tantrum


hari khamis hari tu,lepas kerja,mak ada inform anak aku,basyirah tak sihat.Demam.Bila aku call, mak cakap anak aku okey,tak ada apa sangat,badan panas.Terus aku suruh mak check suhu,lepas dah check,abah cakap suhu basyirah turun naik.Allahu.Luluh hati aku,nak buat keje time tu pon macam nak tak nak je.Basyirah jarang demam,pernah dia sekali je demam ,time tu masa umur 5 bulan,tu pon sebab cucuk Dtap ,kalau tak silap aku.Alhamdulilah sepanjang tu memang tak ada demam.

Lepas tu,dapat gambar whatsapp basyirah.Allahu,rasa nak lemau jantung tengok anak sendiri lepas sponging,selalu aku tengok anak patient je.Sekarang anak sendiri pulak.Sedih bhai.Terus aku balik melaka.


Tepat pukul 917pm,aku sampai melaka.Bayang kan lah,aku drive macam orang gila.Sebab risau punya pasal.Sampai je,terus aku tengok basyirah.Time tu dah tertido.Kesian anak aku.Lemah satu badan,tapi bila check suhu malam tu dalam 37.8'c.Lucky me,abah mak ni sebelum ni kerja dalam medical,so a lil bit they know what to do...alhamdulilah...

Hari jumaat aku check suhu basyirah kejap okay kejap tak.Aku just repeat 

tepid sponging-mandi-ubat-check suhu..

time check suhu anak tu,berdebar dia lain macam.Bila turun,happy dia,lain macam,rasa macam lulus exam.Tapi bila suhu makin naik,rasa macam nak terjun perigi.

Tapi sebelum basyirah demam,memang mak ada mengadu,basyirah dah start mengamuk tak tentu pasal,moody memanjang,asyik nak marah.Risau.Sebelum tu pon,aku notice dia,dalam minggu lepas,perangai dia lain sangat.Asyik nak dukung,tak nak berjalan.Betul betul menguji kesabaran.Kadang kadang termarah dia.Bengang punya pasal.Menyesal betul bila fikir balik.




Nasib aku baik,basyirah semalam,dah sihat sepenuh nya.So memang rezeki,bila mazreel ajak berjalan ,ala dekat melaka jugak,cuma nak spend time dengan basyirah and wife dia ni katanya.Mula mula memang tak nak,sebab basyirah macam baru sihat.Tapi mak abah pon cakap.takut basyirah stress jauh dengan aku and mazreel,better pergi holiday.

so,pagi sabtu kiteorang gerak.Even basyirah dah sihat,tapi perangai dia sangat pelik.Rasa nak nangis time nak handle dia,selalu merengek ,tak nak mazreel dukung,asyik nak kepit dengan aku,tapi kadang kadang dia tak nak aku,nak mazreel pulak.Nasib baik,time makan tak ada masalah,time minum susu pon tak ada masalah.Tak ape lah.Ujian untuk aku.Sabar.

tapi dalam masa sama sedih macam nak menangis.


mula mula aku sangat tak faham.Kadang aku sendiri stress.Rasa macam nak tengking basyirah,tapi bila mengucap,semua tu jadi perasaan bersalah.And lepas google,now i know.

TANTRUM.

Kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak dalam lingkungan 2 ke 3 tahun pasti pernah mengalami masalah anak tantrum. Pada usia ini, ramai di kalangan ibu bapa yang mengatakan anak mereka sudah mula menjadi degil. Tapi, kenapa anak pada umur ini mula untuk tantrum? Adakah tantrum satu perkara yang normal?

Tantrum adalah cara anak anda meluahkan perasaannya apabila dia merasakan dirinya hilang kawalan. Apa yang ditunjukkan oleh anak anda pada masa dia tantrum jelas menunjukkan apa yang dirasakan – keliru dan bercampur-aduk. Hampir kesemua tantrum berlaku apabila anak anda bersama dengan orang yang paling dia sayang .........hmmm... sekurang-kurangnya kini anda tahu bahawa andalah orang yang paling disayangi! 

google.



Rupa nya,basyirah tengah rasa fasa tantrum untuk proses pembesaran dia.So no wonder lah kalau dia macam ni.At least aku lega bila tahu anak aku macam ni,sebab aku fikir basyirah ni macam kene gangguan je.heee..risau lah jugak.

..cepat lah fasa ni habis,aku rindu sangat nak main dengan basyirah.Betul betul menguji iman and kesabaran aku .Basyirah dah macam ni pon aku takut,sampai aku fikir,bila besar nanti kalau dia macam ni macam mana,tak dengar cakap aku ke...ya Allah,sedih betul..harap dijauhkan..


basyirah,mama sayang kamu.

No comments:

 
BY AQISH BASIR