HIPPOPO :SPA AND WELLNESS FOR BABY AT THE SHORE MELAKA

 assalamualaikum and hye!

since ramai yang tanya pasal basyirah pergi mandi manda tak ingat dunia dekat facebook,terus aku up satu entry pasal SPA AND WELLNESS FOR BABY yang aku pergi dua hari lepas.

sebenarnya,dah lama jugak aku nak bawak basyirah pergi explore tempat tempat macam ni,pernah jugak nak bawak time umur dia baru 2 bulan.Halamak,aku tak tau nafsu aku kenapa membuak buak padahal masa tu basyirah kecik lagi.

so ,bila aku survey ,punya lah survey,aku baru tau spa for baby ni dah ada dekat melaka.LOL.Sebab aku tengok jarang yang bawak anak area melaka.Sampai sebelum nak pergi ni aku call buat appoinment takut penuh gitu.Tapi kalau nak pergi weekend je korang perlu appointment sebab takut ramai sangat.Kalau weekdays,korang walk in pon dorang terima.

 
tada!!

HIPPOPO THE SPA AND WELLNESS FOR BABY

masa aku nampak dari jauh tu,aku dah excited gile,maklum lah sekali jalan je dah sampai,kalau dekat melaka,spa ni terletak dalam the shore dekat area oceanarium.Tingkat berapa,aku dah tak ingat.huhu.dia dekat hujung hujung.

And bila sampai je,dorang punya stuff akan sambut korang dengan senyuman manis gitu,haaa nak masuk pon rasa excited.






tab ni khas untuk baby yang 6 bulan ke atas sampai 3 tahun.
yang sebelah tu kalau korang perasan ada satu tab kecik je yang kosong tade air tu kan,tu untuk yang bawah 6 bulan.

kalau korang jenis tak nak campur dengan orang ramai,maksud aku nak kan privacy .Ada satu bilik khas yang dorang sediakan ,cuma kena tambah rm10 kalau membership,if tak,kene tambah rm20.

Tapi korang jangan risau,sebelum masuk dorang punya stuff akan explain pasal air ,kolam and semua lah.Yang penting,tab ni tak ada klorin and selalu tukar selepas sorang masuk mandi.




bila dah sampai,dorang punya stuff akan massage dulu.Nasib baik mood basyirah ni baik sangat,dalam masa sama dia pun macam takut takut.Yelah kau datang tempat orang terus kene urut,kau pun cuak ark.huhu
dalam 15 minit ,lepas massage terus dia bawak basyirah ke tab tu,dipakai kan pampers waterproof,komfem kalau basyirah terkencing pon tak kan bocor.So sebab utama dorang bagi basyirah main dengan air supaya dia biasa and tak takut air.

even masa ni basyirah rasa nak terjun,sebab basyirah memang suka air since dia lahir sampai sekarang kalau jumpe air mesti dia lah paling happy =)


 see? anak itik mama beshar sangat ni =)

time ni,aku sengaja letak anak itik atas kepala basyirah,nak bagi dia rasa konon konon enjoy lah,tapi rupenye dia duk statik je,punye lah dia tak nak bagi itik tu jatuh,yang ngapai ngapai kaki dia je.aiyoooo..basyirahhh whyy nakkk whyyyy...hahahha

"maaaa..tak nak join ke maaaa....basyirah ajak mama ni.."

happy sangat ye basyirah time ni..hamboiii

''basyirahhh potter.....mama pon rasa macam nak terjun sekali dengan kau nak,nasib kecik tab ni"....=)

berenang tak ingat dunia,mama panggil pon wat derkkkkk je.Tapi mesti best kalau papa ada,tak pe lah next time kita ajak papa okay..papa kan work,sian papa cari rezeki untuk kita...basyirah happy tak?.
lepas 30 minit dalam tab tu,diteruskan dengan sesi massage selama 15 minit.Sesi ni sekali 1 jam tau.15minit tau,selebihnya tu berendam dalam tab tu.So korang akan dapat beg pampers tu sebagai free gift gitu...dorang akan massage guna minyak yang bukan melibat bahan kimia,so kalau baby ngapai ngapai masuk tangan dalam mulut pon,selamat.

tengoklah basyirah,macam penat sangat berendam.Selain tu,kalau korang perasan tepi tu ada mainan kan,tu pon salah satu taktik nak tarik minat baby supaya dorang okay time massage .Yang penting dorang akan rasa enjoy sangat.
puas le mama umpan basyirah suruh duduk diam,tapi basyirah tak nak.sebab dia pon dah lapau sangat time ni,nasib sempat prepare satu bottole Ebm untuk dia.settle masalah mama.huhu


berminyak minyak badan basyirah pas ni.huhu...happy tak nak?

so sekali masuk rm 86
kalo nak swim sahaja pon boleh nak massage saja pon boleh.
harga boleh rujuk kat atas.kalau korang tengok sampai beratus ratus ni,tu semua pakej,tak nak ambil pon takpa,tak rugi pon.Tapi aku suggest ambil both lah,yang happy anak kita! kita pon ikut happy sekali.






dear basyirah,
apa yang mama and papa buat semua untuk kebaikan basyirah tau,kalau mama and papa termarah ke ape ke,tak bagi basyirah nak ke,bukan apa..semua terbaik untuk kamu nak...mama papa sayang kamu sangat,harap bila besar kamu jadi anak yang baik untuk kami okay..tak mau degil degil,mama nak sangat basyirah berjaya dalam hidup.




