aku ni mak dia,(eh eh mende aku cakap ni)....oh ye,sekarang basyirah dah pandai buat bende yang aku tak aspect langsung..salah satunya...

"achiwa,amin mama nak..."

*terus basyirah salam and cium*

"achiwa,sayang papa sayang papa..."

*terus dia sandarkan kepala dia dekat pipi papa dia* 

"achiwa ,nak mamam ke?"

*terus dia sebut mamammamamammamamamam sampai dapat makanan LOL *


okay,semua gambar diatas semua gambar throwback ahad semalam...saja aku upload nak bagi korang nampak,basyirah dah besar! huhu...alhamdulilah,banyak benda dia belajar...cuma jalan dia belum lepas lagi maybe sebab dia punya gigi tumbuh dulu sebab orang tua cakap...kalau gigi keluar dulu,lambat jalan nya....

and aku rasa benda mitos tu betul.aku harap betul..pls cakap betul..haha..okay bye!


BENGANG

Bengang.hari ni hari yang sangat buat aku bengang.Aku tak tau kenapa tahap bengang aku dah sampai limit pagi tadi.

tadi ada sorang patient katanya "regular customer",kalau korang tak tau apa maksud dia,meh lah aku explain,someone yang dah biasa datang hospital dengan pelbagai sakit (kononya),lepas tu suka hati nak request bilik mana ,lepastu nak jumpa doktor yang dia kenal je...sifat sifat patient ni satu je,dia akan masuk semua tempat and akan tegur tegur semua staff,bila sampai time dia,terus nak potong que..ish bengang je.

aku rasa macam sedih dengan sifat sesetengah manusia macam ni,tak urgent,tak sakit mana,tapi datang hospital dengan potong que nombor pastu time bagi TCA tak datang,bila dah defaulter baru lah datang.Tak kesian dengan orang ramai kat lua duk tunggu nak jumpa doktor..take turn lah wei...tu makcik makcik pakcik pakcik baya mak ayah awak tu boleh je tunggu..kekadang aku rasa staff hospital yang "ramah" tak tentu pasal pon kene ada limit...ta best lah kalau kau kenal dia,mentang mentang dia baik dengan kau...kau terus bagi dia masuk jumpa doktor...tanpa pedulikan procedure...tapi lantak lah.

menyirap je...

pastu tadi aku pergi mcd,alang alang lepas balik beli barang dapur,sebab konon konon esok nak buat tortilla chicken wrap,haa terus singgah lahkan...sambung balik..

aku order dengan jelas dan clear (sebab member yang ikut aku pon dengar apa aku order)

"saya nak order 1 set mc chicken large ,air tuka ice lemon tea"

"pas tu nak tambah fries large dengan air milo ais"...


dah bayar rm20.60....

rasa tak sabar nak makan,tiba tiba apa aku dapat lain dari lain...aku suruh member sebelah cek betul ke apa aku order..bila dia cek,terus lain dari lain..

apa aku dapat?

  • 1set mc chicken ( 1 french fries ,1 ice lemon tea)
  • 1 milo ice
  • 1 ice lemon tea
faham tak? kira aku dapat 3 jenis air tanpa french fries aku,yang pasal set tu aku tak kisah,pastu minah yang mcd ni pon duk asyik argue je dengan aku sampai aku blur...dengan dia dia sekali blur,tapi bagus dia jenis cakap dalam polite way lah,tu aku puji dia...yang aku tak puas hati sebab minah yang amek order ni..banyak kali aku kene dengan dia,ade je bende aku tak kene...tapi chill lah,manusia...tak manusia lah kalau tak buat silap...

sekian....hari pertama bulan november dah bengang..macam mana ni..hurmmm....



 aku okay je. saja nak share . bila stay sorang sorang ,pas tu terpikir rasa macam awkward sangat..macam aku tanya diri aku balik..

"asal lak aku nak bengang?...lol!"...











 
BY AQISH BASIR