BESAR DAH.



2018.hye

..tahun ni masuk umur 26 tahun.Pejam celik pejam celik,rasa tak sangka.Rasa macam semalam baru start kerja,start kahwin,start ada basyirah.Saban tahun berlalu,niat nak berubah jadi positif dalam segala hal masih belum tertunai.Tahun ni? maybe..In sha Allah..

dah hari ke 12 bulan 1..banyak benda aku rasa dah berubah.Salah satu nya,mesti lah hal anak.Basyirah dah besar dah aku rasa,kadang kadang aku sedih,aku harap sangat dia tak cepat membesar.Sebab dia comel sangat,bukan aku puji anak aku comel,tak!..bagi aku budak budak nak membesar ni banyak "kepala angin" dia,banyak idea dia...

salah satu nya,bila basyirah dah pandai marah marah,merajuk,tidur sendiri,makan sendiri,mandi sendiri.Ada certain part dalam perkembangan basyirah yang aku impress sangat.Kadang kadang aku puji sendiri cara mak abah jaga basyirah.Alhamdulilah,even dia still kecil lagi.Bila kerja dekat health site ni,banyak yang aku rasa aku perlu bersyukur bila aku jumpa ade sesetengah kanak kanak yang perkembangan dia tak macam basyirah.Syukur,maybe itu kelebihan anak aku..😊😊😊

bila aku balik kerja,penat tu terus hilang.Lagi lagi bila basyirah standby depan pintu,konon konon tengah tunggu aku balik,disebabkan aku dah 'terbiasa' dia dengan kinderjoy..nahh padan muka aku,tiap kali aku balik mesti dia akan tanya..

"maaaa..oo maaa..where tinder toi..bathirah?"

hati sapa tak luluh bila kau balik rumah,anak kau terus tanya benda dia tak dapat ..okay! terus aku bawak basyirah ke kedai,terus grab 1 kinderjoy untuk dia.Sebenarnya,dia bukan nak makan coklat dalam tu sangat,tapi nak toy dalam tu..Aku pon pelik asal lah si kinderjoy mahal gila.Tapi tak apa,untuk anak,aku okay.Sampai satu tahap,bila aku bawak kedai sama,dia dah tahu dah kat mana nak amek kinderjoy tu 😖😌



Kalau bab tidur tu,basyirah ikut sebijik macam suami aku,mazreel.Selalu mazreel suka kene gosok dekat lengan,bagi "geli geli'',dari dulu lagi ami ,mak mertua aku dah biasa kan dia dengan gosok...geli geli pon,tertidur jugak tau tak sampai 5 minit,konfem dengar bunyik dengkur...

same goes to basyirah..tapi style basyirah nak kene gosok dekat perut..cuma beza dia..dia punya gosok kat perut kene sejam lebih..berbanding dengan bapak dia,kau rasa? tak cramp tangan kau?..😑😕

since dari peristiwa gosok mengosok ni,aku dah warning mazreel,jangan ajar benda yang dia dah biasa buat,heee...


bab MAKAN,aku failed sikit.Dari kecik lagi aku tak berapa pandai nak ajar basyirah makan  benda yang senonoh.Start boleh makan,aku dah bagi dia nestum,silap aku.Puri tawar ke manis ke haram dia nak.Tapi bab susu dia nombor 1,kuat minum.Tak apa lah ,at least dia punya tumbesaran sejajar.

baru baru ni je,dia dah start pandai makan,tu pon jangan dipaksa,pandai lah dia makan.Favourite dia setakat ni aku tengok,lebih ke ayam.Nasi kurang,tapi bila depan mazreel silap lah kalau tak makan nasi.tak pe nak,asal kamu happy dan membesar dengan baik.


alhamduilah,Allah beri satu nyawa untuk aku sekeluarga.(basyirah nak jadi kakak dah)..okay bye!🙋








No comments:

 
BY AQISH BASIR