BIRDPARK MELAKA : bole tahan =0

 berbekal kan cadbury dengan air dutch lady sekotak ,mood nak update blog makin best.
semalam tak ada plan pon nak pergi jalan jalan ,sebab utama aku balik melaka just nak spend time untuk rehat dan menjadi surirumahtangga sepenuh masa dengan family.Heaven kot.hehe

tetiba,abah ajak .

"aki,jom lah bawak basyirah jalan ,kesian dia mesti boring"

aku balas dengan pantas tanpa berfikir,sebab aku punye hobi sejak azali memang suka keluar berjalan =)

"jom bahhhhh,nak pergi mana? shopping ke? bole lah,aki siap kejap ye!"

nampak tak? aku jenis sekali orang tanya aku main jawab benda yang tak berkaitan huhu.terus siap! 


 tapi kali ni pergi dengan adik adik laki aku dengan abah,mak tak sihat..lagipon memang nak bagi mak rehat.




so,abah kesayangan pon bawak lah kami bertiga ke Birdpark melaka,tak sangka aku dah 23 tahun hidup dekat melaka,tak pernah pon jejak ke sini.

masuk dalam park ni ada kategori dia,tapi aku tak ingat berapa harga per masuk .Yang penting weekend dengan weekdays harga dorang berbeza sangat! .

Bila sampai sini,rasa syukur sangat! tak sangat besarnya Kuasa Allah swt mencipta keindahan dunia ni.Rasa tenang sangat.Tapi birdpark ni cuma ada burung parrot je,yang lain cuma ada merak,merpati dengan ayam.huhu.Since burung parrot (rico) adik aku si ayet tu mati sebab putus susu awal sangat ,so terubat lah sikit rindu dia kat burung parrot dia tu .


basyirah,ni lah hero mama dari mama lahir lagi! sebelum mama jumpa papa,ni lah satu satunya...sampai lah sekarang dada basyirah ni lah sentiasa hero nombor satu mama...mama sayang sangat kat dada ! bila besar tolong jaga dada macam mana dada jaga basyirah tau!


nak,tengok lah mama ,acah acah berani,bajet bajet tak takut walhal time ni lah mama rasa macam nak lari bila bibird ni tetiba nak patuk mama punya tangan.Tapi biasa lah nak,depan kamera mama buat buat tenang je. muehehhehe..

oh ye,lagi satu kan korang,kalau nak masuk seeloknya beli lah makanan yang dibekalkan,sebab komfem burung burung ni akan berterbangan kat korang..alang alang tu korang boleh bagi dorang makan,tu dah kira sedekah...dapat pahala kan.


basyirah,mama rasa burung burung parrot ni mesti konfius sebab mesti dorang ingat uncle basyirah ni spesis dorang cuma size berbeza sedikit ark.agak besar..hahhaa..baju dah sama dah macam warna parrot tu .


abah,raja burung.tetibe en

semalam puas jugak aku acauh si parrot ni untuk turun.Puas jugak lah tiru bunyik dorang tapi gagal.
tapi bila abah bersiul je,terus semua datang dekat abah.pelik.tapi teruja.


basyirah,senyap je time  ni.maybe takut tapi tangan tu ngapai ngapai nak pegang bebird ni


baling kuaci pon dorang rebut sesama dorang.nampak sangat lapau sangat!


mama yang teruja nak.


mama punye #ootd outfit of the day..tapi semalam punya .macam che ta takkk nakkkk mueheheh...


kesian papa kene keje,kalau tak mesti papa membebel je pasal burung burung parrot ni.mesti papa akan cakap ayat macam ni

"bila basyirah besar sikit,nanti papa belikan sangkar bebird besar macam ni untuk basyirah sorang main"

lol,mama dah hafal dah ayat papa,sebab aritu papa pon cakap nak belikan KLCC untuk basyirah kan hahah.


sekor macam ni je dah rm8000,kau mampu? mampu!
mamu tengok ja..(-.-)


telur burung merpati,molek je.
jangan pegang! nanti dia bau tangan kita terus dia tak nak stay sarang tu lagi.


time ni lah mama berusaha dengan uncle kau nak,duk panggil panggil burung ni..tapi haram sekor pon taknak turun


sambung net entry nanti.....bye!
 
BY AQISH BASIR