fedup


kadang kadang aku rasa sikap aku sendiri dah berubah.Since kerja dekat jabatan pesakit luar (jpl) ,aku rasa diri aku ni macam banyak sangat berubah.Kerja dekat unit ni memang lain,sebab kau kene berinteraksi dengan patient,lebih dekat dengan patient.Bagi aku,kerja dekat unit ni buat aku banyak belajar pasal mangement.Bukan tu je,aku rasa ukhwah antara staff and doktor pon rapat.Lain benar aku kerja dekat unit wad bersalin.

Bukan nak buat comparison,situasi kerja dekat unit jpl ni seronok sangat,lagi lagi kalau dah tau kerja apa kau nak buat.Tapi yang lain kat sini,kau kene belajar sabar,kadang kadang kau punya mood boleh berubah bila kau tengok patient yang datang semua melalut,ada datang marah marah doktor tak tentu pasal,cakap dengan nada kasar,ada yang datang memang jenis perangai lawak tiba tiba...semua libatkan mood kau.

Dengan kawan sekerja pon kau punya mood boleh berubah.Tapi tak best kalau kerja ikut mood kau yang entah apa apa tu,kejap okay kejap tak.And aku so far,aku happy sangat kerja dengan staff sana.Biasalah,kalau ada gap tu.Tapi as long as tak menganggu kerja,aku okay.

cuma aku sedih ,sometimes ada je jenis manusia yang datang kerja sesuka hati,datang lewat,..dah datang lewat,pergi lepak dulu makan,makan pon berejam.Aku rasa ni semua libatkan atitude.Macam aku..aku kalau makan cepat ,bukan lah gelojoh,cuma aku rasa bersalah nak makan lama dari nak buat kerja.

Dekat tempat kerja aku ni,management dia sangat menyedihkan.Tak ada proper management,tak ada orang nak pantau,boleh buat sesuka hati.Aku kadang kadang nak je ikut perangai sebilangan manusia ni,tapi bila fikir balik,untuk apa? at least aku tak nak rekod aku buruk .Kau pergi lah mana mana pon,kalau kau punya atitude busuk,kau tak kan kemana.

sedih betul aku.Kalau difikir balik,aku ni PJJ lagi dengan suami and anak,sometimes dorang tak sihat,aku just suruh dorang ambil ubat sendiri,kalau basyirah demam,seboleh boleh aku suruh mak tolong tengok kan.Bukan tak bertanggungjawab,bukan lepas tangan,tapi aku sendiri sedih bila tengok kawan aku lain terpaksa cover.In sha Allah,kalau niat kita betul,aku yakin Allah swt pon tolong aku.

susah dapat manusia yang kerja sambil lewa seolah olah dia sorang ada masalah.Kejap EL sesuka hati,dah lah EL sesuka hati,borang tak up,kira cuti dia semua "halal"...hamboi..Lagi best bila manusia yang macam ni tak ada orang pantau.





bila fikir semua ni,boleh buat marah.Tapi tak apa,mungkin ni dugaan kat orang orang macam aku ni.Bila terfikir basyirah,aku rasa macam nak let go je semua benda.Kuat kan je lah jiwa ni untuk basyirah.Depan suami sendiri aku belagak yang aku ni okay.
lagi satu pasal pertukaran,kalau bukan rezeki kau,berapa besar kabel kau pon,benda tu tak guna.

so,pada manusia yang suka menyusah kan orang tu,sila lah resign.Sebab korang punya perangai lah,manusia macam aku ni selalu tertindas.
sekian.


No comments:

 
BY AQISH BASIR